Kalendar 2019

Kalendar 2019

Sunday, August 30, 2009

Doa Malaikat Untuk Orang Yang Bersedekah


Rasulullah saw. bersabda:
"Tiada suatu haripun dimana hamba bangun pagi-paginya, kecuali dua orang Malaikat turun ke bumi, lalu salah satu akan berdoa: "Ya Allah, berilah gantinya kepada orang yang bersedekah," sementara yang lain akan mendoakan: "Ya Allah, datangkanlah kerosakkan kepada orang yang bakhil!"
(Riwayat Muslim).

Pada tahun 1430H (2009), Penolong Amil yang telah dilantik untuk urusan zakat fitrah bagi penduduk kariah Surau Al-Falah ialah:
1. Hj. Ibrahim Yahya - Amil Fitrah (Masjid Al Hasanah)
2. Hj. Mat Ali Mohamed - Amil Fitrah (Surau Al Falah)
3. Hj. Mu Ahmad Nasir - Amil Kariah (Surau Al Falah)
Tugas:
1. Amil Fitrah - Mengutip zakat fitrah dengan nilai RM7.00 seorang
2. Amil Kariah - Mendaftarkan penduduk yang dikategorikan sebagai miskin.

Thursday, August 27, 2009

QIAMULAIL REMAJA


QIAMULAIL REMAJA
BERSAMA AMAL SERDANG
TARIKH: 29 Ogos 2009 (SABTU)
TEMPAT: SURAU JUBLI PERAK,
SEKSYEN 4 Bandar Baru Bangi.

SEMUA REMAJA SEKITAR / BERDEKATAN DIJEMPUT BERSAMA
TENTATIF: 10.00 MLM- (BERKUMPUL DAN PENDAFTARAN)
11.00 MLM- TIDUR
4.00 PAGI- QIAMULAIL BERJEMAAH
5.00 PAGI- SAHUR
6.00 PAGI- SOLAT SUBOH DAN TAZKIRAH
7.30 PAGI- BERSURAI

ANJURAN: JABATAN AMAL SERDANG

SEBARANG PERTANYAAN: EN AZMAN (0133631820)

Tuesday, August 25, 2009

Sunday, August 23, 2009

Dr Shafie Abu Bakar Bersama Jemaah SAF


ADUN Bangi Dr Shafie Abu Bakar hadir berjemaah Isya dan Solat Tarawih di Surau Al-Falah pada malam 3 Ramadhan bersamaan 23 Ogos 2009. AJKT Surau Al-Falah mengucapkan terima kasih di atas kesudian beliau untuk turut serta bersolat bersama jemaah SAF serta menyampaikan tazkirah.


Berbuka di Hotel? Hanya 27 ada sijil halal

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Dalam keghairahan umat Islam berbuka puasa di hotel pada bulan Ramadan ini ramai yang tidak sedar bahawa hanya 1.4 peratus daripada kira-kira 2,000 hotel di seluruh negara diiktiraf sebagai halal.

Malah seperti satu budaya, apabila tiba bulan Ramadan hotel-hotel tersebut akan berlumba-lumba menawarkan pakej berbuka puasa walaupun tidak mempunyai sijil halal untuk dapur utama mereka.

Berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Hotel Malaysia, sehingga Mei lalu, hanya 27 hotel di seluruh negara yang dapur utama mereka diiktiraf halal.
Angka itu pastinya menimbulkan kemusykilan kerana pada bulan Ramadan ini hotel-hotel yang tidak mendapat pengiktirafan halal turut menganjurkan majlis berbuka puasa untuk umat Islam.

Tindakan mereka itu tentunya mengelirukan umat Islam terutama jika makanan yang disediakan tidak halal atau tidak menepati keperluan syariat Islam.

Sehubungan itu, Jakim menasihatkan umat Islam lebih berwaspada mengenai soal halal di sesebuah hotel bagi memastikan mereka tidak makan makanan yang diharamkan oleh agama.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, amat penting bagi umat Islam untuk memantau dan memastikan mereka hanya menjamu selera di hotel yang mempunyai persijilan halal sah bagi dapur utama mereka.

“Ketika Ramadan, seperti satu budaya, kebanyakan umat Islam gemar berbuka di hotel. Jadi diharap hotel yang dipilih itu menghidangkan makanan halal 100 peratus.

“Begitu juga dengan pihak yang menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel-hotel, kami berharap penganjur lebih peka untuk memastikan tempat itu ada sijil halal Jakim atau jabatan agama Islam di negeri lain,” katanya.

Ini kerana, kata beliau, Ramadan dan soal berbuka puasa adalah ibadah bagi umat Islam.
“Janganlah nanti seharian berpuasa tetapi ia menjadi sia-sia hanya kerana hidangan yang dimakan tidak halal.

“Dalam hal ini, umat Islam mesti memainkan peranan supaya mereka hanya makan hidangan yang halal dan berkat,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, PPIM kecewa dengan sikap sebilangan umat Islam yang kurang peka dengan soal halal apabila menjamu selera di hotel.

“Sejak dulu lagi, PPIM menyedari ada umat Islam membelakangkan soal halal atau haram hidangan yang dimakan di hotel dengan tidak memastikan terlebih dahulu sama ada ia memiliki sijil halal sah atau sebaliknya,” katanya.

Noor Nirwandy menambah, apabila memilih untuk berbuka di hotel, umat Islam bukan sahaja perlu memikirkan soal halal makanan tetapi juga kesempurnaan tandas dan kelengkapan bilik solat.

Menurutnya, ada hotel termasuk yang bertaraf lima bintang tidak dilengkapi bilik solat dan tandas tanpa paip yang seolah-olah menunjukkan pengurusannya tidak mementingkan keperluan umat Islam.

Mingguan Malaysia 23.08.09

Friday, August 21, 2009

Tuesday, August 18, 2009

Puasa Itu Benteng


"Puasa itu merupakan benteng. Maka jika salah seorang daripadamu berpuasa, janganlah ia berkata keji dan mencaci maki. Seandainya ada orang yang mengajaknya berkelahi atau mencaci maki, hendaklah dikatakannya: "Saya ini berpuasa" dua kali. Demi Tuhan yang nyawa Muhammad berada di tanganNya, bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah dari bau kasturi, - FirmanNya - : "Ditinggalkannya makan minum dan nafsu syahwatnya kerana Daku. Puasa itu adalah untukKu, dan Aku akan memberinya ganjaran, sedang setiap kebajikan itu akan mendapat ganjaran sepuluh kali ganda."
  • (Riwayat Bukhari dan Abu Daud)

Sunday, August 16, 2009

GOTONG ROYONG MENYAMBUT RAMADHAN

GOTONG ROYONG
TARIKH: 16 OGOS 2009 (AHAD)
MASA: 8.00 PAGI - 12.30 TGH
TERIMA KASIH



















c

Majlis gotong royong menyambut Ramadhan selamat diadakan di Surau Al-Falah pada 16 Ogos 2009 dari jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Kehadiran ahli jemaah amat menggalakkan. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya.