1) Rasulullah SAW berdiri berhampiran dengan sutrah, dan jarak di antara Rasulullah SAW dan sutrah pembatas (sutrah) di hadapannya ialah 3 hasta (Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)
2)Jarak di antara tempat sujud dengan sutrah itu ialah cukup untuk dilalui seekor anak kambing (al-Bukhari dan Muslim)
3) Sabda Nabi SAW: Janganlah kamu solat tanpa memasang sutrah dan janganlah engkau membiarkan seseorang lalu di hadapan kamu. Sekiranya dia tetap mahu menlintas di hadapan kamu, maka lawanlan dia kerana dia ditemani syaitan (Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya, sanadnya Jayyid)
4) Bila seseorang di antara kamu solat menghadap sutrah, hendaklah dia mendekati sutrahnya sehingga syaitan tidak dapat memutuskan solatnya (Abu Daud, al-Bazzar, dan al-Hakim. Al-Hakim mensahihkannya dan disetujui oleh adz-Dzahabi dan an-Nawawi)
5)Kadangkala baginda saw memilih berhampiran tiang yang ada di dalam masjidnya
6) Apabila baginda saw bersolat (di tempat terbuka yang tiada sesuatupun yang membatasinya), baginda SAW mencacakkan tombak di hadapannya, lalu solat menghadap tombak tersebut, sedang para manusia bersolat di belakangnya (al-Bukhari, Muslim dan Ibn Majah)
7) Kadangkala baginda SAW melintangkan haiwan tunggangannya di hadapan baginda SAW, lalu baginda SAW solat menghadap haiwan tersebut. (al-Bukhari dan Ahmad)
8) Kadangkala baginda SAW solat menghadap ke tempat di mana Aisyah RA tidur. ( al-Bukhari, Muslim dan Abu Ya’la)
9) Satu ketika, ketika baginda SAW sedang bersolat, seekor anak kambing melintas di hadapan baginda SAW, lalu baginda SAW maju mendahuluinya sehingga perutnya menyentuh dinding (sehingga anak kambing tersebut lalu dibelakangnya). (Ibn Khuzaimah, Thabarani, dan al-Hakim. Di sahkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh adz-Dzahabi)
10) Bila seseorang di antara kamu solat menghadap sesuatu yang membatasinya daripada manusia, kemudian ada seseorang yang hendak melintas di hadapannya, hendaklak kamu tolak sejauh kemampuan kamu sebanyak dua kali. Jika dia berkeras melakukannya (untuk melintas) hendaklah kamu melawannya kerana dia adalah syaitan. (al-Bukhari, Muslim dan Ibn Khuzaimah)
Dari Nafi’, dia berkata: “Bahwasanya Ibnu ‘Umar jika tidak mendapati jalan menuju ke salah satu tiang dari tiang-tiang masjid, dia berkata kepadaku: “Palingkan punggungmu untukku.”(Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf (1/ 279), dengan sanad shahih.)