Kalendar 2019

Kalendar 2019
Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Sunday, December 27, 2009

Peristiwa Di Bulan Muharram


Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu".  (Muslim)

27hb Disember 2009 (Ahad) bersamaan 10 Muharram 1431H adalah merupakan satu tarikh istimewa bagi umat Islam, yang dikenali sebagai Hari 'Asyura.

Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah saw. menggalakkan umat Islam berpuasa pada hari tersebut kerana ia mempunyai fadhilat penghapusan dosa (rujuk hadis Muslim diatas). Disamping itu juga bulan Muharram ada kelebihannya yang tersendiri.

10 Muharram umpamanya, telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama, sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut berlakunya peristiwa berikut: (sumber):
  1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
  2. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
  3. Dicipta Adam a.s.
  4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
  5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
  6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
  7. Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
  8. Selamatnya Musa dan pengikutnya.
  9. Lemasnya Firaun.
  10. Dilahirkan Nabi Isa a.s.
  11. Diangkat Nabi Isa ke langit.
  12. Diangkat Nabi Idris ke langit.
  13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
  14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
  15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
  16. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
  17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
  18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
  19. Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi. 

Tuesday, August 18, 2009

Puasa Itu Benteng


"Puasa itu merupakan benteng. Maka jika salah seorang daripadamu berpuasa, janganlah ia berkata keji dan mencaci maki. Seandainya ada orang yang mengajaknya berkelahi atau mencaci maki, hendaklah dikatakannya: "Saya ini berpuasa" dua kali. Demi Tuhan yang nyawa Muhammad berada di tanganNya, bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah dari bau kasturi, - FirmanNya - : "Ditinggalkannya makan minum dan nafsu syahwatnya kerana Daku. Puasa itu adalah untukKu, dan Aku akan memberinya ganjaran, sedang setiap kebajikan itu akan mendapat ganjaran sepuluh kali ganda."
  • (Riwayat Bukhari dan Abu Daud)