Sempena hari raya Eidul Adha yang jatuh pada 27hb November 2009, banyaklah berlaku penyembelihan lembu-lembu korban di masjid, surau atau mana-mana tempat yang difikitrkan sesuai.
Dibawah ini saya petik beberapa panduan berkaitan ibadat korban daripada kitab Matla'il Badrain karangan As Syeikh Daud Al Fatani.
- Ibadat korban adalah sunat, tetapi sekiranya seseorang itu bernazar untuk berkorban, maka wajib atasnya melakukannya dan haram baginya memakan daging korban tersebut.
- Binatang yang sah dibuat korban ialah unta, lembu, kibas atau kambing dan yang afdhal ialah seekor kambing untuk seorang berbanding dengan tujuh orang untuk seekor lembu.
- Disyaratkan umur unta ialah lebih 5 tahun, lembu atau kerbau atau kambing lebih 2 tahun, manakala kibas lebih satu tahun atau bersalin 2 batang gigi hadapannya.
- Tidak memadai berkorban dengan binatang yang terpotong telinganya, ekornya, lidahnya dan yang berkudis, terlalu kurus atau buta, sakit dan yang selepas beranak. Pada umumnya ialah tidak sah korban binatang cacat rupanya dan binasa dagingnya.
- Memadai berkorban bintang yang tiada bertanduk, tiada bergigi, terbelah atau berlubang telinganya atau binatang yang telah dikasikan.
- Hendaklah berniat korban pada ketika sembelih atau berniat semasa mewakilkan seseorang untuk membeli atau menyembelihnya.
- Agihan daging korban yang sunat ialah disedekah satu per tiga kepada fakir dan miskin, di beri hadiah satu per tiga kepada orang kaya dan satu per tiga untuk diri sendiri dan haram diberi kepada kafir zimmi sekalipun.
- Haram dijual mana-mana bahagian daripada binatang korban. Juga haram diberi kepada tukang sembelih sebagai upah kecuali diberi atas nama sedekah.
- Bagi binatang korban sunat, harus diguna kulit atau bulunya untuk dijadikan timba atau apa-apa yang boleh memberi manfaaat kepada manusia. Bagi korban wajib hendaklah disedekahkan seluruhnya.
No comments:
Post a Comment