KAFA Intergerasi Jalan 6, Bandar Baru Bangi telah melaksanakan Mesyuarat Agong Yang Pertamanya pada 23hb Oktober 2010. Mesyuarat ini diadakan adalah atas arahan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi mematuhi Enekmen 7 Tahun 2001 dibawah Enekmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1988.
Dibawah perlaksanaan Enekmen 2001, semua sekolah agama yang didirikan di kawasan masjid atau surau, maka pengerusi masjid/surau berkenaan secara otomatik menjadi pengerusi sekolah agama. Manakala Ketua Guru pula akan menjadi Bendahari.
Mesyuarat Agong tersebut telah dirasmikan oleh yang berhormat Dr Shafie Abu Bakar selaku Ahli Dewan Undangan Negeri, Bangi. Dalam ucapan perasmiannya Yang Berhormat menyatakan Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian utama keatas perkembangan dan kemajuan agama Islam. Selaras dengan itu diperuntukan hampir 300 juta bagi pembangunan sekolah agama.