KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.
Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”
Seterusnya......
Saturday, April 16, 2011
Friday, April 8, 2011
Pelancaran Kelas Al-Quran YB6A
MAJLIS PELANCARAN KELAS AL-QURAN
KELAB YB 6A
PADA HARI RABU
6 APRIL 2011
KELAS-KELAS SELANJUTNYA AKAN DIADAKAN PADA SETIAP HARI RABU SELEPAS SOLAT MAGHRIB DI BILIK BACAAN SAF.
SEMUA DIJEMPUT HADIR.
ANTARA YANG HADIRAMANAT DARIPADA TN HJ MAT ALI, PEGAWAI SYARA'
Saturday, February 5, 2011
Tugas Bilal
Melakukan azan dan iqamah setiap masuk waktu Salat
Menjadi imam ketika ketiadaan ImamMengawasi kebersihan dan kesempurnaan peralatan masjid
Mengandalikan kursus pengajian fardhu `ain dan mengajar Muqaddam untuk kanak-kanak dan seumpamanya.
Menjadi Amil pungutan zakat fitrah dalam qariah
Melaksanakan tugas pengurusan jenazah serta yang berkenaan dengannya
Lain-lain tugas yang diarahkan
Mengetuai kumpulan selawat, marhaban dan berzanji
Fiqh Azan dan Iqamah
Pengertian
Azan dari segi bahasa ialah ” memberitahu”. Dari segi Syarak ialah ” Satu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui masuk waktu sembahyang.” Juga boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.Pensyariatan
Dalil al-Quran yang bermaksud; ” Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang….” ( Surah al-Maidah :58)Dalil Hadis yan bermaksud;”Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang dari kamu melakukan azan dan yang lebih tua dari kamu hendaklah menjadi Imam. ” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; ” Jika kamu berada bersama-sama dengan kambing kamu atau di kebun kamu dan engkau berazan untuk sembahyang, hendaklah engkau angkatkan suara menyuruh orang bersembahyang, sebab suara orang yang azan tidak didengar oleh jin atau manusia ataupun sesuatu kecuali dia menyaksikan baginya pada hari akhirat.”
Hukum Azan
Azan dan Iqamah menurut jumhur selain Mazhab Hambali ialah sunat muakkad bagi lelaki yang sembahyang di masjid, semua sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat.
Tidak sunat untuk sembahyang yang lain seperti sembahyang hari raya , gerhana matahari, terawih dan sembahyang jenazah.Ulama Syafie dan Maliki menambah bahawa orang perempuan hanya disunatkan iqamah dan tidak perlu azan.
Azan bagi sembahyang yang luput dan sembahyang bersendirian
Mengikut pendapat yang muktamad daripada mazhab Syafie adalah sunat azan dan iqamah bagi orang yang bersembahyang bersendirian samada sembahyang tunai atau qadha, walaupun mendengar azan.
Jika hendak melakukan sembahyang Jamak hendaklah diazan untuk sembahyang yang pertamaMakruh meninggalkan azan dan iqamah bagi sembahyang lima waktu , tetapi jika telah melakukan sembahyang tanpa kedua-duanya maka tidak perlu diulang semula
Syarat-syarat Azan
Masuk waktu
Hendaklah dengan bahasa Arab
Azan dan Iqamah mesti didengar.
Tertib dan Muwalat diantara lafaz azan dan iqamah, tidak sah azan tanpa tertib
dan muwalat dan hendaklah diulang semula
Azan mestikah dilakukan seorang sahaja. Jika dilakukan secara berkumpulan dan serentak hukumnya sah.
Orang yang melakukan azan hendaklah seorang Musliam lelaki yang berakal.
Termasuk bertaqwa, mengetahui sunnah Rasul, mengetahui waktu-waktu sembahyang , adil dan amanah.
Cara dan sifat Azan
Ahli ahli fekah sependapat lafaz- lafaz azan diriwayatkan secara mutawatir dan tidak ditambah dan tidak dikurangi. Caranya disebut dua kali, dua kali.Mereka sependapat mengatakan bahawa azan Subuh ada tambahan ”ASHSHALAATU KHAIRUM MINAN NAUUM” sebanyak dua kali.
Golongan Syafie menerima ”Tajri” iaitu melafazkan dua kalimah syahadah dengan perlahan kemudian melafazkan semula keduanya dengan nyaring.
