Zaman dulu2, nak naik kelas kena pas. kalau tak pas, kena tunggu dalam kelas yang sama. tak dapat naik kelas. boleh jadi bertahun2 dalam kelas yang sama.
Di khabarkan oleh seorang Ustaz, perbualan di antara seorang murid dengan Tuan Gurunya
Murid: Tuan, kawan2 saya semua dah naik kelas. saya masih lagi dalam kelas yang sama, bertahun2. kenapa Tuan?
Tuan Guru: Muridku, mari sini.
(Tuan Guru menuju ke papan tulis yang besar dan kosong dan membuat satu titik yang jelas)
Tuan Guru: Apakah yang kamu lihat wahai muridku?
(Agaknya apa jawapan saudara? adakah sama dengan jawapan murid ini? boleh naik kelas?)
Murid: Satu titik wahai Tuan Guru
Tuan Guru: Muridku, inilah sebabnya kamu tak dapat naik kelas.........kamu hanya melihat perkara yang kecil, iaitu satu titik, tetapi kamu tidak melihat yang lebih besar dari itu iaitu papan tulis.
(apakah saudara dapat naik kelas tadi?)
mungkin ini adalah tabiat sesetengah manusia. melihat yang kecil2, dengan melupakan yang besar2. kita mudah mempertikaikan kerana perbezaan yang sedikit dan melupakan persamaan yang banyak. atau kita sering melihat kesalahan yang kecil dengan melupakan kebaikan yang besar dan yang dah lama dilakukan seseorang.
sama2lah kita fikir2kan.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment