Kalendar 2019

Kalendar 2019

Thursday, November 26, 2009

Hari Kecemerlangan Pelajar KAFA Jalan 6.

Sekolah KAFA Intergrasi Jalan 6 (naungan surau) telah mengadakan Hari Kecemerlangan Pelajar pada 21hb November 2009 untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam pelajaran mereka.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar Ahli Dewan Undangan Negeri, Bangi. Dalam ucapan perasmiannya beliau telah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor pada masa ini telah memberikan peruntukan ketiga tertinggi selepas peruntukan infrastruktur seperti jalanraya dan juga peruntukan bagi jabatan menteri besar. 

Diantara peruntukan yang disediakan ialah sebanyak kira-kira RM4 juta untuk pembangunan sekolah agama. Kerajaan juga katanya, bersedia meluluskan mana-mana Taman Perumahan yang hendak mendirikan surau.

Turut hadir dalam majlis ini juga ialah Pengerusi Surau Al Falah Tn. Hj. Adnan, Bendahari, Sdr Nasirudin, Setiausaha Sdr Ali Zaini Musa dan Imam Surau Tn. Hj. Wan Mohamad. Pengerusi Surau telah sempat menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang berjaya.

Sementara itu, Pengerusi KAFA Intergrasi Jalan 6 Hj. Mat Ali Mohamed pula menyatakan dalam ucapan aluannya, bahawa bangunan baru sekolah telah dapat disiapkan serentak dengan bangunan yang mendapat sumbangan kerajaan negeri.

Bagi bangunan yang telah dibina oleh Kontraktor tempatan, orang ramai telah memberikan sumbangan secara tunai dan cek sebanyak lebih RM65,000.00, melalui kutipan secara langsung, sekolah dan juga surau.

Mengulas kenyataan pengerusi ini YB Dr. Shafie menegaskan bahawa dengan hanya menyumbang kepada sekolah ini mereka yang berkenaan telah mendapat 3 manfaat mengikut hadis Rasulullah saw iaitu; 1) sebagai sedekah jariah 2) tempat menyampaikan ilmu yang bermanfaat dan 3) mendidik anak yang soleh. Akhirnya, pengerusi juga menyeru supaya para guru dan ibubapa menjadikan usaha membangunkan sekolah agama ini sebagai ladang menanam benih untuk saham di Akhirat.

No comments:

Post a Comment