Kalendar 2019

Kalendar 2019

Sunday, December 27, 2009

Peristiwa Di Bulan Muharram


Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu".  (Muslim)

27hb Disember 2009 (Ahad) bersamaan 10 Muharram 1431H adalah merupakan satu tarikh istimewa bagi umat Islam, yang dikenali sebagai Hari 'Asyura.

Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah saw. menggalakkan umat Islam berpuasa pada hari tersebut kerana ia mempunyai fadhilat penghapusan dosa (rujuk hadis Muslim diatas). Disamping itu juga bulan Muharram ada kelebihannya yang tersendiri.

10 Muharram umpamanya, telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama, sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut berlakunya peristiwa berikut: (sumber):
  1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
  2. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
  3. Dicipta Adam a.s.
  4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
  5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
  6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
  7. Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
  8. Selamatnya Musa dan pengikutnya.
  9. Lemasnya Firaun.
  10. Dilahirkan Nabi Isa a.s.
  11. Diangkat Nabi Isa ke langit.
  12. Diangkat Nabi Idris ke langit.
  13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
  14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
  15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
  16. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
  17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
  18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
  19. Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi. 

Friday, December 25, 2009

Saturday, December 19, 2009

Friday, December 18, 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1431 HIJRAH









Ceramah Ma'al Hijrah Bersama Ustaz Yusof Embong. Slaid ceramah boleh didapati di sini.

Friday, December 11, 2009

MAJLIS DI SEKITAR SURAU AL-FALAH

KENDURI PERKAHWINAN:
A. 13 DISEMBER 2009 (AHAD)
HAJI ABD RAHMAN IBRAHIM
19, JALAN 6A/5


B. 19 DISEMBER 2009 (SABTU)
SDR MOHD NOOR HAJI JOHAN
17, JALAN 6A/7


C. 19 DISEMBER 2009 (SABTU)
CIKGU WAHIZAH SKJ6
6, LORONG 6A/6

MAJLIS-MAJLIS LAIN:

D. 17 DISEMBER 2009 (KHAMIS)
MAJLIS DOA AKHIR TAHUN 1430H DAN DOA AWAL TAHUN 1431H
DOA AKHIR TAHUN - 10 MINIT SEBELUM MAGHRIB
DOA AWAL TAHUN - SELEPAS MAGHRIB

E. 17 DISEMBER 2009 (KHAMIS)
DOA SELAMAT
DI RUMAH CIKGU WAHIZAH
6, lORONG 6/6
SELEPAS SOLAT ISYAK




F. 18 DISEMBER 2009 (JUMAAT)
MAJLIS AQIQAH SEMPENA MA'AL HIJRAH
9.30 am - Gotong Royong memotong daging dan keperluan memasak
5.30 pm - Berzanji, Marhaban dan Tahlil
Selepas Solat Maghrib - Ceramah Khas Awal Muharram
Ustaz Yusof Embong
Selepas Solat Isyak - Jamuan Aqiqah

BERTEMPAT DI SURAU AL-FALAH

PESERTA AQIQAH:
1. Mohd Hizaz Hj Haizun
2. Mohd Hizaz Hj Haizun
3. Norazura Ismail

4. Zahuri Ismail
5. Zahuri Ismail
6. Norzahirah Zainuddin
7. Cucu Tn Hj Abd Razak Jalan 6A/2





Di ladang ternakan lembu di Nilai NS
G. 19 Disember 2009 - Sabtu
Cukur Jambul, Marhaban dan Berzanji
di rumah Sdr Mohd Noor Hj Johan
17 Jalan 6A/7
jam 10.00 am
H. 27 Disember 2009 - Ahad
Majlis Tahlil dan Doa Selamat
di rumah Tn Hj Mustapa Ibrahim
16 Lorong 6A/4
selepas Solat Asar

Monday, December 7, 2009

Video SAF

Tuesday, December 1, 2009

PROGRAM SAF


1. PELANCARAN TABUNG PERMAIDANI SURAU AL-FALAH
Sasaran: Seluruh dewan solat Muslimin dan Muslimat
Anggaran Kos: RM 10,000.00
Pelancaran: Semasa Pembukaan Kursus Pemantapan Solat

2. KURSUS PEMANTAPAN SOLAT
Tarikh: Ahad - 6 Disember 2009 @ 19 Zulhijjah 1430H

Masa: 8.45 am - 12.15 pm
Tempat: Dewan Solat Surau Al-Falah 6A
Pengajar: Ustaz Abdul Rahim Rafaie
Yuran: Percuma, sumbangan dialu-alukan
Anjuran: Biro Dakwah dan Penerangan

Makanan disediakan.

Catatan: Peserta disaran hadir awal, membawa buku nota dan alatulis.
Kamera dibenarkan.
Semua dijemput hadir.

IKHLAS...

Ramai yang berkata tentang ikhlas, ada yang mempertikaikan keikhlasan seseorang, ada pula yang mendakwa tindakannya dibuat secara ikhlas. Apa sebenarnya ikhlas? Benarkah manusia, khususnya umat Islam di dunia kini terlalu kurang keikhlasan?. Ikhlaskah diri kita dalam berdakwah, berpolitik, menulis, bercerita, belajar, mengajar, mendidik dan berniaga?.
Ini satu persoalan yang besar di sisi Islam dan keikhlasan memerlukan satu mujahadah besar. Ia tidak mudah dan hanya mampu dicapai KECUALI oleh mereka yang benar-benar telah berjaya menanggalkan kecintaan kepada semua jenis makhluk, sama ada ia adalah pangkat, pujian, harta, dianggap selebriti, wang dan kebanggaan.

