Kalendar 2019

Kalendar 2019

Wednesday, October 14, 2009

MAJLIS SEKITAR SAF

1. Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat
Untuk Bakal Haji
a. Cikgu Roslan Abdol dan Pn Norhasikin Husin (Isteri) serta Pn Habsah Yusuh (Ibu)
b. En Mohd Nawawi Daud dan Pn Erna Idris (Isteri)
c. Pn Rokiah Yusof
d. Dr Mohamed Yusuff Ismail dan Pn Zaharah Daud (Isteri)
e. Pn Zainab Sutan
f. Pn. Zaiton Sutan
15. 10. 2009 Khamis malam Jumaat
selepas Solat Maghrib
di SAF
Anjuran Biro Dakwah dan Penerangan
2. Majlis Cukur Jambul
di rumah Tn Hj Wan
58, Jalan 6A/4
pada hari Ahad 18.10.2009
selepas Solat Isyak
3. Kuliah Subuh bersama Ustaz Yusof Embong
Subuh hari Sabtu 24.10.2009
di SAF
4.Tahlil Aruah dan Doa Selamat
di rumah En Sallehuddin Arshad
57 Jalan 6A/2
pada hari Sabtu 24.10.2009
selepas Solat Isyak
5. Doa Selamat Mengerjakan Haji
di rumah En Mohd Nawawi Daud
Jalan 6A/2
pada hari Khamis 29.10.2009
selepas Solat Isyak
6. Yaasin dan Doa Selamat
di rumah Pn Zainab Sutan
14 Jalan 6A/6
pada hari Sabtu 7.11.2009
selepas Solat Isyak
7. Yaasin dan Doa Selamat
atas permintaan Sdr Khairi
di Surau Al-Falah
pada hari Ahad 8.11.2009
selepas Solat Maghrib
8. Majlis Cukur Jambul Cucu
di rumah Cikgu Jamalludin Ishak
22/24 Jalan 6A/1
pada hari Sabtu 14.11.2009
jam 11.00 pagi
Semua di jemput hadir

Saturday, October 10, 2009

TAWARAN MENGERJAKAN IBADAT QURBAN

Tempahan Qurban sempena Aidil Adha
Maksimum 4 ekor lembu untuk SAF
Jika lebih akan diagihkan kepada golongan memerlukan melalui Surau An-Nur

Satu Bahagian
RM 360.00 untuk bahagian SAF
RM380.00 untuk bahagian luar kawasan
Bahagian Qurban Lembu 1
1. Zakaria Adam
42 Jalan 6A/7
2. Seri Rohaya binti Sami'an
3. Seri Nur'Atiqah binti Zakaria
4. Nurhaikal Faiz bin Zakaria
5. Nurhakimie Irfan bin Zakaria
6. Samia'an bin Hj Ali
7. Siti Rohani binti Hj Baki
Bahagian Qurban Lembu 2
1. Mariyam binti Dalip
2. Hj Khalid
3. Hj Yaashak Saad
4. Hj Yaasak Saad
5. Pn Nor Amira bt Abdul Hakim
6. Hjh Rosnah binti Abu
7. Hjh Fatimah bt Jailani.
Bahagian Qurban Lembu 3
En Arif dan Keluarga
Bahagian Qurban lembu 4
1. Hj Ahmad Tambi
2.Hj Ahmad Tambi
3. Hj Ahmad Tambi
4. Hj Ahmad Tambi
5. Hjh Noraini Ibrahim
6. Hj Mat Ali Muhammad
7. Hj Mu Nasir
Qurban di luar kawasan
1. Pn Surani Daud
2. Pn Surani Daud

Thursday, October 8, 2009

CIKGU ROSLAN AKAN KE MAKKAH PADA 21.10.2009

JEMPUTAN KENDURI TAHLIL DAN DOA SELAMAT
KERANA AKAN BERANGKAT MENUNAIKAN FARDHU HAJI
DI RUMAH CIKGU ROSLAN
NO 12, JALAN 6A/7
PADA HARI SABTU 10.10.2009
SELEPAS SOLAT ISYAK
SEMUA JEMAAH SAF DIJEMPUT HADIR

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sunday, September 13, 2009

Majlis Khatam Al-Quran SAF

Majlis Meraikan Anak Yatim, Berbuka Puasa dan Khatam Al Quran di Surau Al Falah telah diadakan pada malam 24 Ramadhan bersamaan 13 September 2009 - Ahad bermula 6.30pm.


Maaf...masalah teknikal untuk upload gambar...

Friday, September 4, 2009

Separuh Masa Kedua Piala Taqwa!

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]
Sahabat,

Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.

Apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?

Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya’, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya’.

Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.

Tambah-tambah dekat nak Raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.
Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya… kamu di ambang kekalahan. Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita.

Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! “ (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)
Dipetik dari laman web Ustaz Hasrizal:
ABU SAIF @ www.saifulislam.com 68000 AMPANG

Wednesday, September 2, 2009

TAKZIAH DAN AL-FATIHAH

Dukacita dimaklumkan bahawa bonda kepada Tuan Hj Mat Ali, Tuan Imam SAF kembali ke Rahmatullah pada petang Rabu 2 September bersamaan 12 Ramadhan di Hospital Putrajaya. Allahyarham akan disemadikan di Kelang.

Takziah daripada Jemaah SAF kepada Tuan Hj Mat Ali serta keluarga. Semoga roh Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para syuhada dan solehin.

Al-Fatihah.