Thursday, September 17, 2009
Sunday, September 13, 2009
Majlis Khatam Al-Quran SAF
Majlis Meraikan Anak Yatim, Berbuka Puasa dan Khatam Al Quran di Surau Al Falah telah diadakan pada malam 24 Ramadhan bersamaan 13 September 2009 - Ahad bermula 6.30pm.
Maaf...masalah teknikal untuk upload gambar...
Friday, September 4, 2009
Separuh Masa Kedua Piala Taqwa!
“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]
Sahabat,
Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.
Apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?
Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya’, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya’.
Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.
Tambah-tambah dekat nak Raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.
Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya… kamu di ambang kekalahan. Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita.
Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?
“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! “ (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)
Dipetik dari laman web Ustaz Hasrizal:
ABU SAIF @ www.saifulislam.com 68000 AMPANG
ABU SAIF @ www.saifulislam.com 68000 AMPANG
Wednesday, September 2, 2009
TAKZIAH DAN AL-FATIHAH
Dukacita dimaklumkan bahawa bonda kepada Tuan Hj Mat Ali, Tuan Imam SAF kembali ke Rahmatullah pada petang Rabu 2 September bersamaan 12 Ramadhan di Hospital Putrajaya. Allahyarham akan disemadikan di Kelang.
Takziah daripada Jemaah SAF kepada Tuan Hj Mat Ali serta keluarga. Semoga roh Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para syuhada dan solehin.
Al-Fatihah.
Takziah daripada Jemaah SAF kepada Tuan Hj Mat Ali serta keluarga. Semoga roh Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para syuhada dan solehin.
Al-Fatihah.
Sunday, August 30, 2009
Doa Malaikat Untuk Orang Yang Bersedekah
Rasulullah saw. bersabda:
"Tiada suatu haripun dimana hamba bangun pagi-paginya, kecuali dua orang Malaikat turun ke bumi, lalu salah satu akan berdoa: "Ya Allah, berilah gantinya kepada orang yang bersedekah," sementara yang lain akan mendoakan: "Ya Allah, datangkanlah kerosakkan kepada orang yang bakhil!"
(Riwayat Muslim).
Pada tahun 1430H (2009), Penolong Amil yang telah dilantik untuk urusan zakat fitrah bagi penduduk kariah Surau Al-Falah ialah:
1. Hj. Ibrahim Yahya - Amil Fitrah (Masjid Al Hasanah)
2. Hj. Mat Ali Mohamed - Amil Fitrah (Surau Al Falah)
3. Hj. Mu Ahmad Nasir - Amil Kariah (Surau Al Falah)
Tugas:
1. Amil Fitrah - Mengutip zakat fitrah dengan nilai RM7.00 seorang
2. Amil Kariah - Mendaftarkan penduduk yang dikategorikan sebagai miskin.

Thursday, August 27, 2009
QIAMULAIL REMAJA
QIAMULAIL REMAJA
BERSAMA AMAL SERDANG
TARIKH: 29 Ogos 2009 (SABTU)
TEMPAT: SURAU JUBLI PERAK,
SEKSYEN 4 Bandar Baru Bangi.
SEKSYEN 4 Bandar Baru Bangi.
SEMUA REMAJA SEKITAR / BERDEKATAN DIJEMPUT BERSAMA
TENTATIF: 10.00 MLM- (BERKUMPUL DAN PENDAFTARAN)
11.00 MLM- TIDUR
4.00 PAGI- QIAMULAIL BERJEMAAH
5.00 PAGI- SAHUR
6.00 PAGI- SOLAT SUBOH DAN TAZKIRAH
7.30 PAGI- BERSURAI
ANJURAN: JABATAN AMAL SERDANG
SEBARANG PERTANYAAN: EN AZMAN (0133631820)
Tuesday, August 25, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)