Kalendar 2019

Kalendar 2019

Sunday, February 23, 2014

Menangani Perasaan Marah

Kuliah subuh pagi tadi (23hb Feb 2014) membincangkan perkara yang berkaitan dengan marah. Marah adalah naluri semulajadi bagi manusia. Yang menjadi kesalahan ialah tidak mengawal perasaan marah yang dilepaskan secara melampau dan bukan pada tempatnya.

Perasaan marah adalah laluan mudah bagi syaitan untuk menggoda atau menguasai manusia. Antara laluan lain yang memudahkan syaitan menguasai manusia ialah keadaan terlalu kenyang, cinta pada perhiasan, pergantungan kepada manusia, sifat gopoh gapah, cinta kepada wang ringgit, terlalu kedekut dan bakhil, terlalu taksub kepada kefahaman dan golongan tertentu, dan sikap buruk sangka.

Antara kesan marah ialah, mata merah, fikiran celaru serta jiwa kacau. Antara amalan bagi mengurangkan penyakit marah ini ialah dengan sentiasa menjadi pemaaf, berlaku ehsan dan suka infakkan harta. Juga elakkan mencari kepentingan peribadi dalam hidup bermasyarakat atau berorganisasi.

Ketika timbul perasaan marah, cepat beristighfar, ubah kedudukan fizikal dan basahkan diri dengan berwudhu. Kunjungilah tempat orang membaca AlQuran, hadiri majlis pengajian dan bangun solat malam. Sekiranya semua itu tidak Berjaya mengatasi perasaan marah yang melampau maka bedoalah kepada Allah untuk mendapat hati yang baru.

Friday, February 21, 2014

Projek Pembesaran Ruang Muslimat

Dalam usaha untuk memberi keselesaan kepada para jemaah khususnya para muslimat dan para jemaah solat Jumaat, Jawatankuasa Kerja Surau Al Falah telah meluluskan satu projek penambahan dan pembesaran ruang solat di bahagian muslimat (belakang) dengan kos sebanyak RM25,000.00.

Bangunan tambahan ini akan dilengkapi dengan 2 buah tandas, 1 bilik mandi, 4 unit paip untuk wudhu, 2 buah sinki, satu ramp bagi kemudahan laluan pejalan kaki atau kerusi roda. Ruang ini akan didinding dan dipasang bumbung sepenuhnya serta lantainya dipasang batu marmar. Dataran ini akan memberi manfaat kepada para jemaah muslimat semasa majlis jamuan makan. Ia juga sesuai untuk menempatkan kanak-kanak yang turut sama ibubapa hadir ke surau.

Para jemaah dan orang ramai diseru untuk memberi sumbangan infak jariah berupa bahan binaan atau wang ringgit bagi menampung kos bangunan tersebut. Sumbangan boleh disalurkan melalui Bendahari Surau, Dr Muhammat Omar atau kepada Ketua Biro Pembangunan Sdr Asbur Nayan. Sumbangan juga boleh dibuat secara terus ke Akaun Surau Bank Islam No: 12029010003914.