Baca lagi di sini

Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” Riwayat Muslim

Monday, November 30, 2009

IKTIBAR PERANGAI IKAN

1. Bila duduk dalam negara seperti Malaysia, semua mudah bagi orang Islam seperti kita, nak makan nak sembahyang mana ada susahnya, walau musafir pergilah walau kemana. nak berbuat salah dari segi ugama, memanglah susah kerana ramai orang mengenali kita, atau orang2 yang mengenali teman kita atau saudara mara kita, paling tidak kita dikenali oleh saudara seagama kita..
Sekarang bayangkan pula kalau kita musafir keluar negara, siapakah yang mengenali kita di sana, siapakah yang memperdulikan apa yang kita buat di sana, nak makan ayam tak sembelih ke, atau nak minum air kencing syaitan ke, yang lain2 kau kiaskanlah saja, tak perlu peduli halal atau haramnya, pendek kata di sana kita bebas berbuat apa saja, walau perkara2 yang diharam oleh agama, siapa yang akan mengetahui atau melihat kita? kecuali bagi orang yang mempunyai kesedaran beragama dan bahawa Tuhan melihat kita walau bila masa dan di mana kita berada. tidak terpengaruh dengan suasana bertentangan dengan agama disekeliling kita..

Lihatlah ikan sebagai kiasan, walau lama di dalam laut yang tersangat masin dengan air garam, tidak terpengaruh dengan air garam disekelilingnya, tetapi dapat mempertahankan kemanisan isinya, dan semua orang menyukainya..

2. Semasa hidup kita beraqidah, meyakini apa yang tidak dicapai pancaindera walaupun susah, tidak pernah melihat gerunnya neraka atau merasa nikmatnya syurga, hanya setakat 'ilmul yaqin sahaja, maka itulah didunia ini kita masih mudah tersalah langkah, barulah 'ainul yaqin selepas berpindah ke alam barzakh, haqqul yaqin bila dah terima upah atau padah. terlewatlah sudah, nak kembali ke dunia semula dan nak melipatgandakan bakti dah tak boleh dah, di sana sudah tidak perlu usaha atau kuat bekerja, hanya menikmati balasan baik amal kita di dunia, atau sebaliknya..

Lihatlah ikan sekali lagi sebagai kiasan, tidak masin dagingnya walau lama hidup dalam lautan, seolah2 di masa hidupnya tiada keyakinan masinnya lautan. tapi bila ikan dah mati dan garam ditaburi atau dalam air garam ia direndami, maka masinlah ikan dan isi, seolah2 telah yakinlah masinnya garam setelah mati..bagi kita yaqinlah sekarang semasa masih bernyawa, jangan terlewat yakin sesudah kematian menjelma..

Sunday, November 29, 2009

MAJLIS BERKAMPUNG

MAJLIS BERKAMPUNG
di rumah Tn Hj Abd Rahman Ibrahim
19 Jalan 6A/5
pada hari Isnin 30.11.2009
selepas Solat Isyak
Semua dijemput hadir

Kemeriahan Aidil Adha di SAF


8.30 am....Saat paling mencabar bagi petugas...



















11.30 am...sup .............1.30 pm black pepper...........











Aidil Adha Meriah di SAF




Thursday, November 26, 2009

Hari Kecemerlangan Pelajar KAFA Jalan 6.

Sekolah KAFA Intergrasi Jalan 6 (naungan surau) telah mengadakan Hari Kecemerlangan Pelajar pada 21hb November 2009 untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam pelajaran mereka.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar Ahli Dewan Undangan Negeri, Bangi. Dalam ucapan perasmiannya beliau telah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor pada masa ini telah memberikan peruntukan ketiga tertinggi selepas peruntukan infrastruktur seperti jalanraya dan juga peruntukan bagi jabatan menteri besar. 

Diantara peruntukan yang disediakan ialah sebanyak kira-kira RM4 juta untuk pembangunan sekolah agama. Kerajaan juga katanya, bersedia meluluskan mana-mana Taman Perumahan yang hendak mendirikan surau.

Turut hadir dalam majlis ini juga ialah Pengerusi Surau Al Falah Tn. Hj. Adnan, Bendahari, Sdr Nasirudin, Setiausaha Sdr Ali Zaini Musa dan Imam Surau Tn. Hj. Wan Mohamad. Pengerusi Surau telah sempat menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang berjaya.

Sementara itu, Pengerusi KAFA Intergrasi Jalan 6 Hj. Mat Ali Mohamed pula menyatakan dalam ucapan aluannya, bahawa bangunan baru sekolah telah dapat disiapkan serentak dengan bangunan yang mendapat sumbangan kerajaan negeri.

Bagi bangunan yang telah dibina oleh Kontraktor tempatan, orang ramai telah memberikan sumbangan secara tunai dan cek sebanyak lebih RM65,000.00, melalui kutipan secara langsung, sekolah dan juga surau.

Mengulas kenyataan pengerusi ini YB Dr. Shafie menegaskan bahawa dengan hanya menyumbang kepada sekolah ini mereka yang berkenaan telah mendapat 3 manfaat mengikut hadis Rasulullah saw iaitu; 1) sebagai sedekah jariah 2) tempat menyampaikan ilmu yang bermanfaat dan 3) mendidik anak yang soleh. Akhirnya, pengerusi juga menyeru supaya para guru dan ibubapa menjadikan usaha membangunkan sekolah agama ini sebagai ladang menanam benih untuk saham di Akhirat.

Sunday, November 22, 2009

Saturday, November 21, 2009

Bacaan Doa Dalam Tasyahhud Akhir

Salinan Doa Oleh Tn Hj Ahmad Karman