27hb Disember 2009 (Ahad) bersamaan 10 Muharram 1431H adalah merupakan satu tarikh istimewa bagi umat Islam, yang dikenali sebagai Hari 'Asyura.
Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah saw. menggalakkan umat Islam berpuasa pada hari tersebut kerana ia mempunyai fadhilat penghapusan dosa (rujuk hadis Muslim diatas). Disamping itu juga bulan Muharram ada kelebihannya yang tersendiri.
10 Muharram umpamanya, telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama, sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut berlakunya peristiwa berikut: (sumber):
- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
- Dicipta Adam a.s.
- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
- Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
- Selamatnya Musa dan pengikutnya.
- Lemasnya Firaun.
- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
- Diangkat Nabi Isa ke langit.
- Diangkat Nabi Idris ke langit.
- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
- Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
- Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.