Kalendar 2019

Kalendar 2019

Friday, February 12, 2010

KHUSYUK DALAM SOLAT

Usaha Tambahan (luaran) Bagi Mendapatkan Khusyuk Dalam Solat.
(Petikan daripada buku Formula Solat Sempurna oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman)

Setelah mengusahakan kaedah dalaman seperti membetulkan akidah, memahami maksud bacaan, membersihkan diri dari segala dosa, perbuatan dan makanan yang haram maka hendaklah diusahakan perkara-perkara berikut bagi menambahkan lagi peluang khusyuk.
  1. Menjauhkan mata dari memandang perkara-perkara yang menarik perhatian seperti menggunakan sejadah,  kain dan baju yang terlalu banyak gambar dan tulisan.
  2. Mengurangkan pergerakan anggota badan tanpa keperluan, terutama mata hendaklah ditumpukan kepada tempat sujud sahaja.
  3. Hendaklah mengambil wudhu dengan tenang dan tidak bergegas melangkah ke tempat solat.
  4. Membaca istiazah dalam hati ketika minda tidak memberi tumpuan kepada solat.
  5. Ditegah solat dalam keadaan lapar dan perasaan ingin membuang air kecil atau besar.
  6. Meletakkan sutrah dihadapan tempat sujud agar tiada orang yang lalu lalang dihadapan.
  7. Mendiri solat secara berjemaah.
  8. Melaungkan azan dan iqomat sebelum mendirikan solat walaupun solat bersendirian.
  9. Menjauhkan tempat solat daripada suasana yang bising dan hingar bingar.
Penulis ingin menambah pengetahuan yang disunting daripada kitab Sabiilal Muhtadin bahawa terdapat disana beberapa keadaan yang dimakruhkan dalam solat yang mana ia akan menghilangkan kekhusyukkan ialah seperti berikut:
  1. Imam yang kurang baik bacaannya.
  2. Badan atau bau mulut yang tidak menyenangkan.
  3. Dalam keadaan mengelakkan diri dari dicari oleh sipenghutang atau dari orang yang dimusuhi.
  4. Bersolat diatas jalanraya atau kawasan lalulalang orang ramai.
  5. Bersolat dikandang haiwan.
Diceritakan oleh Ibnu Umar r.a bahawa nabi s.a.w pernah bersabda ketika perang di Khaibar:”Sesiapa yang memakan buah ini, iaitu bawang, maka janganlah dia mendekati masjid kita ini.”

(al-Bukhari) 

Sekiranya membaca AlQuran dengan nyaring disamping orang yang sedang tidur,  berjualbeli atau mencari barang yang hilang di dalam masjid adalah ditegah, apatah lagi berbual didalam masjid mengenai hal-hal lain yang sia-sia, sehingga  mengganggu orang yang sedang solat sudah tentu lebih besar kesalahannya.

Oleh itu bagi mendapatkan khusyuk yang sebenar,  Allah swt menyarankan kepada kita supaya mendirikan solat sunat diwaktu malam. Keadaan ini akan menghapuskan segala faktor-faktor yang mengganggu dalam solat seperti yang telah disebutkan di atas tadi.

إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْءاً وَأَقْوَمُ قِيلاً

Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.(Al Muzammil - ayat 6)

Thursday, February 11, 2010

Sedutan Kuliah Ust Azhar

KOPITIAM-Hanya satu rujuk Jakim

Oleh Hayati Ibrahim


2010/02/11 PUTRAJAYA: Agak mengejutkan apabila hanya satu restoran kopitiam yang memiliki sijil pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berbanding puluhan lagi restoran konsep sama beroperasi di negara ini, sekali gus diragui status halal yang dimiliki.

Kenyataan mengejutkan itu didedahkan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Muhamad Sheikh Abdul Aziz, yang berkata, hanya satu pengusaha kopitiam yang memohon sijil pengesahan halal daripada Jakim.

"Kopitiam berkenaan beroperasi di Kepong dan dimiliki pengusaha Cina. Bagaimanapun, pengusaha mengambil inisiatif memohon sijil halal daripada Jakim untuk memberi keyakinan kepada pelanggan.

"Kami tidak mengatakan kopitiam lain tidak halal, tetapi diragui kehalalannya kerana mengikut rekod kami, pengusaha lain tidak pernah memohon atau mendapat pengesahan halal daripada Jakim. Jadi pengguna kena bijak memilih," katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mokthar dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff.

Wan Muhamad berkata, mengenai status restoran dimiliki orang bukan Islam, ia bukan isu utama kerana pengusaha terbabit mengambil inisiatif sendiri mendapatkan sijil halal daripada Jakim.

"Walaupun syarikat dimiliki orang bukan Islam atau pegangan majoriti bukan Islam, tetapi yang lebih diutamakan Jakim ialah status halal. Jika syarikat atau premis makanan dimiliki orang Islam tetapi tidak mematuhi piawaian, mereka tidak akan mendapat sijil halal daripada Jakim.

"Ini kerana kita menjaga kepentingan pengguna bukan pemilik syarikat, itu yang diutamakan. Malah, secara realitinya lebih 70 peratus pemohon sijil halal terdiri pengusaha bukan Islam," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, Jakim mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi bagi membolehkan mereka mendapat pensijilan halal dan pengusaha terikat dengan SOP berkenaan.


Mengenai sijil atau logo halal yang dikeluarkan syarikat atau pihak lain, beliau berkata, Jakim tidak akan bertanggungjawab dan tidak memberi jaminan terhadap status halal sesuatu produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan syarikat terbabit.

"Itu terpulang kepada keyakinan penguna dan industri. Mereka tidak boleh menyalahkan Jakim jika timbul keraguan kerana sesiapa saja boleh meletakkan logo halal, tetapi tentunya tiada makna jika tidak diyakini," katanya.

Wan Muhamad berkata, pengusaha dan industri juga perlu bertanggungjawab dengan memohon pensijilan halal Jakim," katanya.

Harian Metro 11.2.2010

Wednesday, February 3, 2010