- Tugas imam bukan sekadar mengimami solat berjemaah, tetapi juga bertanggungjawab dalam mempastikan aktiviti kemasyarakatan berjalan dengan baik dan lancar seperti pengurusan jenazah, majlis akikah, kenduri kendara dan kenduri perkahwinan.
- Imam juga dikehendaki melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan agama yang asasi.
- Akhlak yang baik dan mulia disisi agama adalah pakaian seseorang imam agar boleh diteladani dan diikuti.
- Ganjaran menziarahi dan menguruskan jenazah itu adalah sangat besar, diibaratkan oleh Rasulullah seperti dua buah gunung.
- Antara bahan yang digunakan oleh Rasulullah semasa memandikan jenazah ialah air daun bidara dan air kapur barus.
- Rasulullah memerintahkan ketika melihat jenazah sehinggalah ia dikebumikan hendaklah berdiri walaupun ia jenazah seorang kafir.
- Aktiviti kemasyarakatan dan gotongroyong hendaklah dikendalikan dengan lebih teratur dan dilatih kepada jenerasi pelapis.
Sunday, July 26, 2009
USRAH SURAU AL-FALAH
Antara rumusan daripada hadis dan perbincangan usrah pada 24hb Julai yang lalu adalah seperti berikut:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sukacita sekiranya imam solat jumaat melihat dahulu dari atas mimbar keadaan makmum yang mencari-cari ruang kosong untuk solat sedangkankan saf-saf di bahagian depan selalunya masih belum penuh...terima kasih.
ReplyDelete