KURSUS SEMBELIH
KAFA Integerasi Jalan 6 dengan kerjasama Surau Al-Falah untuk pelajar Darjah 6 telah mengadakan kursus sembelih pada 30 Oktober yang lalu. Kursus ini telah memberi peluang kepada 10 orang pelajar untuk menjalani latihan dengan menyembelih 10 ekor ayam.
Ilmu sembelih ini te;lah dikongsi Bersama oleh Pengerusi Surau dan juga Tn. Hj. Azri Hashim.
Monday, November 11, 2019
Sunday, February 23, 2014
Menangani Perasaan Marah
Kuliah subuh pagi tadi (23hb Feb 2014) membincangkan perkara yang berkaitan dengan marah. Marah adalah naluri semulajadi bagi manusia. Yang menjadi kesalahan ialah tidak mengawal perasaan marah yang dilepaskan secara melampau dan bukan pada tempatnya.
Perasaan marah adalah laluan mudah bagi syaitan untuk menggoda atau menguasai manusia. Antara laluan lain yang memudahkan syaitan menguasai manusia ialah keadaan terlalu kenyang, cinta pada perhiasan, pergantungan kepada manusia, sifat gopoh gapah, cinta kepada wang ringgit, terlalu kedekut dan bakhil, terlalu taksub kepada kefahaman dan golongan tertentu, dan sikap buruk sangka.
Antara kesan marah ialah, mata merah, fikiran celaru serta jiwa kacau. Antara amalan bagi mengurangkan penyakit marah ini ialah dengan sentiasa menjadi pemaaf, berlaku ehsan dan suka infakkan harta. Juga elakkan mencari kepentingan peribadi dalam hidup bermasyarakat atau berorganisasi.
Ketika timbul perasaan marah, cepat beristighfar, ubah kedudukan fizikal dan basahkan diri dengan berwudhu. Kunjungilah tempat orang membaca AlQuran, hadiri majlis pengajian dan bangun solat malam. Sekiranya semua itu tidak Berjaya mengatasi perasaan marah yang melampau maka bedoalah kepada Allah untuk mendapat hati yang baru.

Friday, February 21, 2014
Projek Pembesaran Ruang Muslimat
Dalam usaha untuk memberi keselesaan kepada para jemaah khususnya para muslimat dan para jemaah solat Jumaat, Jawatankuasa Kerja Surau Al Falah telah meluluskan satu projek penambahan dan pembesaran ruang solat di bahagian muslimat (belakang) dengan kos sebanyak RM25,000.00.
Bangunan tambahan ini akan dilengkapi dengan 2 buah tandas, 1 bilik mandi, 4 unit paip untuk wudhu, 2 buah sinki, satu ramp bagi kemudahan laluan pejalan kaki atau kerusi roda. Ruang ini akan didinding dan dipasang bumbung sepenuhnya serta lantainya dipasang batu marmar. Dataran ini akan memberi manfaat kepada para jemaah muslimat semasa majlis jamuan makan. Ia juga sesuai untuk menempatkan kanak-kanak yang turut sama ibubapa hadir ke surau.
Para jemaah dan orang ramai diseru untuk memberi sumbangan infak jariah berupa bahan binaan atau wang ringgit bagi menampung kos bangunan tersebut. Sumbangan boleh disalurkan melalui Bendahari Surau, Dr Muhammat Omar atau kepada Ketua Biro Pembangunan Sdr Asbur Nayan. Sumbangan juga boleh dibuat secara terus ke Akaun Surau Bank Islam No: 12029010003914.

Monday, December 9, 2013
Sumbangan Untuk Mangsa Banjir Di Kemaman
Sumbangan diterima oleh En. Faizal. |
Sebarang ujian yang berlaku seperti banjir yang sedang melanda Pantai Timur merupakan musibah dan ujian disisi Allah swt yang Allah sendiri sahaja mengetahui hikmahnya. Ujian kepada mereka menagih kesabaran yang tinggi.
Namun bagi kita pula ialah merupakan ujian untuk Allah melihat hambaNya yang mana tidak berlaku adil dalam memerintah, untuk melihat hambaNya yang mana tidak sabar, untuk melihat orang Islam mana yang tidak mengambil berat hal saudaranya, untuk melihat manusia mana yang tidak amanah yang akan menyelewengkan sumbangan untuk mangsa. Semua ini Allah jua yang Maha Mengetahui.
Dalam kesempatan ini ahli jemaah surau Al Falah Bandar Baru Bangi turut serta memberikan sekelumit sumbangan awal dalam program yang dianjurkan oleh ADUN Bangi dalam program Kayuhan Amal Bangi pada 7 December 2013.
Tuesday, July 17, 2012
Induk Segala Doa - DOA RASUL SAW SEMASA SUJUD QIYAMULLAIL
«اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ
سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ،
وَأَعُوذُ
بِكَ مِنْكَ، لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى
نَفْسِكَ»
رواه مسلم
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung dengan
keredhaanMu dari kemurkaanMu; dan (berlindung) dengan keafiatanMu dari
siksaanMu; dan daku berlindung denganMu daripadaMu. Daku tidak mampu meluahkan
segala pujian ke atasMu; kerana Engkau sepertimana yang Engkau puji sendiri ke
atas diriMu. (HR Muslim).
