Kalendar 2019

Kalendar 2019

Friday, August 27, 2010

Cara Umat Islam Akhir Zaman Beribadah

Di akhir zaman ramai umat Islam beribadah secara jahil kerana mempelajari syariat secara rambang sahaja, tidak faham peranan syariat, tidak faham mana yang fardhu, mana yang wajib, mana yang sunat, sah batal pun tidak begitu difahami oleh ramai umat Islam.

Apakah beribadah seperti ini Allah hendak terima?


Adakalanya kerana mengejar fadhilat terlanggar yang fardhu dan yang wajib, kerana membuat yang sunat tidak peduli pantang-larang syariat. Hendakkan fadhilat puasa Isnin Khamis, waktu berbuka tidak kira makanan halal atau haram. Kerana mengejar pahala umrah, setiap tahun mengerjakan umrah, fakir miskin depan rumah diabaikan, bahkan dibiarkan. Kenduri arwah tidak dicuaikan, tapi sembahyang fardhu diabaikan.


Kerana hendakkan fadhilat sembahyang di raudhah, berkasar dengan orang, sakit pula hati orang yang wajib dijaga. Kerana hendak mencium hajarul aswad melanggar dan menyiku orang, padahal perbuatan itu adalah haram, mencium hajarul aswad hanya sunat sahaja di dalam Islam, tidak mencium bukan satu kesalahan.

Rajin bersembahyng malam tapi bakhil menjadi pakaian, sombong menjadi budaya sedangkan perbuatan itu adalah haram termasuk dosa besar. Rajin berdakwah, sering membuat ceramah tapi kerana nama dan glamour yang dilarang Allah. Beribadah di masjid rajin, tapi di rumah Allah Taala itu jugalah dia mengumpat, bercerita tentang dunia. Berpuasa sunat jarang ditinggalkan tapi sepanjang hari membuka aurat atau berpakaian ketat. Meninggalkan sunat bukan satu kesalahan, mendedahkan aurat perkara yang dilarang.


Begitulah umat Islam bersyariat di akhir zaman. Rajin juga beribadah tapi pantang larang, tata tertib, mana yang utama tidak difaham. Kalau di Mekah atau di Madinah, bersembahyang di kedua-dua masjid ini ada yang melangkah orang sedang bersembahyang, berkasar dengan orang kerana merebut tempat sembahyang. Di dalam beribadah berkecai ukhuwah dan kasih sayang yang sangat dituntut oleh Islam.


Antara Niat & Sikap

Kejayaan dalam mendidik manusia ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Allah kepada manusia sehingga takut dan cinta kepada-Nya. Cinta dan takut itu menjadikan manusia itu suka untuk beribadah kepada Tuhannya. Buah daripada ibadahnya melahirkan manusia yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Ini semua ada hubungan rapat dengan ilmu rohaniah.

Maka bagi orang yang ada cita-cita untuk membaiki diri atau guru-guru yang hendak mendidik manusia, mereka mestilah mengetahui ilmu rohaniah ini. Sekaligus mempraktikkan ke dalam diri mereka terlebih dahulu sehingga mereka menjadi baik. Contoh dan suri teladan yang baik daripada mereka itulah jadi ikutan pula kepada murid-murid dan pengikut-pengikutnya. Dengan kata-kata lain, mereka menjadi model hamba Allah yang baik yang mampu memberi faedah kepada manusia sejagat.

Melalui pengalaman kita, mendidik manusia adalah sulit sekali. Ini kerana manusia itu ada akal, roh, nafsu dan fizikal. Fizikal adalah anggota lahir. Akal, roh dan nafsu adalah anggota batin. Kejayaan mendidik manusia adalah ditentukan oleh tiga anggota batin yang tidak nampak tadi iaitu akal, roh dan nafsu itu.

Jadi kalau pendidik-pendidik atau guru-guru tidak ada ilmu rohaniah, hanya faham fizikal manusia semata-mata, bagaimana dia hendak mendidik murid-murid dan pengikut-pengikutnya. Tentu sekali pendidik-pendidik atau guru-guru tadi akan gagal. Mendidik manusia tidak cukup mendidik fizikal mereka sahaja. Tapi itulah yang berlaku selama ini. Murid-murid atau pengikut-pengikut dididik fizikal mereka semata-mata. Tiga anggota batin yakni roh, akal dan nafsu tidak dididik. Walhal hakikat manusia itu ialah anggota batin inilah, manakala anggota lahir mengikut saja.

