Kuliah subuh bersama Ust Shauqi Othman pada 17hb Julai 2010, amat berguna kepada masyarakat yang ingin mengambil manfaat darinya. Beliau telah membawa satu tajuk yang sangat bersesuaian kepada ummat Islam sepanjang zaman. (Gambar yang dipamirkan hanyalah hiasan semata-mata dan tiada kena mengena dengan tulisan ini.)
Tajuk yang dibawanya adalah SYIRIK. Beliau telah mengupas perkara-perkara yang boleh menyebabkan syirik besar dan juga syirik kecil. Antara nasihat yang telah diberikan ialah ummat Islam sekali kali tidak boleh memohon atau mengharapkan sesuatu selain dari Allah swt.
Perkara yang biasa kita dengar ialah berubat dengan dukun atau bomoh yang jelas permohonannya selain dari Allah swt dan juga pergantungan kepada azimat dan tangkal yang dikatakan boleh menunaikan segala maksud dan hajat, samada yang buruk atau yang baik.
Sementara itu syirik yang besar dan yang selalu tidak disedari oleh manusia ialah menghukum sesuatu dengan hukuman yang selain dari hukuman Allah swt. Ustaz Shauqi mengingatkan kita ummat Islam supaya berusaha dengan apa cara yang terdaya oleh kita supaya Hukum Allah itu terlaksana, hatta dengan kaedah berdoa sekalipun.
إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى
إِثْماً عَظِيماً
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. Selain dari itu, Ustaz Shauqi juga menjelaskan kepada kita satu bentuk syirik walaupun kecil tetapi perlu dihindari oleh ummat Islam iaitu perasaan riya'. Didalam kitab Hadis 4o dalam keterangan mengenai niat, ulama' menjelaskan iaitu melakukan sesuatu kerana manusia adalah syirik dan meninggalkan sesuatu amal pula kerana manusia adalah riya'.
Sesiapa yang melakukan amal kerana manusia maka Allah tidak akan memberikan ganjaranya di akhirat kelak dan orang yang berkenaan diminta menagih pahalanya daripada orang yang dia beramal untuknya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.”
Riwayat Ibnu Majah
No comments:
Post a Comment