Kalendar 2019

Kalendar 2019

Sunday, July 25, 2010

Kopitiam seluruh negara diragui

Kopitiam seluruh negara diragui

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Julai – Penyediaan makanan berasaskan daging di hampir semua kopitiam di negara ini diragui status halal setelah pengusahanya didapati mendapatkan sijil halal hanya dengan menelefon syarikat yang mengeluarkannya.

Perkara itu didedahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hasil serbuan dan siasatan berikutan aduan orang ramai.

Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, siasatan pihaknya mendapati syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal itu tidak melakukan pemeriksaan di premis kopitiam terbabit apatah lagi di pusat penyembelihan dan status bekalan daging.

Jelas beliau, sebaliknya syarikat terbabit mengeluarkan sijil halal itu dengan hanya menemu bual pengusaha tersebut melalui telefon sahaja.

Menurutnya, justeru, semua makanan berasaskan daging yang disediakan oleh kopitiam di negara ini diragui status halal.

“Permohonan dibuat melalui telefon... pihak syarikat (halal) itu akan menyoal sama ada mereka menyediakan alkohol atau menyediakan daging babi dan beberapa soalan lain.

“Jika tiada, ia bermakna premis itu layak menerima sijil halal,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar hari ini mendedahkan sebuah kopitiam di Kepong yang diserbu penguat kuasa Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan ayam daripada sebuah pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf.

Saimah berkata, hampir keseluruhan kopitiam di negara ini menggunakan sijil halal dikeluarkan oleh syarikat swasta kerana lebih mudah dan cepat diperolehi.

Beliau memberitahu, sebaliknya jika dipohon daripada Jakim, ia memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh daripada restoran sehingga ke pusat penyembelihan.

Utusan Malaysia 25 Julai 2010

Sunday, July 18, 2010

SOLAT YANG SYIRIK

Kuliah subuh bersama Ust Shauqi Othman pada 17hb Julai 2010, amat berguna kepada masyarakat yang ingin mengambil manfaat darinya. Beliau telah membawa satu tajuk yang sangat bersesuaian kepada ummat Islam sepanjang zaman. (Gambar yang dipamirkan hanyalah hiasan semata-mata dan tiada kena mengena dengan tulisan ini.)

Tajuk yang dibawanya adalah SYIRIK. Beliau telah mengupas perkara-perkara yang boleh menyebabkan syirik besar dan juga syirik kecil. Antara nasihat yang telah diberikan ialah ummat Islam sekali kali tidak boleh memohon atau mengharapkan sesuatu selain dari Allah swt.

Perkara yang biasa kita dengar ialah berubat dengan dukun atau bomoh yang jelas permohonannya selain dari Allah swt dan juga pergantungan kepada azimat dan tangkal yang dikatakan boleh menunaikan segala maksud dan hajat, samada yang buruk atau yang baik.

Sementara itu syirik yang besar dan yang selalu tidak disedari oleh manusia ialah menghukum sesuatu dengan hukuman yang selain dari hukuman Allah swt. Ustaz Shauqi mengingatkan kita ummat Islam supaya berusaha dengan apa cara yang terdaya oleh kita supaya Hukum Allah itu terlaksana, hatta dengan kaedah berdoa sekalipun.
إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى
إِثْماً عَظِيماً
 Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.

Selain dari itu, Ustaz Shauqi juga menjelaskan kepada kita satu bentuk syirik walaupun kecil tetapi perlu dihindari oleh ummat Islam iaitu perasaan riya'. Didalam kitab Hadis 4o dalam keterangan mengenai niat, ulama' menjelaskan iaitu melakukan sesuatu kerana manusia adalah syirik dan meninggalkan sesuatu amal pula kerana manusia adalah riya'.

Sesiapa yang melakukan amal kerana manusia maka Allah tidak akan memberikan ganjaranya di akhirat kelak dan orang yang berkenaan diminta menagih pahalanya daripada orang yang dia beramal untuknya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.”


Riwayat Ibnu Majah