Ilmu rohaniah ertinya ilmu yang berkait rapat dengan roh(hati nurani manusia). Ilmu rohaniah ini juga disebut sebagai ilmu tasawuf. Al Quran menganjurkan ilmu ini iaitu:
Maksudnya: “Beruntunglah orang yang mensucikan hatinya dan rugilah orang-orang yang mengotorinya.” (Asy Syam: 9 - 10)

Roh atau hati nurani(anggota batin) adalah merupakan hakikat diri manusia. Ertinya, harga diri dan nilai diri manusia itu ditentukan oleh roh, akal dan nafsunya. Tanpa roh, manusia adalah bangkai. Kerana adanya roh juga maka manusia itu dikatakan mukallaf yakni makhluk yang diperintahkan untuk menyembah Allah, patuh kepada suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Tanpa roh, perintah dan larangan Allah tidak ada erti apa-apa. Tapi bukan semua roh itu yang menjalankan perintah dan menjauhi larangan. Ada juga roh yang melanggar perintah dan melakukan larangan. Ini bergantunglah kepada proses pendidikan yang diterima oleh roh itu.

Roh yang taat, takut dan cinta pada Allah akan menjadikan manusia itu berguna dan menguntungkan dirinya serta orang lain. Tapi roh atau hati yang rosak atau kotor akan menjadikan manusia itu tidak berguna apa-apa lagi. Dirinya seolah-olah bangkai bernyawa. Dengan kata lain, dia adalah sampah masyarakat. Dia masih hidup, boleh bergerak ke hulu ke hilir, boleh mengatur dan mentadbir, bercakap dan bertindak, namun semua itu penuh kejahatan dan kerosakan.

Maksud saya, sekiranya roh atau hati yang rosak atau kotor itu ada pada seorang pemimpin maka kepimpinannya tidak lagi adil bahkan penuh dengan kekejaman, diskriminasi, mementingkan diri, keluarga dan kliknya sahaja, malah dia adalah perosak bangsa, agama dan negara.

Kalau roh atau hati atau anggota batin yang rosak itu berada dalam diri orang kaya, jadilah si kaya itu bakhil, tamak, lintah darat dan membazir. Kalau roh atau hati dalam diri ulama sudah rosak, jadilah si ulama itu penjahat(ulama suk). Dia akan menjual ilmu Islamnya untuk membeli kepentingan dunia yakni dia gunakan ilmu Allah untuk mencari pangkat, nama dan duit semata-mata macam petani menjual tanamannya untuk mendapat duit. Ulama suk menjual ilmunya untuk kepentingan dunianya. Kalau ia bercakap adalah bagi pihak tuan bukan bagi pihak Allah. Kalau tidak bercakap, mereka menjadi syaitan-syaitan bisu pula.

Roh atau hati atau anggota batin yang sudah rosak kalau berada dalam diri para pemuda, pemuda itu akan menghabiskan masanya dengan berfoya-foya, berangan-angan, melepak-lepak dan berseronok-seronok. Tenaga sasanya disia-siakan tanpa memberi apa-apa faedah atau khidmat kepada masyarakat. Akhirnya mereka jadi sampah masyarakat.

Kalau roh atau hati yang jahat ada pada si miskin, maka keluh- kesahlah dia sepanjang masa, rasa hina, rasa malu kepada orang yang lebih darinya. Dengan orang kaya mereka rasa dengki dan dendam. Ertinya dia tidak sabar dan tidak redha dengan kemiskinan yang menimpa dirinya.

Demikianlah kalau roh yang jahat itu ada dalam diri para gadis remaja dan kaum wanita maka rosaklah dirinya dengan asyik berlawa-lawa, bersolek-solek dan bergaya untuk menarik perhatian orang padanya. Dirinya sanggup dijual pada sesiapa saja yang boleh memberi nikmat dunia padanya. Ramai lelaki yang tergoda. Sesama sendiri saling benci-membenci dan bersenget-senget hati.

