Kalendar 2019

Kalendar 2019

Monday, November 30, 2009

IKTIBAR PERANGAI IKAN

1. Bila duduk dalam negara seperti Malaysia, semua mudah bagi orang Islam seperti kita, nak makan nak sembahyang mana ada susahnya, walau musafir pergilah walau kemana. nak berbuat salah dari segi ugama, memanglah susah kerana ramai orang mengenali kita, atau orang2 yang mengenali teman kita atau saudara mara kita, paling tidak kita dikenali oleh saudara seagama kita..
Sekarang bayangkan pula kalau kita musafir keluar negara, siapakah yang mengenali kita di sana, siapakah yang memperdulikan apa yang kita buat di sana, nak makan ayam tak sembelih ke, atau nak minum air kencing syaitan ke, yang lain2 kau kiaskanlah saja, tak perlu peduli halal atau haramnya, pendek kata di sana kita bebas berbuat apa saja, walau perkara2 yang diharam oleh agama, siapa yang akan mengetahui atau melihat kita? kecuali bagi orang yang mempunyai kesedaran beragama dan bahawa Tuhan melihat kita walau bila masa dan di mana kita berada. tidak terpengaruh dengan suasana bertentangan dengan agama disekeliling kita..

Lihatlah ikan sebagai kiasan, walau lama di dalam laut yang tersangat masin dengan air garam, tidak terpengaruh dengan air garam disekelilingnya, tetapi dapat mempertahankan kemanisan isinya, dan semua orang menyukainya..

2. Semasa hidup kita beraqidah, meyakini apa yang tidak dicapai pancaindera walaupun susah, tidak pernah melihat gerunnya neraka atau merasa nikmatnya syurga, hanya setakat 'ilmul yaqin sahaja, maka itulah didunia ini kita masih mudah tersalah langkah, barulah 'ainul yaqin selepas berpindah ke alam barzakh, haqqul yaqin bila dah terima upah atau padah. terlewatlah sudah, nak kembali ke dunia semula dan nak melipatgandakan bakti dah tak boleh dah, di sana sudah tidak perlu usaha atau kuat bekerja, hanya menikmati balasan baik amal kita di dunia, atau sebaliknya..

Lihatlah ikan sekali lagi sebagai kiasan, tidak masin dagingnya walau lama hidup dalam lautan, seolah2 di masa hidupnya tiada keyakinan masinnya lautan. tapi bila ikan dah mati dan garam ditaburi atau dalam air garam ia direndami, maka masinlah ikan dan isi, seolah2 telah yakinlah masinnya garam setelah mati..bagi kita yaqinlah sekarang semasa masih bernyawa, jangan terlewat yakin sesudah kematian menjelma..

Sunday, November 29, 2009

MAJLIS BERKAMPUNG

MAJLIS BERKAMPUNG
di rumah Tn Hj Abd Rahman Ibrahim
19 Jalan 6A/5
pada hari Isnin 30.11.2009
selepas Solat Isyak
Semua dijemput hadir

Kemeriahan Aidil Adha di SAF


8.30 am....Saat paling mencabar bagi petugas...



















11.30 am...sup .............1.30 pm black pepper...........











Aidil Adha Meriah di SAF




Thursday, November 26, 2009

Hari Kecemerlangan Pelajar KAFA Jalan 6.

Sekolah KAFA Intergrasi Jalan 6 (naungan surau) telah mengadakan Hari Kecemerlangan Pelajar pada 21hb November 2009 untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam pelajaran mereka.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar Ahli Dewan Undangan Negeri, Bangi. Dalam ucapan perasmiannya beliau telah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor pada masa ini telah memberikan peruntukan ketiga tertinggi selepas peruntukan infrastruktur seperti jalanraya dan juga peruntukan bagi jabatan menteri besar. 

Diantara peruntukan yang disediakan ialah sebanyak kira-kira RM4 juta untuk pembangunan sekolah agama. Kerajaan juga katanya, bersedia meluluskan mana-mana Taman Perumahan yang hendak mendirikan surau.

Turut hadir dalam majlis ini juga ialah Pengerusi Surau Al Falah Tn. Hj. Adnan, Bendahari, Sdr Nasirudin, Setiausaha Sdr Ali Zaini Musa dan Imam Surau Tn. Hj. Wan Mohamad. Pengerusi Surau telah sempat menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang berjaya.

