Kalendar 2019

Kalendar 2019

Tuesday, July 17, 2012

Induk Segala Doa - DOA RASUL SAW SEMASA SUJUD QIYAMULLAIL


«اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ،

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ»
  رواه مسلم

Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung dengan keredhaanMu dari kemurkaanMu; dan (berlindung) dengan keafiatanMu dari siksaanMu; dan daku berlindung denganMu daripadaMu. Daku tidak mampu meluahkan segala pujian ke atasMu; kerana Engkau sepertimana yang Engkau puji sendiri ke atas diriMu. (HR Muslim).


Maksud doa ini,
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung dengan keredhaanMu dari kemurkaanMu; Keredha-an Allah swt adalah matlamat hidup mukmin, hamba mukmin bergiat menjauhkan diri dari punca-punca kemurkaanNya. Manusia terbahagi dua, golongan yang berbahagia adalah mereka yang kehidupannya diredhai Allah. Sedang golongan yang merugi adalah mereka yang terjerumus ke dalam kemurkaan Allah. Hamba yang menegakkan solat, shiyam, zikir, dan lain-lain yang diredhai Allah adalah yang bergiat menjaga keutuhan amalan yang mereka lakukan. Sedang si hamba yang terjatuh ke dalam kemurkaan Allah, tidak bergiat menjauhi punca-punca ibadatnya terhapus dan terhebah, wal ‘iyazu billah!!!

“dan (berlindung) dengan keafiatanMu dari siksaanMu“ ‚Keafiatan’ adalah termasuk perkata-an Arab yang telah diguna-pakai dalam bahasa Melayu. Dan termasuk perkataan yang terpenting di dalam kehidupan mukmin. Oleh itu si mukmin digesa membaca dan berdoa dengannya semasa solat (doa duduk antara dua sujud, waa’fini, berilah daku keafiatan). Termasuk makna keafiatan ialah terhindar dari:
-    Segala penyakit jasmani dan penyakit rohani.
-    Dosa dan punca-punca dosa.
-    Punca-punca penyebab iman jadi lemah.
-    Punca-punca keberkatan harta benda dan usia hilang.
-    Suul khatimah (kesudahan yg buruk).
-    Azab kubur, azab padang mahsyar.
-    Dari azab neraka...
-    Dll
Dalam pada itu ’seksaan Allah’ di dalam doa pula adalah segala perkara yang bercanggah dengan ’keafiatan’ tersebut. Oleh itu jika si hamba tidak beroleh ’keafiatan’, ia akan terdedah kepada ’siksaan’. Media elektronik pada masa kini adalah punca utama manusia terjauh dari keafiatan dan terdedah kepada ’siksaan’. Dalam hal ini yang paling anehnya ’seksaan’ jenis ini sangat selaras  dengan kehendak nafsu jahat (ammarah dan lawwamah), wal ’iyazu billah...

 ’dan daku berlindung denganMu daripa-daMu’. Ungkapan ini mengandungi, doa, harapan, pengakuan, penyerahan, atau tawakal yang jitu, bulat, dan sempurna kepada Allah. Bahawa si hamba memohon perlindungan, penjagaan Allah, kerana segala peristiwa dan keadaan yang berlaku adalah dengan ketentuan Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat berlindung (ni’mal maula wa ni’man nasir). Sesiapa yang berlindung kepada Allah tidak akan memiliki sebarang kerunsingan, kerana Allah telah cukup baginya (fahua hasbuhu). 

‚Daku tidak mampu meluahkan segala pujian ke atasMu’. Hal ini menunjukkan keagungan dan ketinggian Allah yang tiada tara, (laisa kamislihi syaiun). Tidak ada manusia yang mampu mengemukan pujian kepada Allah. Kerana hal ini adalah diluar keupayaan manusia. Ungkapan doa ini adalah satu pujian yang tinggi. Bila si hamba mengatakan bahawa ia tidak mampu memuji Allah Tuhan Yang Maha Tinggi, dan Yang Maha Agung, bermakna ia memberikan pujian kepada Allah setinggi-tingginya.

