Kalendar 2019

Kalendar 2019

Tuesday, November 8, 2011

Solat Aidil Adha 1432H

2 comments:

  1. MUDAHNYA JALAN KE SYURGA
    Diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amru ra Rasulullah SAW, bersabda:

    «خَصْلَتَانِ - أَوْ خَلَّتَانِ - لاَ يُحَافِظُ عَلَيْهِمَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ إِلاَّ دَخَلَ الْجَنَّةَ، هُمَا يَسِيرٌ، وَمَنْ يَعْمَلُ بِهِمَا قَلِيلٌ، تُسَبِّحُ اللَّهَ عَشْرًا، وَتَحْمَدُ اللَّهَ عَشْرًا، وَتُكَبِّرُ اللَّهَ عَشْرًا فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ، فَذَلِكَ مِائَةٌ وَخَمْسُونَ بِاللِّسَانِ، وَأَلْفٌ وَخَمْسُ مِائَةٍ فِي الْمِيزَانِ، وَتُسَبِّحُ ثَلاَثًا وَثَلاثِينَ، وَتَحْمَدُ ثَلاثًا وَثَلاثِينَ، وَتُكَبِّرُ أَرْبَعًا وَثَلاثِينَ - عَطَاءٌ لاَ يَدْرِي أَيَّتُهُنَّ أَرْبَعٌ وَثَلاَثُونَ - إِذَا أَخَذَ مَضْجَعَهُ، فَذَلِكَ مِائَةٌ بِاللِّسَانِ، وَأَلْفٌ فِي الْمِيزَانِ، فَأَيُّكُمْ يَعْمَلُ فِي الْيَوْمِ أَلْفَيْنِ وَخَمْسَ مِائَةِ سَيِّئَةٍ ؟ "، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، كَيْفَ هُمَا يَسِيرٌ وَمَنْ يَعْمَلُ بِهِمَا قَلِيلٌ ؟ قَالَ: " يَأْتِي أَحَدَكُمُ الشَّيْطَانُ إِذَا فَرَغَ مِنْ صَلاَتِهِ، فَيُذَكِّرُهُ حَاجَةَ كَذَا وَكَذَا، فَيَقُومُ وَلاَ يَقُولُهَا» رواه أبو داود والترمذي

    Ertinya: ‘Dua amalan utama bila dikerjakan oleh hamba muslim, nescaya Allah memasukannya kedalam syurga. Dua sifat keutamaan ini sangat ringan dilakukan, tetapi sangat sedikit sekali orang mengerjakannya. Yakni, bertasbih (Subhanallah) 10 kali setiap selesai solat, bertahmid (Alhamdu lillah) 10 kali, dan bertakbir (Allahu Akbar) 10 kali. Semuanya berjumlah 150 pada sebutannya. Sedangkan timbangan dan nilainya adalah 1500 kebajikan.
    Sebelum tidur, bertasbih 33 kali bertahmid 33 kali, dan bertakbir 34 kali. (perawi hadis ragu mana satu dibaca 34 kali). Semuanya berjumlah 100 pada sebutannya. Sedangkan nilai dan ganjarannya berjumlah 1000 kebajikan. Adakah terdapat di kalangan kamu orang yang terlanjur berbuat kejahatan sebanyak 2,500?
    Lantas para sahabat bertanya, ‘Ya Rasulullah, Bagaimana boleh kedua amalan itu ringan tetapi sedikit orang melakukanya?’ Rasulullah SAW menjelaskan, ‘Saat selesai solat si hamba akan didatangi syaitan dan merintangi pikirannya dengan hajat ini dan itu, lantas dia bangkit tanpa berzikir atau berwirid.’ (HR Abu Daud dan Tirmizi).

    ReplyDelete
  2. ISTIGHFAR ISTIMEWA
    (5 IN ONE)
    «اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ»
    Ertinya ‘Ya Allah, berilah kami maghfirah (keampunan), kurniakanlah kami limpahan rahmat dan kasih sayang-Mu, terimalah taubat kami; kerana Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang’. (HR an-Nasai’ dan Ibnu Sunni; terdapat juga dalam tafsir: at-Tashil li ‘Ulum at-Tanzil, ms 102).
    ☞Fadilat doa istighgfar ini: mengandungi lima hikmah dan kelebihan, iaitu:
    - Memohon maghfirah (keampunan).
    - Memohon limpahan kasih sayang (rahmat).
    - Memohon agar taubat diterima Allah.
    - Mengandungi pujian kepada Allah.
    - Bersifat syumul dan menyeluruh, boleh diniatkan untuk ibubapa, anak isteri, sahabat handai, jemaah, bahkan untuk seluruh umat Muhammad SAW biiznillah! 

    Semasa sahabat ingin belajar dan bertanya kepada Rasulullah SAW, mengenai ‘doa istighfar’, baginda mengajarkan doa istighfar di atas.
    Doa istighfar ini sungguh luar biasa fadilat dan keberkatan-nya. Perbanyaklah membacanya, si mukmin akan merasakan kesan dan hikmatnya. Bacalah semasa duduk, berjalan, berbaring, sewaktu memandu. Sebaiknya istighfar ini kita niatkan untuk suami-isteri, ibubapa, mertua, anak cucu, sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga, dan sebagainya. Bahkan boleh kita niatkan untuk atasan atau bawahan kita sendiri, dan semua umat Islam, biiznillah! 

    ReplyDelete