Kalendar 2019

Kalendar 2019

Sunday, February 23, 2014

Menangani Perasaan Marah

Kuliah subuh pagi tadi (23hb Feb 2014) membincangkan perkara yang berkaitan dengan marah. Marah adalah naluri semulajadi bagi manusia. Yang menjadi kesalahan ialah tidak mengawal perasaan marah yang dilepaskan secara melampau dan bukan pada tempatnya.

Perasaan marah adalah laluan mudah bagi syaitan untuk menggoda atau menguasai manusia. Antara laluan lain yang memudahkan syaitan menguasai manusia ialah keadaan terlalu kenyang, cinta pada perhiasan, pergantungan kepada manusia, sifat gopoh gapah, cinta kepada wang ringgit, terlalu kedekut dan bakhil, terlalu taksub kepada kefahaman dan golongan tertentu, dan sikap buruk sangka.

Antara kesan marah ialah, mata merah, fikiran celaru serta jiwa kacau. Antara amalan bagi mengurangkan penyakit marah ini ialah dengan sentiasa menjadi pemaaf, berlaku ehsan dan suka infakkan harta. Juga elakkan mencari kepentingan peribadi dalam hidup bermasyarakat atau berorganisasi.

Ketika timbul perasaan marah, cepat beristighfar, ubah kedudukan fizikal dan basahkan diri dengan berwudhu. Kunjungilah tempat orang membaca AlQuran, hadiri majlis pengajian dan bangun solat malam. Sekiranya semua itu tidak Berjaya mengatasi perasaan marah yang melampau maka bedoalah kepada Allah untuk mendapat hati yang baru.

1 comment:

  1. surau yg comel.dulu tempat beribadah. masuk ramadhan jadi tempat menternak perut jemaah..sampai menagih meminta sumber kewangan. jgn sampai kita sesat di jalan yg terang.

    ReplyDelete