Kalendar 2019

Kalendar 2019

Sunday, October 31, 2010

Mesyuarat Agong Pertama KAFA Intergrasi Jalan 6 Bandar Baru Bangi

KAFA Intergerasi Jalan 6, Bandar Baru Bangi telah melaksanakan Mesyuarat Agong Yang Pertamanya pada 23hb Oktober 2010. Mesyuarat ini diadakan adalah atas arahan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi mematuhi Enekmen 7 Tahun 2001 dibawah Enekmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1988.

Dibawah perlaksanaan Enekmen 2001, semua sekolah agama yang didirikan di kawasan masjid atau surau, maka pengerusi masjid/surau berkenaan secara otomatik menjadi pengerusi sekolah agama. Manakala Ketua Guru pula akan menjadi Bendahari.

Mesyuarat Agong tersebut telah dirasmikan oleh yang berhormat Dr Shafie Abu Bakar selaku Ahli Dewan Undangan Negeri, Bangi. Dalam ucapan perasmiannya Yang Berhormat menyatakan Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian utama keatas perkembangan dan kemajuan agama Islam. Selaras dengan itu diperuntukan hampir 300 juta bagi pembangunan sekolah agama.


Bekas pengerusi Hj. Mat Ali Mohamed pula menegaskan bahawa, Kafa Intergrasi Jalan 6, sebelum mendapat bangunan yang tersergam indah sekarang ini, telah melalui pelbagai mehnah dan cabaran dari pelbagai aspek. Bermula dari sebuah rumah teres 3 bilik dengan jumlah pelajar sekitar 100 orang hingga mendapat bangunan sendiri sekarang yang bernilai kira setengah juta dengan jumlah pelajar seramai 400 orang.

Walau bagaimanapun beliau bersyukur kerana masyarakat setempat sentiasa memberikan sokongan dan dokongan dalam pelbagai bentuk. Daripada jumlah RM 551 ribu yang telah dibelanjakan untuk pembangunan, sumbangan wang daripada ibubapa, surau dan orang ramai adalah RM101 ribu dan selebihnya RM450 ribu adalah peruntukan daripada Kerajaan Negeri. Gaji guru pula adalah pembiayaan Kerajaan Negeri dimana daripada RM470.00 telah dinaikkan kepada RM1,000.00 sebulan. Yuran sehingga sekarang kekal RM15.00 sebulan.

Jawatankuasa Pengelola Pengurusan yang baru bagi sesi 2010 & 2011 adalah seperti berikut:
  • Pengerusi (Hj. Adnan Adam)
  • Naib Pengerusi (Ustaz Asuandi)
  • Setiausaha (Shamsudin Nor)
  • Pen. Setiausaha (Ali Zaini Musa)
  • Bendahari (Ustazah Baenah)
  • AJK   
          - Dr Leini
          - Hj. Mat Ali Mohamed
          - Pn. Sariah Omar
          - Naseirudin
          - Ustaz Rosli
          - Ustazah Sapura
          - Ustazah Norlian

Bekas pengerusi juga berharap semoga barisan Jawatankuasa yang baru dapat meningkatkan lagi pencapaian dan kegemilangan pendidikan agama bagi anak-anak di Bandar Baru Bangi amnya dan anak-anak Kariah Jalan 6 khususnya.

وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَآتُواْ الزَّكَاةَ وَمَا تُقَدِّمُواْ لأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللّهِ إِنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ


Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah. Sesungguhnya Alah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan. (Al Baqorah -110)

No comments:

Post a Comment