Kalendar 2019

Kalendar 2019

Sunday, November 8, 2009

Qurban di SAF

Penyembelihan 4 ekor lembu qurban di Surau Al-Falah akan disempurnakan pada hari Sabtu 11 Zulhijjah 1430H bersamaan 28 N0vember 2009.
Ahli qariah diminta untuk sama-sama hadir untuk membantu urusan penyembelihan dan pemprosesan lembu-lembu qurban tersebut mulai jam 8.00 pagi.

Thursday, November 5, 2009

KORBAN DAN SYARATNYA

Sempena hari raya Eidul Adha yang jatuh pada 27hb November 2009, banyaklah berlaku penyembelihan lembu-lembu korban di masjid, surau atau mana-mana tempat yang difikitrkan sesuai.

Dibawah ini saya petik beberapa panduan berkaitan ibadat korban daripada kitab Matla'il Badrain karangan As Syeikh Daud Al Fatani.
  1. Ibadat korban adalah sunat, tetapi sekiranya seseorang itu bernazar untuk berkorban, maka wajib atasnya melakukannya dan haram baginya memakan daging korban tersebut.
  2. Binatang yang sah dibuat korban ialah unta, lembu, kibas atau kambing dan yang afdhal ialah seekor kambing untuk seorang berbanding dengan tujuh orang untuk seekor lembu.

  3. Disyaratkan umur unta ialah lebih 5 tahun, lembu atau kerbau atau kambing lebih 2 tahun, manakala kibas lebih satu tahun atau bersalin 2 batang gigi hadapannya.

  4. Tidak memadai berkorban dengan binatang yang terpotong telinganya, ekornya, lidahnya dan yang berkudis, terlalu kurus atau buta, sakit dan yang selepas beranak. Pada umumnya ialah tidak sah korban binatang cacat rupanya dan binasa dagingnya.

  5. Memadai berkorban bintang yang tiada bertanduk, tiada bergigi, terbelah atau berlubang telinganya atau binatang yang telah dikasikan.

  6. Hendaklah berniat korban pada ketika sembelih atau berniat semasa mewakilkan seseorang untuk membeli atau menyembelihnya.

  7. Agihan daging korban yang sunat ialah disedekah satu per tiga kepada fakir dan miskin, di beri hadiah satu per tiga kepada orang kaya dan satu per tiga untuk diri sendiri dan haram diberi kepada kafir zimmi sekalipun.

  8. Haram dijual mana-mana bahagian daripada binatang korban. Juga haram diberi kepada tukang sembelih sebagai upah kecuali diberi atas nama sedekah.

  9. Bagi binatang korban sunat, harus diguna kulit atau bulunya untuk dijadikan timba atau apa-apa yang boleh memberi manfaaat kepada manusia. Bagi korban wajib hendaklah disedekahkan seluruhnya.

Wednesday, November 4, 2009

Perjumpaan Kelab Kopi Y.B Jalan 6A




Rabu 4 November 2009


10.00 pagi


di perkarangan rumah


Sdr YB Sallehuddin


di 57, Jalan 6A/2

Tuesday, November 3, 2009

JEMPUTAN

1. Perjumpaan Kelab 'YB' 6A
Rabu 4 November 2009
10.00 pagi
di perkarangan rumah Sdr YB Sallehuddin
di Jalan 6A/2
Semua 'YB' dijemput hadir

2. Doa Selamat
atas permintaan Sdr Khairi
di Surau Al-Falah
pada hari Ahad 8.11.2009
selepas Solat Maghrib


3. Majlis Cukur Jambul
di rumah Cikgu Jamalludin Ishak

22-24 Jalan 6A/1
pada hari Sabtu 14.11.2009
jam 11.00 pagi


4. Majlis Kesyukuran

di rumah Sdr Ismail Dahlan
46 Jalan 6A/1
pada hari Sabtu 21 November 2009
selepas Solat Isyak 22/24 Jalan 6A/1

5. Majlis Yaasin dan Tahlil
di rumah Sdr Zakaria
42, Jalan 6A/7
pada hari Sabtu 28 November 2009
selepas Solat Isyak

Semua Jemaah dijemput hadir.

Wednesday, October 28, 2009

AQIQAH SEMPENA MUHARRAM

Seekor lembu sahaja
RM 360 satu bahagian
tidak termasuk kos kenduri
(akan diberitahu kemudian)
1. Mohd Hizaz Hj Haizun (2 bahagian)
2. -sda-
3. Yaakob Othman (1 bahagian)
4. Zahuri Ismail (2 bahagian)
5. -sda-
6.
7.

Tuesday, October 27, 2009

Dosa Jual Beli Hari Jumaat

Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.
Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9' dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.
Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.

PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT

Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.
Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.
Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.

Baca lagi di http://www.zaharuddin.net/content/view/884/72/

Friday, October 16, 2009

RAYUAN DERMA MANGSA KEBAKARAN


AJKT Surau Al-Falah sedang melancarkan kutipan derma untuk meringankan beban Balu Allahyarham Daud, Pn Azizah Abd Rani. Rumah beliau di No 51, Jalan 6A/2 mengalami kerosakan akibat kebakaran pada tengahari Jumaat 16 Oktober 2009. Kebakaran bagaimanapun berjaya dikawal dari merebak.

Sumbangan bolehlah disalurkan kepada AJKT Surau Al-Falah atau melalui Tn Haji Harun Tasik.

Semoga derma tuan/puan dapat meringankan beban Pn Azizah.