Maksud doa ini,
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung dengan
keredhaanMu dari kemurkaanMu; Keredha-an Allah swt adalah matlamat hidup mukmin, hamba mukmin
bergiat menjauhkan diri dari punca-punca kemurkaanNya. Manusia terbahagi dua,
golongan yang berbahagia adalah mereka yang kehidupannya diredhai Allah. Sedang
golongan yang merugi adalah mereka yang terjerumus ke dalam kemurkaan Allah.
Hamba yang menegakkan solat, shiyam, zikir, dan lain-lain yang diredhai Allah
adalah yang bergiat menjaga keutuhan amalan yang mereka lakukan. Sedang si
hamba yang terjatuh ke dalam kemurkaan Allah, tidak bergiat menjauhi
punca-punca ibadatnya terhapus dan terhebah, wal ‘iyazu billah!!!
“dan (berlindung) dengan keafiatanMu dari
siksaanMu“ ‚Keafiatan’ adalah
termasuk perkata-an Arab yang telah diguna-pakai dalam bahasa Melayu. Dan
termasuk perkataan yang terpenting di dalam kehidupan mukmin. Oleh itu si
mukmin digesa membaca dan berdoa dengannya semasa solat (doa duduk antara dua
sujud, waa’fini, berilah daku keafiatan). Termasuk makna
keafiatan ialah terhindar dari:
-
Segala penyakit jasmani dan penyakit rohani.
-
Dosa dan punca-punca dosa.
-
Punca-punca penyebab iman jadi lemah.
-
Punca-punca keberkatan harta benda dan usia
hilang.
-
Suul khatimah (kesudahan yg buruk).
-
Azab kubur, azab padang mahsyar.
-
Dari azab neraka...
-
Dll
Dalam pada itu ’seksaan Allah’ di dalam doa pula adalah
segala perkara yang bercanggah dengan ’keafiatan’ tersebut. Oleh itu jika si
hamba tidak beroleh ’keafiatan’, ia akan terdedah kepada ’siksaan’. Media
elektronik pada masa kini adalah punca utama manusia terjauh dari keafiatan dan
terdedah kepada ’siksaan’. Dalam hal ini yang paling anehnya ’seksaan’ jenis
ini sangat selaras dengan kehendak nafsu
jahat (ammarah dan lawwamah), wal ’iyazu billah...
’dan daku berlindung denganMu daripa-daMu’. Ungkapan
ini mengandungi, doa, harapan, pengakuan, penyerahan, atau tawakal yang jitu,
bulat, dan sempurna kepada Allah. Bahawa si hamba memohon perlindungan,
penjagaan Allah, kerana segala peristiwa dan keadaan yang berlaku adalah dengan
ketentuan Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat berlindung (ni’mal maula wa
ni’man nasir). Sesiapa yang berlindung kepada Allah tidak akan memiliki
sebarang kerunsingan, kerana Allah telah cukup baginya (fahua hasbuhu).
‚Daku tidak mampu
meluahkan segala pujian ke atasMu’. Hal
ini menunjukkan keagungan dan ketinggian Allah yang tiada tara, (laisa
kamislihi syaiun). Tidak ada manusia yang mampu mengemukan pujian kepada Allah.
Kerana hal ini adalah diluar keupayaan manusia. Ungkapan doa ini adalah satu
pujian yang tinggi. Bila si hamba mengatakan bahawa ia tidak mampu memuji Allah
Tuhan Yang Maha Tinggi, dan Yang Maha Agung, bermakna ia memberikan pujian
kepada Allah setinggi-tingginya.
‚kerana Engkau
sepertimana yang Engkau puji sendiri ke atas diriMu’. Hanya
Allah sahaja yang tahu akan hakikat sifat, kekuasaan, dan keagungannya. Ini juga
termasuk pujian dan sanjungan yang tinggi. Bila pujian yang tinggi seperti ini
ditujukan kepada Allah, sedangkan termasuk sifat Allah adalah, Maha Pemurah,
Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Pemaaf, Allah lebih kasih kepada hambaNya
dari si hamba terhadap dirinya. Bila inilah hakikat dan maksud tujuan doa
tersebut maka sangat diharapkan doa yang merupakan induk segala doa ini
didengar dan dikabulkan oleh Allah swt. Maka patut benarlah Rasulullah
mengajarkan doa ini kepada kita, terutama semasa sujud dalam solat, khasnya
solat tahajud, dan solat-solat sunat lainnya. Tidak salah juga jika dibaca
dalam doa harian. Doa ini sangat sesuai bagi semua peringkat usia, terutama
golongan veteran.
Kuliah Subuh Surau Al-Falah, Bandar Baru Bangi, S’ngor DE
25 Sya’ban 1433 /15
Jul 2012, Ust Ahmad Asri Lubis
Subscribe to:
Posts (Atom)