1) Rasulullah SAW berdiri berhampiran dengan sutrah, dan jarak di  antara Rasulullah SAW dan sutrah pembatas (sutrah) di hadapannya ialah 3  hasta (Riwayat al-Bukhari dan Ahmad) 
2)Jarak di antara tempat sujud dengan sutrah itu ialah cukup untuk  dilalui  seekor anak kambing (al-Bukhari dan Muslim)
3) Sabda Nabi SAW: Janganlah kamu solat tanpa memasang sutrah dan  janganlah engkau membiarkan seseorang lalu di hadapan kamu. Sekiranya  dia tetap mahu menlintas di hadapan kamu, maka lawanlan dia kerana dia  ditemani syaitan (Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya, sanadnya Jayyid)
4) Bila seseorang di antara kamu solat menghadap sutrah, hendaklah  dia mendekati sutrahnya sehingga syaitan tidak dapat memutuskan solatnya  (Abu Daud, al-Bazzar, dan al-Hakim. Al-Hakim mensahihkannya dan  disetujui oleh adz-Dzahabi dan an-Nawawi)
5)Kadangkala baginda saw memilih berhampiran tiang yang ada di dalam  masjidnya
6) Apabila baginda saw bersolat (di tempat terbuka yang tiada  sesuatupun yang membatasinya), baginda SAW mencacakkan tombak di  hadapannya, lalu solat menghadap tombak tersebut, sedang para manusia  bersolat di belakangnya (al-Bukhari, Muslim dan Ibn Majah)
7) Kadangkala baginda SAW melintangkan haiwan tunggangannya di  hadapan baginda SAW, lalu baginda SAW solat menghadap haiwan tersebut.  (al-Bukhari dan Ahmad)
8) Kadangkala baginda SAW solat menghadap ke  tempat di mana Aisyah RA tidur. (  al-Bukhari, Muslim dan Abu Ya’la)
9) Satu ketika, ketika baginda SAW sedang bersolat, seekor anak  kambing melintas di hadapan baginda SAW, lalu baginda SAW maju  mendahuluinya sehingga perutnya menyentuh dinding (sehingga anak kambing  tersebut lalu dibelakangnya). (Ibn Khuzaimah, Thabarani, dan al-Hakim.  Di sahkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh adz-Dzahabi)
10) Bila seseorang di antara kamu solat menghadap sesuatu yang  membatasinya daripada manusia, kemudian ada seseorang yang hendak  melintas di hadapannya, hendaklak kamu tolak sejauh kemampuan kamu  sebanyak dua kali. Jika dia berkeras melakukannya (untuk melintas)  hendaklah kamu melawannya kerana dia adalah syaitan. (al-Bukhari, Muslim  dan Ibn Khuzaimah)
Dari Nafi’, dia berkata: “Bahwasanya Ibnu ‘Umar  jika tidak mendapati jalan menuju ke salah satu tiang dari tiang-tiang  masjid, dia berkata kepadaku: “Palingkan punggungmu untukku.”(Dikeluarkan  oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf (1/ 279), dengan sanad  shahih.)
Permasalahan-Permasalahan Sekitar Sutrah
Permasalahan-Permasalahan Sekitar Sutrah
[a]. Sutrah ketika sholat dapat menggunakan apa-apa yang  berada di arah kiblat seperti tembok, tongkat, atau tiang dan tidak ada  pembatasan tentang lebar sutrah.
(b)Ukuran sutrah yang mencukupi bagi orang yang shalat,  sehingga dia bisa menolak bahayanya orang yang lewat, adalah setinggi  pelana
Sedangkan orang yang mencukupkan sutrah yang kurang dari  ukuran itu dalam waktu yang longgar tidak diperbolehkan.
Dan dalilnya dari Thalhah, dia berkata: Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Artinya : Jika salah seorang dari kalian telah  meletakkan tiang setinggi pelana di hadapannya, maka hendaklah ia shalat  dan janganlah ia memperdulikan orang yang ada di belakangnya.”(Muslim  dalam Shahih-nya no. (499)
Dari ‘A`isyah -Radhiyallahu ‘anha-, dia berkata: “Pada  waktu perang Tabuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam- ditanya  tentang sutrahnya orang yang shalat, maka beliau menjawab: “Tiang  setinggi pelana.”"(Muslim di dalam Shahih-nya no. (500).)
Dan dari Abu Dzar, dia berkata: Rasulullah -shallallahu  ‘alaihi wasallam bersabda:
“Artinya : Jika salah seorang dari kalian berdiri  melakukan shalat, maka sesungguhnya dia telah tertutupi jika di  hadapannya ada tiang setinggi pelana. Jika tidak ada tiang setinggi  pelana di hadapannya, maka shalatnya akan diputus oleh keledai atau  perempuan atau anjing hitam.”(Muslim di dalam Shahih-nya  no. (510))
Ukuran panjang pelana adalah sepanjang (satu) hasta. Sebagaimana yang dijelaskan oleh ‘Atha`, Qatadah, ats-Tsaury serta Nafi’.(Mushannaf Abdurrazzaq (2/ 9, 14, 15), Shahih Ibnu Khuzaimah no.(807), Sunan Abu Dawud no. (686))
Ukuran panjang pelana adalah sepanjang (satu) hasta. Sebagaimana yang dijelaskan oleh ‘Atha`, Qatadah, ats-Tsaury serta Nafi’.(Mushannaf Abdurrazzaq (2/ 9, 14, 15), Shahih Ibnu Khuzaimah no.(807), Sunan Abu Dawud no. (686))
Sehasta adalah ukuran di antara ujung siku sampai ke  ujung jari tengah.(Lisanul ‘Arab (3/ 1495).)
[d]. Sesungguhnya sutrah (tabir penghalang) disyariatkan  bagi imam dan orang-orang yang sholat secara munfarid (sendiri) baik  sholat wajib lima waktu maupun shalat sunnat
[e]. Sutrah makmum mengikuti sutrah imam, maka  diperbolehkan melewati makmum apabila ada hajat (kepentingan).
 


 
 
 
No comments:
Post a Comment