Kalendar 2019

Kalendar 2019

Monday, November 30, 2009

IKTIBAR PERANGAI IKAN

1. Bila duduk dalam negara seperti Malaysia, semua mudah bagi orang Islam seperti kita, nak makan nak sembahyang mana ada susahnya, walau musafir pergilah walau kemana. nak berbuat salah dari segi ugama, memanglah susah kerana ramai orang mengenali kita, atau orang2 yang mengenali teman kita atau saudara mara kita, paling tidak kita dikenali oleh saudara seagama kita..
Sekarang bayangkan pula kalau kita musafir keluar negara, siapakah yang mengenali kita di sana, siapakah yang memperdulikan apa yang kita buat di sana, nak makan ayam tak sembelih ke, atau nak minum air kencing syaitan ke, yang lain2 kau kiaskanlah saja, tak perlu peduli halal atau haramnya, pendek kata di sana kita bebas berbuat apa saja, walau perkara2 yang diharam oleh agama, siapa yang akan mengetahui atau melihat kita? kecuali bagi orang yang mempunyai kesedaran beragama dan bahawa Tuhan melihat kita walau bila masa dan di mana kita berada. tidak terpengaruh dengan suasana bertentangan dengan agama disekeliling kita..

Lihatlah ikan sebagai kiasan, walau lama di dalam laut yang tersangat masin dengan air garam, tidak terpengaruh dengan air garam disekelilingnya, tetapi dapat mempertahankan kemanisan isinya, dan semua orang menyukainya..

2. Semasa hidup kita beraqidah, meyakini apa yang tidak dicapai pancaindera walaupun susah, tidak pernah melihat gerunnya neraka atau merasa nikmatnya syurga, hanya setakat 'ilmul yaqin sahaja, maka itulah didunia ini kita masih mudah tersalah langkah, barulah 'ainul yaqin selepas berpindah ke alam barzakh, haqqul yaqin bila dah terima upah atau padah. terlewatlah sudah, nak kembali ke dunia semula dan nak melipatgandakan bakti dah tak boleh dah, di sana sudah tidak perlu usaha atau kuat bekerja, hanya menikmati balasan baik amal kita di dunia, atau sebaliknya..

Lihatlah ikan sekali lagi sebagai kiasan, tidak masin dagingnya walau lama hidup dalam lautan, seolah2 di masa hidupnya tiada keyakinan masinnya lautan. tapi bila ikan dah mati dan garam ditaburi atau dalam air garam ia direndami, maka masinlah ikan dan isi, seolah2 telah yakinlah masinnya garam setelah mati..bagi kita yaqinlah sekarang semasa masih bernyawa, jangan terlewat yakin sesudah kematian menjelma..

No comments:

Post a Comment