Begitulah peranan roh dalam hidup manusia. Ia bagaikan raja dalam negara diri. Menjadi penentu baik atau tidaknya manusia itu bahkan penentu hidup mati manusia. Kalau ia keluar dari jasad, manusia akan menjadi bangkai. Kalau ia ada pula dialah yang akan mencorak kehidupan itu, baik atau buruk, perosak, peruntuh atau pembangun, bertanggungjawab terhadap masalah atau pencetus kepada masalah, pendamai atau penghuru-hara dan lain-lain lagi. Inilah yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia, kalau ia rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati atau roh.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir)

Pengalaman kita sendiri membuktikan bahawa hati atau roh kitalah yang menentukan tindak-tanduk kita. Fizikal(tangan, kaki, mulut, mata, telinga, perut dan lain-lain anggota) cuma menunaikan kehendak-kehendak hati. Anggota lahir (fizikal) bukan penentu tetapi hanya pekerja dan buruh-buruhnya sahaja. Kalau hati mahu, semuanya jadi. Kalau hati tidak mahu, apa pun tidak jadi. Sebab itulah Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu disertai dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang dinilai dari apa yang diniatkan. Sesiapa yang hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu adalah dinilai kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrah kerana dunia yang diidamkan atau perempuan yang ingin dikahwininya maka hijrahnya dinilai kerana itulah.” (Riwayat Bukhari)

Kalau niat baik maka amalan itu diterima sebagai amalan baik. Sebaliknya kalau niat jahat maka amalan itu dikira jahat sekalipun nampaknya baik. Contoh, Si A berniat untuk sembahyang kerana Allah, maka sembahyang itu diterima sebagai amalan soleh. Manakala Si B meniatkan sembahyang itu untuk dia dikatakan orang baik maka sembahyangnya tertolak.

Ada juga niat yang baik tetapi dilaksanakan dengan cara yang jahat. Ini juga tertolak. Misalnya seorang yang berniat untuk menolong seseorang dengan cara mencuri duit seseorang yang lain. Ini tidak betul. Lebih-lebih lagilah tidak betul kalau niatnya salah dan perlaksanaannya pun salah. Sebab itulah Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat At Tabrani)

Di sinilah kita lihat Allah membahagikan amalan hamba-hamba-Nya kepada dua bahagian:

Pertama: Apa kata hati (niat)

Kedua: Bentuk perlaksanaan lahir

Dengan kata lain Allah bezakan niat dengan sikap. Walaupun kedua-duanya diperintahkan tetapi keutamaan diberi pada niat supaya seseorang tidak menipu dirinya dan orang lain dengan berbuat baik tapi bermaksud jahat. Manusia cuma nampak yang lahir dan tidak tahu apa yang dirahsiakan di dalam hatinya.

Sedangkan kalau dia buat jahat orang boleh nampak dan boleh tegur untuk keselamatan dirinya. Hal ini boleh diibaratkan pada sebiji buah yang ada kulit dan ada isi. Kedua-dua kulit dan isi adalah penting. Buah yang baik itu adalah kerana kulitnya baik dan isinya pun baik. Buah yang kulitnya baik tapi isinya tidak baik, ia tidak berguna apa-apa.
Manakala buah yang kulitnya buruk sedangkan isinya baik pun tidak bagus. Cuma ia masih boleh dimakan. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Niat orang mukmin lebih baik dari amalannya.”

(Riwayat Al Baihaqi dan Ar Rabi’)

Maksudnya niat yang baik itu lebih baik dari amalan yang baik kerana niat yang baik tidak dicelah oleh riyak atau ujub. Manakala amalan yang baik cukup mudah dihinggap oleh riyak dan ujub. Jarang manusia boleh selamat dari diganggu dan dirosakkan amalannya oleh riyak dan ujub. Ada Hadis mengatakan bahawa Justify Fullseseorang yang baru berniat baik sahaja sudah diberi pahala oleh Allah. Sedangkan niat yang jahat tidak dikira berdosa sehinggalah orang itu benar-benar melaksanakan niat jahat tersebut.
Para pembaca, pendidik, guru-guru yang dikasihi sekalian. Begitulah pentingnya roh diberi perhatian dan pendidikan. Memerhati, mengkaji dan menilai bidang inilah yang disebut ilmu tasawuf atau ilmu rohaniah atau ilmu batiniah. Ilmu yang merupakan satu bahagian yang terpenting dalam ilmu Islam di samping ilmu usuluddin yang menjadi asasnya dan kemudian ilmu fekah (syariat). Tasawuf umpama isi buah manakala ilmu
syariat itu umpama kulit buah. Atau ilmu syariat itu dianggap kisrun (kulit) dan ilmu tasawuf itu dianggap lubbun (intipati).

Kedua-duanya penting tetapi yang lebih penting ialah isinya kerana isi itulah yang mahu dimakan. Syariat dan tasawuf sama-sama penting tetapi keutamaan ialah tasawuf, kerana ia yang menjadi perhatian dan penilaian Allah.