Kalimah-kalimah Azan :
ANTARA PERKARA-PERKARA YANG DILARANG
Haram talhin (berlagu-lagu) ketika azan dan iqamah jika lagu-lagu itu mengubah makna kalimah-kalimahnya atau menimbulkan kewahaman yang ditegah. Seperti contoh-contoh berikut:
1. Memanjangkan huruf “hamzah” pada kalimah asyhadu
2. Memanjangkan huruf “ba” pada kalimah akbar
3. Mengwakafkan pada kalimah la ilaha
4. Memanjangkan huruf “alif” pada kalimah Allah
5. Menukar huruf “alif” kepada huruf “ha” pada kalimah Allah
6. Memanjangkan huruf “hamzah” pada kalimah akbar
7. Tidak menyebut huruf “ha” pada kalimah as-shalah
Perkara –perkara sunat yang dilakukan ketika azan.
Orang yang berazan hendaklah orang yang lantang dan elok suaranya.
Azan hendaklah secara berdiri
Orang yang berazan hendaklah orang yang merdeka ,baligh , adil, amanah, orang yang soleh dan mengetahui waktu sembahyang
Orang yang berazan hendaklah dalam keadaan suci daripada hadas
Orang yang berazan hendaklah boleh melihat kerana orang buta tidak mengetahui waktu dan kemungkinan dia tersalah.
Hendaklah dia meletakkan jari-jari tangannya dikedua-dua telinganya
Handaklah dia menyebut dengan cara berhenti diantara dua kalimah
Hedaklah menghadap kiblat. Disunat memusingkan kepala ke kanan ketika menyebut ”HAYYA `ALAS SHOLAH” dan kekiri ketika menyebut”HAYYA `ALAL FALAH” . Disunatkan jarak masa antara azan dan iqamah
Hendaklah azan dengan ikhlas.
Tukang azan seeloknya terdiri dari dua orang
Sunat azan awal waktu
Boleh menjemput pemimpin untuk sembahyang.
Sunat tidak berdiri sebelum azan selesai kerana berlakunya pergerakan ketika azan menyerupai Syaitan.
Makruh ketika Azan
Makruh dilagukan dan dipanjangkan azan sehingga mengubah kalimah- kalimah azan atau menambah dan mengurangkannya.
Makruh berjalan
Makruh dilakukan tathwib meliankan waktu subuh
Haram keluar masjid selepas azan
Makruh Azan sebelum fajar dalam bulan Ramadhan kalau ditakuti mengganggu orang yang sedang sahur
Menjawab seruan azan dan iqamah
Jumhur ulama termasuk Syafie berpendapat sunat menjawab bagi orang yang mendengar azan dan iqamah.
Caranya dengan mengucapkan seperti orang yang mengucapkan azan dan iqamah itu , kecuali pada kalimah ”HAYYA `ALAS SHOLAH” dan ”HAYYA `ALAL FALAH” hendaklah dijawab ” LAA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAAH”. Dalam taswib hendaklah dijawab ”SODAQTA WA BARARTA”.Menurut jumhur ulama, mesti menjawab walaupun dalam keadaan berjunub, haid, nifas atau sedang tawaf fardhu atau sunat.
Menurut ulama Hanafi , orang yang sedang haid, nifas, mendengar khutbah bersetubuh, dalm bilik air, makan, mengajar ilmu dan belajar tidak perlu menjawab azan. Tetapi orang yang baca al-Quran hendaklah menjawab.
Menurut ulama Syafie, apabila seseorang masuk masjid, hendaklah dia menjawab sambil berdiri dan tidak boleh melakukan solat tahiyyatul masjid. Ini bertujuan untuk menghimpunkan antara pahala menjawab dan pahala tahiyyatul masjid.
Sunat yang perlu dilakukan selepas azan
Selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.
Berdoa dengan doa yang Ma`thur iaitu doa selepas azanBerdoa selepas azan subuh iaitu memohon kesejahteraan dari Allah bagi kehidupan di dunia dan akhirat.
Tukang azan sunat duduk menunggu jemaah antara azan dan iqamah.
Iqamah
Sifat atau cara iqamahMenurut jumhur selain ulama` Hambali, iqamat adalah sunat muakkat bagi solat fardhu. Ulama berbeza pendapat tentang iqamah.
Menurut ulama Syafie, lafaz iqamah tidak berulang iaitu 11 kalimah kecuali lafaz ”QAD QAAMATIS SYOLAH” ia diulang sebanyak dua kali
Hukum Iqamah
Hukum Iqamah adalah sama dengan hukum azan , bezanya;Sunat dipercepatkan iqamah
Menurut mazhab yang empat, afdhal orang yang azan, dialah sendiri yang iqamah.
Pendapat ulama Syafie, sunat dilakukan iqamah di tempat yang lain dari tempat azan dan suara yang lebih rendah dari suara azan. Iqamah tidah boleh dibuat sehingga imam memberi keizinan.
Jemaah tidak boleh bangun ketika iqamah sehingga imam bangun atau datang. Menurut Imam Syafie, sunat bangun setelah tamat Iqamah.
