Kalendar 2019

Kalendar 2019

Thursday, July 23, 2009

AKTIVITI RAMADHAN 1410H

Puasa pada listilah bermaksud menahan diri dari melakukan sesuatu dan pada syara' pula bererti menahan diri dari memasukkan sesuatu kedalam rongga badan seperti tekak, qubul dan dubur dengan sengaja bermula dari terbit fajar siddik hingga terbenam matahari.

Puasa yang diwajibkan kepada orang Islam yang berakal ada tiga bahagian seperti berikut:
1. Puasa di Bulan Ramadhan
2. Puasa yang dinazarkan
3. Puasa kifarah
a) Jimak disiang hari di Bulan Ramadhan
b) Zihar
c) Pembunuhan jiwa yang diharamkan

Sempena Bulan Ramadhan pada tahun ini Surau Al Falah akan menjalankan aktiviti seperti berikut:
1. Tahlil arwah setiap malam selepas solat Isyak.
2. Berbuka puasa mengikut hari yang ditetapkan.
3. Tadarrus AlQuran.
4. Khatam Al Quran.
5. Sumbangan anak yatim dan miskin.
6. Majlis meraikan petugas petugas dan AJK Surau

Orang ramai dan khususnya ahli kariah diseru turut serta dalam program yang diaturkan. Borang borang yang berkaitan telah mula diedarkan pada 23hb Julai 2009.

"Wahai orang orang yang beriman diwajibkan berpuasa keatas kamu sepertimana yang telah diwajibkan keatas orang orang sebelum kamu, mudah mudahan kamu menjadi orang yang bertakwa". (Surah Al baqorah 183).

No comments:

Post a Comment