Sunday, August 22, 2010

HEBAHAN DARIPADA S/USAHA SAF

8 Ramadhan 1431H

Yang Berbahagia.

Ahli-Ahli Qariah Surau Al Falah 18 Ogos 2010

Jalan 6A, Sek. 16, Bdr. Baru Bangi.

Assalammualaikum warahmatullah,


1). Majlis Khatam Al Quraan,Berbuka Puasa & Meraikan Anak-

Anak Yatim.

2). Kawalan Keselamatan Sempena Aidil Fitri 1431H.

3). Majlis Siratulrahim Aidil Fitri 1431H.

Perkara diatas dan Mesyuarat AJKT Surau Al Falah Sesi 2010/13 kali ke TIGA pada

24 Sya'ban 1431H @ 4 Ogos 2010, 9.40pm-12.05am, adalah dirujuk.

Seperti biasa ketibaan Ramadhan Al Mubarak dan Syawal diimarahkan dengan penganjur-

an aktiviti-aktiviti oleh Biro-Biro yang diamanahkan. Antaranya adalah seperti berikut:-


1). Majlis Khatam Al Quraan, Berbuka Puasa & Meraikan Anak-Anak Yatim.

Tarikh : 25 Ramadhan 1431H @ 4 September '10 - Sabtu.

Waktu : Bermula 6.30 pm

Tempat : Di Surau Al Falah

Jemputan : Anak-Anak Yatim Komplex Kebajikan Rukaiyah & Semua Ahli Qariah.

Anjuran : Biro Belia & Muslimat bersama JKT Surau Al Falah.

Ketua : Sdr. Ashbur bin Nayan 019.396.2734.

Pembantu : Hajah Fatimah bt. Mohd Noor ( Kak Yam). 8925 7021

Kami juga mengalu-alukan sebarang sumbangan ikhlas untuk menjayakan aktiviti ini.

Ahli qariah yang berhajat bolehlah mengisi, BORANG E : Sumbangan Ikhlas.

2). Kawalan Keselamatan Sempena Aidil Fitri 1431H.

Tarikh : Dari 1 - 4 Syawal 1431H (4 malam).

Waktu : 12.00 tengah malam - 5 pagi

Tempat : Sekitar Kawasan Perumahan Jalan 6A

Sukarelawan : Pemuda-pemuda/Belia-belia Jalan 6A

Anjuran : Biro Keselamatan dan Biro Belia & Muslimat.

Ketua : Sdr. Salehuddin bin Arshad 019.319.0709

Pembantu : Sdr. Rosman bin Hassan 019.333.8925.

Ini bagi memberikan keselesaan fikiran kepada Ahli Qariah yang pulang ke kampong

atau yang beraya di luar kawasan Jalan 6A, kerana ada pihak yang secara sukarela

mengawasi harta benda dan kediaman tuan/puan.

Mesyuarat AJKT telah memutuskan bayaran yang dikenakan untuk urusan ini adalah

minimum RM20.00/sebuah rumah. Ini termasuk token/imbuhan kepada sukarelawan

dan urusan yang berkaitan.

Ahli qariah bolehlah mengisi, BORANG F : Kawalan Keselamatan.



3). Majlis Siratulrahim/ Ramah Mesra Aidil Fitri 1431H.

Tarikh : 26 September '10 - Ahad. ( 17 Syawal 1431H).

Waktu : Bermula 8.30 - 11.30 am.

Tempat : Di Perkarangan Surau Al Falah.

Jemputan : Semua Penduduk Jalan 6A & Tetamu Jemputan.

Anjuran : AJKT Surau Al Falah.

Ketua : Tn. Hj. Adnan bin Adam 012 601 6770

Pembantu : Sdr. Naseruddin S.A. Hamid 019.624.2417.


Berbagai aktiviti menarik telah dirancang antaranya Sumbangan Duit Raya untuk

kanak-kanak, warga emas, ibu tunggal juga cabutan nombor bertuah dan lain-lain.

Tertakluk kepada kemampuan kewangan/tajaan yang ada.


Mesyuarat AJKT telah memutuskan menu utama adalah Lemang dan yang lain adalah

melalui sumbangan "Pot Luck" Jalan-jalan/Lorong-lorong melalui ketua-ketua blok

masing-masing. Walaubagaimanapun kami mengalu-alukan tajaan/sumbangan seperti

satay, kambing golek atau apa-apa saja yang dihajati oleh penyumbang.