‚kerana Engkau sepertimana yang Engkau puji sendiri ke atas diriMu. Hanya Allah sahaja yang tahu akan hakikat sifat, kekuasaan, dan keagungannya. Ini juga termasuk pujian dan sanjungan yang tinggi. Bila pujian yang tinggi seperti ini ditujukan kepada Allah, sedangkan termasuk sifat Allah adalah, Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Pemaaf, Allah lebih kasih kepada hambaNya dari si hamba terhadap dirinya. Bila inilah hakikat dan maksud tujuan doa tersebut maka sangat diharapkan doa yang merupakan induk segala doa ini didengar dan dikabulkan oleh Allah swt. Maka patut benarlah Rasulullah mengajarkan doa ini kepada kita, terutama semasa sujud dalam solat, khasnya solat tahajud, dan solat-solat sunat lainnya. Tidak salah juga jika dibaca dalam doa harian. Doa ini sangat sesuai bagi semua peringkat usia, terutama golongan veteran.


Kuliah Subuh  Surau Al-Falah, Bandar Baru Bangi, S’ngor DE
25 Sya’ban 1433 /15 Jul 2012, Ust Ahmad Asri Lubis

Saturday, June 30, 2012

Saturday, February 18, 2012

Persefahaman Asas Pembangunan Ummah

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,


Persefahaman tidak akan wujud sekiranya kita hanya mementingkan pendapat diri kita sendiri tanpa mengambil kira pandangan orang lain. Persefahaman juga tidak akan wujud dalam ertikata yang sebenarnya jika kita hanya mengangung-agungkan pandangan individu atau kumpulan-kumpulan tertentu sahaja.

Sebaliknya setiap pandangan yang berbeza itu haruslah diberikan pertimbangan dengan meletakkan prinsip ukhuwwah atau persaudaraan Islam sebagai asasnya. Dengan ini, setiap perbezaan pandangan itu akan mendapat hak yang sewajarnya.

Rasulullah s.a.w telah membuktikan bagaimana baginda telah berjaya menyatupadukan dan mewujudkan persefahaman di kalangan masyarakat Islam Madinah melalui persaudaraan berlandaskan aqidah.

Sebelum kedatangannya, kabilah-kabilah Arab seperti Aus, Khazraj, bahkan kaum yahudi dan lain-lain pada ketika itu saling bertelagah sesama mereka. Mereka lebih mengutamakan assabiah dan perkauman sehingga seringkali terjadi peperangan hanya disebabkan oleh perkara-perkara yang kecil. Namun akhirnya, perbalahan ini telah berjaya diselesaikan oleh baginda dengan cara mempersaudarakan umat Islam dan membina masjid sebagai lambang perpaduan mereka.

Baginda juga mengadakan perjanjian dengan kaum Yahudi agar sama-sama mempertahankan kota Madinah dari sebarang ancaman musuh. Usaha-usaha yang dilakukan oleh baginda ini akhirnya telah menjadikan masyarakat Madinah hidup dalam aman dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

Selain itu, perbincangan dengan cara yang baik juga dapat melahirkan persefahaman di kalangan semua pihak. Perkara ini telah diperjelaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah al-Ankabut ayat 46 yang bermaksud;

”Janganlah kamu berdebat dengan ahli Kitab melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali orang yang berlaku zalim antara mereka dan katakanlah: ”Kami beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada
kami dan kepada kamu. Tuhan kami dan Tuhan kamu, adalah Satu dan kepada-Nyalah, kami berserah diri”.

Wednesday, February 15, 2012

Bengkel Pengucapan Awam

Anda ingin menjadi seorang pembicara yang hebat?
Ingin menambah keyakinan dalam penyampaian, lalu mesej dan idea dapat dilontarkan dengan jelas dan berkesan? 

Briged KRIM kembali menemui anda Februari ini dengan tajuk kali ini “Pengucapan Awam”. Antara pengisian menarik adalah mengetahui rahsia menjadi pembicara yang hebat, mengasah kelancaran lidah melalui ‘Battle of Tongue’, dan mengetahui bagaimana menggunakan bahasa badan (body language) untuk mengoptimumkan penyampaian anda dalam pengucapan awam.

Program akan bermula dari jam 9 pagi hingga 2 petang, bertempat di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi pada 18 Februari 2012(Sabtu). 

Yuran adalah RM7.00 sahaja.

 Sebarang pertanyaan/pendaftaran, sila hubungi saudara Adi Izzat(017-5543671)  atau saudari Adibah (019-4552688).

 http://krimdhl.wordpress.com/