Sementara itu, Pengerusi KAFA Intergrasi Jalan 6 Hj. Mat Ali Mohamed pula menyatakan dalam ucapan aluannya, bahawa bangunan baru sekolah telah dapat disiapkan serentak dengan bangunan yang mendapat sumbangan kerajaan negeri.

Bagi bangunan yang telah dibina oleh Kontraktor tempatan, orang ramai telah memberikan sumbangan secara tunai dan cek sebanyak lebih RM65,000.00, melalui kutipan secara langsung, sekolah dan juga surau.

Mengulas kenyataan pengerusi ini YB Dr. Shafie menegaskan bahawa dengan hanya menyumbang kepada sekolah ini mereka yang berkenaan telah mendapat 3 manfaat mengikut hadis Rasulullah saw iaitu; 1) sebagai sedekah jariah 2) tempat menyampaikan ilmu yang bermanfaat dan 3) mendidik anak yang soleh. Akhirnya, pengerusi juga menyeru supaya para guru dan ibubapa menjadikan usaha membangunkan sekolah agama ini sebagai ladang menanam benih untuk saham di Akhirat.

Sunday, November 22, 2009

Saturday, November 21, 2009

Bacaan Doa Dalam Tasyahhud Akhir

Salinan Doa Oleh Tn Hj Ahmad Karman

Wednesday, November 18, 2009

Taklimat Kedua Blog SAF

Taklimat Kedua Blog Surau Al-Falah
pada 18 November 2009
selepas Solat Isyak
Haji Azri
Jemaah yang turut serta

Just a test

Sunday, November 15, 2009

GOTONG ROYONG SEMPENA AIDIL ADHA

GOTONG ROYONG SEMPENA
HARI RAYA QURBAN
DI SURAU AL-FALAH
PADA HARI AHAD
22 NOVEMBER 2009
BERMULA JAM 8.00 PAGI
SEMUA DIJEMPUT HADIR

Friday, November 13, 2009

MAKLUMAN

1. Mengerjakan Haji
Tn Hj Abd Razak Sungip
dari Jalan 6A/7
dan akan ke Tanah Suci Makkah
pada 18 November 2009.
Semoga Allah memudahkan urusan haji beliau
dan mengurniakan beliau dengan haji yang mabrur.
2. Majlis Cukur Jambul
di rumah Cikgu Jamalludin Ishak
22-24 Jalan 6A/1
pada hari Sabtu 14.11.2009
jam 11.00 pagi
3. Majlis Doa Selamat
di rumah Hajah Mahani
21, Jalan 6A/5
pada hari Ahad 15.11.2009
selepas Solat Zohor
4. Walimatul Urus
di rumah Pn Hajah Taksiah Badilah
47, Jalan 6A/3
pada hari Sabtu 21.11.2009
12.30 tgh - 6.00 petang
5. Majlis Kesyukuran
di rumah Sdr Ismail Dahlan
46, Jalan 6A/1
pada hari Sabtu 21.11.2009
selepas Solat Isyak
6. Majlis Yaasin dan Tahlil
di rumah Sdr Zakaria
42, Jalan 6A/7
pada hari Sabtu 28.11.2009
selepas Solat Isyak

Tuesday, November 10, 2009

7 SUNNAH TERBAIK DARIPADA RASULLLAH

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

PERTAMA : Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. .

KEDUA : Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

KETIGA : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

KEEMPAT : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

KELIMA : Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

KEENAM : Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

KETUJUH : Amalkan istighfar setiap saat.. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.



والله اعلم
http://saifunnizam.blogspot.com

Dalam Ka'bah / Inside Ka'bah

Monday, November 9, 2009

Ceramah Jemputan

Bersama Penceramah Jemputan
Ustaz Syauqi Othman (UTM)
pada hari Selasa 17 November 2009
di Surau Al-Falah
selepas Solat Maghrib
Semua dijemput hadir

Sunday, November 8, 2009

Sdr Yaacob ke Tanah Suci

Sukacita di maklumkan bahawa Sdr Yaacob bin Othman dan isteri dari 53 Jalan 6A/4 terpilih untuk menjadi Tetamu Allah di Tanah Suci Makkah. Berita menggembirakan beliau terima pada hari Jumaat 6 November lalu dan akan berangkat pada hari Isnin 9 November 2009.

