KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN
Thursday, November 18, 2010
Thursday, November 11, 2010
Orang awam digesa daftar haji atau perlu tunggu 20 tahun
JOHOR BAHRU – Masyarakat Islam disarankan mendaftar segera untuk mengerjakan haji memandangkan jumlah senarai yang menunggu setakat ini dicatatkan sehingga tahun 2032.
Timbalan Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Johor, Azillah Itam berkata, kira-kira 30,000 bakal jemaah di negeri itu mendaftar untuk mengerjakan haji sehingga semalam.
“Kesedaran bagi mendaftarkan haji ini perlu ditekankan kepada orang awam kerana mereka perlu sedar, senarai panjang pemohon direkodkan sehingga tahun 2032.
"Jika mendaftar hari ini, secara kiraannya, mereka akan melakukan fardu haji 20 tahun lagi.
“Ramai daripada kita beranggapan sekiranya mempunyai akaun Tabung Haji, mereka secara automatik telah didaftarkan sebagai bakal jemaah. Ini adalah tanggapan yang tidak tepat dan perlu diperbetulkan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.
Azillah berkata, pemohon yang ingin mendaftar sebagai bakal jemaah disyaratkan mempunyai wang simpanan dalam akaun Tabung Haji sekurang-kurangnya RM1,300.
“Persepsi orang ramai perlu diperbetulkan kerana kebanyakan mereka suka bersikap berlengah-lengah dengan alasan wang simpanan tidak mencukupi untuk mengerjakan haji dan hanya ingin mendaftarkan nama jika ada wang yang cukup,” katanya.
Azillah berkata, pendaftaran haji boleh dibuat di kaunter Tabung Haji seluruh negara, di Bank Rakyat ataupun di Bank Islam dan melalui laman sesawang www.tabunghaji.gov.my.
Mengikut perhitungan, jemaah perlu menunggu 10 hingga 20 tahun sebelum dipanggil bagi mengerjakan haji dan tempoh yang panjang tersebut dilihat tidak relevan bagi mereka yang kini berumur antara 50 dan 70 tahun, yang masih belum mendaftarkan diri.
"Bagi sesetengah kes, Tabung Haji memberi kelonggaran rayuan kepada bakal jemaah berusia 70 tahun ke atas, namun ia perlu melepasi saringan kesihatan dan persediaan ditetapkan sebelum melayakkan diri untuk mengerjakan haji," katanya.
Katanya, orang awam perlu sedar dan memaklumkan kepada Tabung Haji sekiranya ingin menolak, menangguhkan dan boleh memilih mana-mana tahun bagi mengerjakan haji, jika surat kelayakan terpilih dikeluarkan Tabung Haji.
"Kegagalan menjawab atau sikap lepas tangan antara penyebab diri mereka diletakkan dalam senarai menunggu yang panjang," katanya.
Azillah berkata, jika ramai dalam kalangan masyarakat berumur 40 hingga 50 tahun sedar dan mendaftarkan diri bagi mengerjakan haji, ia kerana faktor ekonomi yang semakin baik jika dibandingkan 10 tahun lalu.
Beliau juga menyambut baik usaha kerajaan mengehadkan sekurang-kurang lima tahun untuk mengerjakan haji semula bagi memberi peluang kepada bakal jemaah yang baru.
"Kos tambang haji kumpulan muhasasah bagi tahun ini adalah RM9,980 dan pakej bermula dari RM18,000," katanya.
Seramai 3,615 jemaah haji dari Johor direkodkan bagi tahun 2010, termasuk kira-kira 26,000 jemaah yang terpilih menjadi tetamu Allah dari seluruh Malaysia ke Tanah Suci.

Sunday, October 31, 2010
Mesyuarat Agong Pertama KAFA Intergrasi Jalan 6 Bandar Baru Bangi
KAFA Intergerasi Jalan 6, Bandar Baru Bangi telah melaksanakan Mesyuarat Agong Yang Pertamanya pada 23hb Oktober 2010. Mesyuarat ini diadakan adalah atas arahan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi mematuhi Enekmen 7 Tahun 2001 dibawah Enekmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1988.Dibawah perlaksanaan Enekmen 2001, semua sekolah agama yang didirikan di kawasan masjid atau surau, maka pengerusi masjid/surau berkenaan secara otomatik menjadi pengerusi sekolah agama. Manakala Ketua Guru pula akan menjadi Bendahari.
Mesyuarat Agong tersebut telah dirasmikan oleh yang berhormat Dr Shafie Abu Bakar selaku Ahli Dewan Undangan Negeri, Bangi. Dalam ucapan perasmiannya Yang Berhormat menyatakan Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian utama keatas perkembangan dan kemajuan agama Islam. Selaras dengan itu diperuntukan hampir 300 juta bagi pembangunan sekolah agama.
Wednesday, October 27, 2010
Friday, October 15, 2010
Makluman dan Tindakan Untuk Semua Ahli Qariah Surau Al Falah (SAF)
Perkara diatas dan Mesyuarat AJKT Surau Al Falah Kali Ke-4, Sesi 2010/13 pada 1 Zulkaedah 1431H
@ 8 Okt. '10 adalah dirujuk.
1. Beberapa aktiviti telah dirancang antaranya seperti berikut:-
a 13 Zulkaedah 1431H Mesyuarat Agong Tahunan Masjid Al Hasanah
21 Okt. '10 -Khamis Bandar Baru Bangi, selepas solat Maghrib.
Maklumat lanjut rujuk papan kenyataan SAF.
b *10 Zulhijjah 1431H Solat Sunat Aidil Adha 1431H
17 Nov. '10 - Rabu * Bermula jam 8.30 pagi di SAF.
c *10 Zulhijjah 1431H Majlis Ibadah Korban
17 Nov. '10 - Rabu * 5 ekor lembu sahaja, siapa cepat dia dapat. RM380/=
Berhajat sila tulis nama di papan putih di SAF. sebahagian.
d 1 Muharram 1432H Majlis Aqiqah sempena Majlis Sambutan : RM480/= sebahagian
7 Dec. '10 - Selasa Awal Muharram 1432H. 1 ekor lembu sahaja.
Berhajat sila tulis nama dipapan putih di SAF. termasuk kos
memasak.
e 12 Rabiulawal 1432H Majlis Aqiqah sempena Maulud Nabi S.A.W. RM480/= sebahagian
15 Feb. '11- Selasa. 1432H. 1 ekor lembu sahaja. Berhajat sila tulis
nama dipapan putih di SAF. termasuk kos
memasak.
* Tertakluk kepada pindaan.
Untuk maklumat terpeinci aktiviti tuan/puan bolehlah merujuk di papan kenyataan di SAF.
2 Diharapkan dengan tersebarnya maklumat ini tuan/puan bolehlah mengambil tindakan yang perlu.
3 Pihak AJKT juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli qariah yang menyokong
segala aktiviti yang dijalankan. Semoga segala amal kebajikan tuan/puan Allah sahaja yang
membalasnya.
Sekian, Wassalam.
"Qariah Muafakat Mambawa Berkat"
Saya yang menjalankan amanah kerana Allah S.W.T.
Sdr. Ali Zaini bin Musa
Setiausaha Sesi 1431H/1434H @ 2010/13.

Subscribe to:
Posts (Atom)