Ahli qariah yang berhajat bolehlah mengisi, BORANG G : Sumbangan Aidil Fitri


Semoga apa jua sumbangan ikhlas yang diberikan, kami AJK Tadbir Surau Al Falah

mendoakan semoga ianya mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah S.W.T,

juga dilimpahkan /dimurahkan rezeki.

Sekian, wassaallam.

"Qariah Muafakat Membawa Berkat"

Saya yang menjalankan amanah kerana Allah S.W.T.


Sdr Ali Zaini Bin Musa

Setiausaha

AJKT, SAF, Sesi 2010/2013.


Borang E : Sumbangan Ikhlas. Tarikh: ……………………………………….

Saya …………………………...………..………………………………………Beralamat No. …….. Jln.6A/…..

No. Tel: …………………….…………………… HP : ……………………………………

dengan ini menyumbang sumbangan ikhlas sebanyak RM …………………………………………………….

Borang ini hendaklah diserahkan kepada Sdr Salehuddin bin Arshad 019 319 0709 atau

Tuan Haji Harun bin Mohd Tasik 017 3700 095 atau Hjh. Fatimah Bt Mohd Noor ( Kak

Yam) 8925.7021 sebelum @ pada 21 Ramadhan 1431H @ 31 Ogos '10 - Selasa.


Borang F : Kawalan Keselamatan. Tarikh: ……………………………………….

Saya …………………………...………..………………………………………Beralamat No. …….. Jln.6A/…..

No. Tel: …………………….…………………… HP : ……………………………………..

Bersama-sama ini saya sertakan sumbangan ikhlas sebanyak RM …………….……………….

Borang ini hendaklah diserahkan kepada Sdr Salehuddin bin Arshad 019 319 0709 atau

Tuan Haji Harun bin Mohd Tasik 017 3700 095 sebelum atau pada 27 Ramadhan

1431H @ 6 Sept. '10 - Isnin.

Borang G : Sumbangan Aidil Fitri Tarikh: ……………………………………….

Saya …………………………...………..………………………………………Beralamat No. …….. Jln.6A/…..

No. Tel: …………………….…………………… HP: ……………………………………..

dengan ini menyumbang/menaja ; (nyatakan):

……………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………

Borang ini hendaklah diserahkan kepada Sdr Salehuddin bin Arshad 019 319 0709 atau

Tuan Haji Harun bin Mohd Tasik 017 3700 095 sebelum atau pada 10 Syawal 1431H

@ 19 Sept. '10 - Ahad.

Monday, August 16, 2010

WAKTU UNTUK ZAKAT FITRAH

WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

DI SURAU AL-FALAH:


SELEPAS SOLAT SUBUH SETIAP HARI

SELEPAS SOLAT TARAWIH SETIAP HARI

SELEPAS SOLAT ASAR HARI SABTU DAN AHAD


AMIL: TUAN HJ IBRAHIM

AMAUN ZAKAT: RM7.00 SEORANG

Saturday, August 14, 2010

Thursday, August 12, 2010

SAF: RAMADHAN 1431 HIJRAH - OGOS 2010


SURAU AL-FALAH UNTUK SOLAT JUMA'AT?



























Bacalah surah Al-Mulk, Pelindung Azab Kubur, Petunjuk ke Syurga



Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya.

Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."(direkodkan oleh Imam tirmidzi)

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain iaitu:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk." (Direkodkan oleh Imam Ahmad)

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya." (direkodkan oleh tabrani)

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

5. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."(Direkodkan oleh Imam Tirmidzi)

6. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

7. Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi shafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk “(Tabaraarakal-Lazi).” (Direkodkan oleh Imam Ahmad)

8. Daripada Anas Ibnu Malik berkata: “rasulullah SAW telah bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga. Iaitu (Tabaraakal-Lazi)(HR.Riwayat At-Tabarani)

9. Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu, ia berkata bahkan!”Beliau (Ibnu Abbas) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh dirumahmu dan jiranmu sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari kiamat di depan Allah SWT memohon kepada pembacaannya supaya Allah SWT menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacaannya juga selamat daripada siksaan kubur.(Oleh Abd Humaid dalam Musnadnya)

10. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

11. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

12. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

13. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Sumber

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

MAAF ZAHIR BATIN

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.

Sunday, August 8, 2010