Di sunatkan iqamah dalam keadaan berdiri, suci , mengadap kiblat, tidak berjalan dan bercakap.
Diisyaratkan tidak ada jarak panjang antara iqamah dan solat. Jika berlaku , hendaklah diulang semula. Ia tidak boleh dipisahkan kecuali dengan satu perkara sunat seperti imam menyuruh membetulkan saf.
Apabila tukang azan melakukan azan dan iqamah , orang lain tidak digalakkan berazan dan beriqamahSunat bagi imam menyamakan saf sembahyang makmum dengan memalingkan ke kanan dan ke kiri lalu mengatakan:
Azan untuk maksud selain sembahyang
Azan di telinga kanak-kanak yang baru lahir, sunat diiqamahkan pada telinga kiriAzan di waktu kebakaran, waktu perang dan di belakang orang musafir
Azan pada telinga orang yang berduka cita , orang yang jatuh , marah dan juga yang dirasuk jin atau syaitan
Thursday, January 20, 2011
Syarat Sah Menjadi Imam Solat
Antara syarat-syarat sah menjadi imam adalah seperti berikut:
1) ISLAM - tidak sah solat yang diimamkan oleh orang kafir.
2) BERAKAL - tidak sah solat yang diimamkan oleh orang gila.
4) LELAKI – lelaki yang sejati, sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.
5) SUCI – bersih daripada hadas dan kekotoran.
7) KEADAAN - yang bukan makmum. Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:
Syarat Untuk Menjadi Imam Sholat Berjama'ah :
1. Lebih banyak mengerti dan faham masalah ibadah solat.
2. Lebih banyak hafaz Alquran.
3. Lebih fasih dan baik dalam bacaan solat.
4. Lebih tua daripada jama'ah lainnya.
5. Tidak mengikuti gerakan solat orang lain.
6. Laki-laki. Tetapi jika semua makmum adalah wanita, maka imam boleh perempuan.
1) ISLAM - tidak sah solat yang diimamkan oleh orang kafir.
2) BERAKAL - tidak sah solat yang diimamkan oleh orang gila.
3) BALIGH - tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Mas’ud, “Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh.” Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna. Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun. (Riwayat Bukhari)
4) LELAKI – lelaki yang sejati, sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.
5) SUCI – bersih daripada hadas dan kekotoran.
6) QARI - baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya. Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat. Mesti seorang yang fasih al-lisan. Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya.
7) KEADAAN - yang bukan makmum. Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:
i- Al-Hanafiah: tidak harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia telah mengikut (makmum). Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh diikuti.
ii- Al-Malikiah: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut (makmum). Namun adapun yang mudrik (tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia bangkit untuk menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Kerana ketika itu dia sedang solat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.
iii- Al-Syafieyyah: terputus ikutan / menurut imam dengan semata-mata keluarnya imam dari solat sama ada dengan memberi salam atau dengan sebab terbatalnya wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam atau orang lain yang mengikutnya sebagai imam.
Kesimpulannya : al-Hanafiah dan Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang asalnya mengikut selepas imam memberi salam, dan harus pada Al-Syafieyyah dan al-Hanabilah. Ini adalah lebih utama.
8) SYARAT KHAS - pada al-Hanafiah dan al-Hanabilah: sihat daripada keuzuran. Tidak lawas ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh ke atas orang yang mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam. Sekiranya seseorang yang mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama menjadi imam daripada orang yang mempunyai dua keuzuran. Adapun pendapat al-Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi dihukum makruh menjadi imam selagi mana tidak terbatal wuduknya. Begitu juga pendapat bagi Al-Syafieyyah tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam orang yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi solat tersebut
Syarat Untuk Menjadi Imam Sholat Berjama'ah :
1. Lebih banyak mengerti dan faham masalah ibadah solat.
2. Lebih banyak hafaz Alquran.
3. Lebih fasih dan baik dalam bacaan solat.
4. Lebih tua daripada jama'ah lainnya.
5. Tidak mengikuti gerakan solat orang lain.
6. Laki-laki. Tetapi jika semua makmum adalah wanita, maka imam boleh perempuan.
Saturday, January 15, 2011
Kefahaman dan Perbuatan Yang Salah Dalam Solat
Kursus kedua pemantapan solat telah sempurna diadakan di Surau AlFalah pada 15hb Januari 2011 mulai jam 9:00pagi hingga jam 12:30 petang. Kehadiran peserta kursus yang terdiri daripada muslimin dan muslimat amat menggalakkan. Peserta terdiri daripada wakil surau daripada Kawasan 6B, 6C dan Council Home juga turut hadir.