Semoga Allah memudahkan urusan haji beliau dan isteri dan didoakan semoga Sdr Yaacob dan isteri dikurniakan haji yang mabrur.

Qurban di SAF

Penyembelihan 4 ekor lembu qurban di Surau Al-Falah akan disempurnakan pada hari Sabtu 11 Zulhijjah 1430H bersamaan 28 N0vember 2009.
Ahli qariah diminta untuk sama-sama hadir untuk membantu urusan penyembelihan dan pemprosesan lembu-lembu qurban tersebut mulai jam 8.00 pagi.

Thursday, November 5, 2009

KORBAN DAN SYARATNYA

Sempena hari raya Eidul Adha yang jatuh pada 27hb November 2009, banyaklah berlaku penyembelihan lembu-lembu korban di masjid, surau atau mana-mana tempat yang difikitrkan sesuai.

Dibawah ini saya petik beberapa panduan berkaitan ibadat korban daripada kitab Matla'il Badrain karangan As Syeikh Daud Al Fatani.
  1. Ibadat korban adalah sunat, tetapi sekiranya seseorang itu bernazar untuk berkorban, maka wajib atasnya melakukannya dan haram baginya memakan daging korban tersebut.
  2. Binatang yang sah dibuat korban ialah unta, lembu, kibas atau kambing dan yang afdhal ialah seekor kambing untuk seorang berbanding dengan tujuh orang untuk seekor lembu.

  3. Disyaratkan umur unta ialah lebih 5 tahun, lembu atau kerbau atau kambing lebih 2 tahun, manakala kibas lebih satu tahun atau bersalin 2 batang gigi hadapannya.

  4. Tidak memadai berkorban dengan binatang yang terpotong telinganya, ekornya, lidahnya dan yang berkudis, terlalu kurus atau buta, sakit dan yang selepas beranak. Pada umumnya ialah tidak sah korban binatang cacat rupanya dan binasa dagingnya.

  5. Memadai berkorban bintang yang tiada bertanduk, tiada bergigi, terbelah atau berlubang telinganya atau binatang yang telah dikasikan.

  6. Hendaklah berniat korban pada ketika sembelih atau berniat semasa mewakilkan seseorang untuk membeli atau menyembelihnya.

  7. Agihan daging korban yang sunat ialah disedekah satu per tiga kepada fakir dan miskin, di beri hadiah satu per tiga kepada orang kaya dan satu per tiga untuk diri sendiri dan haram diberi kepada kafir zimmi sekalipun.

  8. Haram dijual mana-mana bahagian daripada binatang korban. Juga haram diberi kepada tukang sembelih sebagai upah kecuali diberi atas nama sedekah.

  9. Bagi binatang korban sunat, harus diguna kulit atau bulunya untuk dijadikan timba atau apa-apa yang boleh memberi manfaaat kepada manusia. Bagi korban wajib hendaklah disedekahkan seluruhnya.

Wednesday, November 4, 2009

Perjumpaan Kelab Kopi Y.B Jalan 6A




Rabu 4 November 2009


10.00 pagi


di perkarangan rumah


Sdr YB Sallehuddin


di 57, Jalan 6A/2

Tuesday, November 3, 2009

JEMPUTAN

1. Perjumpaan Kelab 'YB' 6A
Rabu 4 November 2009
10.00 pagi
di perkarangan rumah Sdr YB Sallehuddin
di Jalan 6A/2
Semua 'YB' dijemput hadir

2. Doa Selamat
atas permintaan Sdr Khairi
di Surau Al-Falah
pada hari Ahad 8.11.2009
selepas Solat Maghrib


3. Majlis Cukur Jambul
di rumah Cikgu Jamalludin Ishak

22-24 Jalan 6A/1
pada hari Sabtu 14.11.2009
jam 11.00 pagi


4. Majlis Kesyukuran

di rumah Sdr Ismail Dahlan
46 Jalan 6A/1
pada hari Sabtu 21 November 2009
selepas Solat Isyak 22/24 Jalan 6A/1

5. Majlis Yaasin dan Tahlil
di rumah Sdr Zakaria
42, Jalan 6A/7
pada hari Sabtu 28 November 2009
selepas Solat Isyak

Semua Jemaah dijemput hadir.