Kalendar 2019

Kalendar 2019

Saturday, February 18, 2012

Persefahaman Asas Pembangunan Ummah

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,


Persefahaman tidak akan wujud sekiranya kita hanya mementingkan pendapat diri kita sendiri tanpa mengambil kira pandangan orang lain. Persefahaman juga tidak akan wujud dalam ertikata yang sebenarnya jika kita hanya mengangung-agungkan pandangan individu atau kumpulan-kumpulan tertentu sahaja.

Sebaliknya setiap pandangan yang berbeza itu haruslah diberikan pertimbangan dengan meletakkan prinsip ukhuwwah atau persaudaraan Islam sebagai asasnya. Dengan ini, setiap perbezaan pandangan itu akan mendapat hak yang sewajarnya.

Rasulullah s.a.w telah membuktikan bagaimana baginda telah berjaya menyatupadukan dan mewujudkan persefahaman di kalangan masyarakat Islam Madinah melalui persaudaraan berlandaskan aqidah.

Sebelum kedatangannya, kabilah-kabilah Arab seperti Aus, Khazraj, bahkan kaum yahudi dan lain-lain pada ketika itu saling bertelagah sesama mereka. Mereka lebih mengutamakan assabiah dan perkauman sehingga seringkali terjadi peperangan hanya disebabkan oleh perkara-perkara yang kecil. Namun akhirnya, perbalahan ini telah berjaya diselesaikan oleh baginda dengan cara mempersaudarakan umat Islam dan membina masjid sebagai lambang perpaduan mereka.

Baginda juga mengadakan perjanjian dengan kaum Yahudi agar sama-sama mempertahankan kota Madinah dari sebarang ancaman musuh. Usaha-usaha yang dilakukan oleh baginda ini akhirnya telah menjadikan masyarakat Madinah hidup dalam aman dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

Selain itu, perbincangan dengan cara yang baik juga dapat melahirkan persefahaman di kalangan semua pihak. Perkara ini telah diperjelaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah al-Ankabut ayat 46 yang bermaksud;

”Janganlah kamu berdebat dengan ahli Kitab melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali orang yang berlaku zalim antara mereka dan katakanlah: ”Kami beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada
kami dan kepada kamu. Tuhan kami dan Tuhan kamu, adalah Satu dan kepada-Nyalah, kami berserah diri”.

Wednesday, February 15, 2012

Bengkel Pengucapan Awam

Anda ingin menjadi seorang pembicara yang hebat?
Ingin menambah keyakinan dalam penyampaian, lalu mesej dan idea dapat dilontarkan dengan jelas dan berkesan? 

Briged KRIM kembali menemui anda Februari ini dengan tajuk kali ini “Pengucapan Awam”. Antara pengisian menarik adalah mengetahui rahsia menjadi pembicara yang hebat, mengasah kelancaran lidah melalui ‘Battle of Tongue’, dan mengetahui bagaimana menggunakan bahasa badan (body language) untuk mengoptimumkan penyampaian anda dalam pengucapan awam.

Program akan bermula dari jam 9 pagi hingga 2 petang, bertempat di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi pada 18 Februari 2012(Sabtu). 

Yuran adalah RM7.00 sahaja.

 Sebarang pertanyaan/pendaftaran, sila hubungi saudara Adi Izzat(017-5543671)  atau saudari Adibah (019-4552688).

 http://krimdhl.wordpress.com/