Pembimbing kursus didatangkan khas daripada INFRA Bangi iaitu Ustaz Mohd Nadzri Mustakim. Beliau telah berjaya menjadikan kursus ini sesuatu yang menarik dan memberi banyak manfaat kepada peserta.
Banyak perkara menarik yang telah dibincangkan bagi kesempurnaan solat. Antara perkara-perkara yang menjadi topik utama yang telah dibincangkan adalah seperti berikut:
- Meluruskan saf:
- Kaki dan tumit hendaklah dirapatkan serta berusaha meluruskan menghadap kiblat. Ini jarang dilakukan walaupun ummat Islam sedar bahawa menjarangkan saf itu memberi ruang kepada gangguan syaitan.
- Mehrab:
- Ruang dihadapan imam berdiri dipanggil mehrab, dimana istilah dalam bahasa arab disebut sebagai tempat perang. Ketika seseorang itu bersolat, ia sedang berusaha bersungguh-sungguh sedang berperang dengan nafsunya/akalnya dan juga syaitan yang berusaha melarikan penumpuannya terhadap Allah. Oleh itu khusyu' bukanlah erti tidak sedar apa yang berlaku disekeliling tetapi khusyuk adalah sejauh mana hati memberi tumpuan kepada Allah.
- Imam Membaca Surah:
- Sering berlaku dalam masyarakat dimana seseorang imam itu akan terus dengan segera membaca surah sejurus sahaja selepas selesai membaca Surah AlFatihah. Cara ini tidak memberi peluang makmum membaca surah Al Fatihah dengan sempurna dan tidak berpeluang mendengar bacaan imam dengan baik dan sempurna.
- Duduk Tahyat Awal/Akhir:
- Beradasarkan kepada hadis Rasulullah saw, kesempurnaan sujud diatas 7 anggota itu adalah dengan merapatkan sebahagian jari-jari kaki ke tempat sujud. Kaedah ini akan menjadikan hujung jari kaki menghadap Kiblat. Sering terjadi hujung jari kaki tidak sempurna ketika sujud, kadangkala sujud di atas kuku kaki atau tapak kaki bersilang atau juga condong.
- Ketika memanggil makmum hadapan undur kebelakang untuk sama-sama mendapat pahala jemaah, sering berlaku kesilapan dimana orang yang datang lambat terus mencolek bahu makmum hadapan sebelum bertakbir untuk solat. Perlakuan ini termasuk dalam kesalahan mengganggu orang yang sedang bersolat. Mencolek bahu orang hadapan hendaklah dilakukan selepas selesai takbiratul ihram.
Inilah antara beberapa perkara yang dapat dinukil untuk perhatian umum. Nota kursus telah memperinci penerangannya dengan memberikan hujah berasaskan hadis Rasulullah saw. Semoga kursus selanjutnya akan dapat dilaksanakan secepat mungkin InsyaAllah.
Friday, January 7, 2011
Kalendar SAF dalam edaran
Klik gambar untuk besarkan
Kalendar Surau Al-Falah sedang diedarkan oleh wakil-wakil blok berserta dengan surat edaran kutipan yuran surau sebanyakRM5.00 RM10.00 sebulan atau RM60.00 RM120.00 sahaja setahun.
Untuk makluman, Kalendar SAF disumbang oleh
Saudara Khairi Manan pengusaha Corner Fotostat .
Terima kasih di atas sumbangan. Semoga Allah memurahkan lagi rezeki Tuan.
Kalendar Surau Al-Falah sedang diedarkan oleh wakil-wakil blok berserta dengan surat edaran kutipan yuran surau sebanyak
Untuk makluman, Kalendar SAF disumbang oleh
Saudara Khairi Manan pengusaha Corner Fotostat .
Terima kasih di atas sumbangan. Semoga Allah memurahkan lagi rezeki Tuan.
Wednesday, December 22, 2010
Lawatan jemaah Surau Al-Falah ke Melaka
Para jemaah terdiri dari imam, bilal, makmum dan makmum masbuq pd Rabu 15/12/2010.Kebetulan pula kesemua jemaah terdiri drpd YB belaka. Masing-masing sibuk keluarkan kad pencen sbb nak dapat diskaun masa di Menara Taming Sari.X dapat pergi Venice x apa, asal dapat menghilir Sg Melaka menaiki bot bermula drp Kg Moten.Satu-satunya kg yg dapat mengekalkan ciri-ciri keMelayuan dgn semua rumah beratap warna merah. Di Kg Moten dijamu mee goreng oleh anak saudara Hj Hashim(Kawan Hj Ahmad Thamby). Lawatan ditutup dengan makan ikan bakar di Umbai.
Subscribe to:
Posts (Atom)









