Saturday, July 31, 2010
Sunday, July 25, 2010
Kopitiam seluruh negara diragui
Kopitiam seluruh negara diragui
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 24 Julai – Penyediaan makanan berasaskan daging di hampir semua kopitiam di negara ini diragui status halal setelah pengusahanya didapati mendapatkan sijil halal hanya dengan menelefon syarikat yang mengeluarkannya.
Perkara itu didedahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hasil serbuan dan siasatan berikutan aduan orang ramai.
Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, siasatan pihaknya mendapati syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal itu tidak melakukan pemeriksaan di premis kopitiam terbabit apatah lagi di pusat penyembelihan dan status bekalan daging.
Jelas beliau, sebaliknya syarikat terbabit mengeluarkan sijil halal itu dengan hanya menemu bual pengusaha tersebut melalui telefon sahaja.
Menurutnya, justeru, semua makanan berasaskan daging yang disediakan oleh kopitiam di negara ini diragui status halal.
“Permohonan dibuat melalui telefon... pihak syarikat (halal) itu akan menyoal sama ada mereka menyediakan alkohol atau menyediakan daging babi dan beberapa soalan lain.
“Jika tiada, ia bermakna premis itu layak menerima sijil halal,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar hari ini mendedahkan sebuah kopitiam di Kepong yang diserbu penguat kuasa Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan ayam daripada sebuah pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf.
Saimah berkata, hampir keseluruhan kopitiam di negara ini menggunakan sijil halal dikeluarkan oleh syarikat swasta kerana lebih mudah dan cepat diperolehi.
Beliau memberitahu, sebaliknya jika dipohon daripada Jakim, ia memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh daripada restoran sehingga ke pusat penyembelihan.
Utusan Malaysia 25 Julai 2010
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 24 Julai – Penyediaan makanan berasaskan daging di hampir semua kopitiam di negara ini diragui status halal setelah pengusahanya didapati mendapatkan sijil halal hanya dengan menelefon syarikat yang mengeluarkannya.
Perkara itu didedahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hasil serbuan dan siasatan berikutan aduan orang ramai.
Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, siasatan pihaknya mendapati syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal itu tidak melakukan pemeriksaan di premis kopitiam terbabit apatah lagi di pusat penyembelihan dan status bekalan daging.
Jelas beliau, sebaliknya syarikat terbabit mengeluarkan sijil halal itu dengan hanya menemu bual pengusaha tersebut melalui telefon sahaja.
Menurutnya, justeru, semua makanan berasaskan daging yang disediakan oleh kopitiam di negara ini diragui status halal.
“Permohonan dibuat melalui telefon... pihak syarikat (halal) itu akan menyoal sama ada mereka menyediakan alkohol atau menyediakan daging babi dan beberapa soalan lain.
“Jika tiada, ia bermakna premis itu layak menerima sijil halal,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar hari ini mendedahkan sebuah kopitiam di Kepong yang diserbu penguat kuasa Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan ayam daripada sebuah pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf.
Saimah berkata, hampir keseluruhan kopitiam di negara ini menggunakan sijil halal dikeluarkan oleh syarikat swasta kerana lebih mudah dan cepat diperolehi.
Beliau memberitahu, sebaliknya jika dipohon daripada Jakim, ia memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh daripada restoran sehingga ke pusat penyembelihan.
Utusan Malaysia 25 Julai 2010
Sunday, July 18, 2010
SOLAT YANG SYIRIK
Kuliah subuh bersama Ust Shauqi Othman pada 17hb Julai 2010, amat berguna kepada masyarakat yang ingin mengambil manfaat darinya. Beliau telah membawa satu tajuk yang sangat bersesuaian kepada ummat Islam sepanjang zaman. (Gambar yang dipamirkan hanyalah hiasan semata-mata dan tiada kena mengena dengan tulisan ini.)
Tajuk yang dibawanya adalah SYIRIK. Beliau telah mengupas perkara-perkara yang boleh menyebabkan syirik besar dan juga syirik kecil. Antara nasihat yang telah diberikan ialah ummat Islam sekali kali tidak boleh memohon atau mengharapkan sesuatu selain dari Allah swt.
Perkara yang biasa kita dengar ialah berubat dengan dukun atau bomoh yang jelas permohonannya selain dari Allah swt dan juga pergantungan kepada azimat dan tangkal yang dikatakan boleh menunaikan segala maksud dan hajat, samada yang buruk atau yang baik.
Sementara itu syirik yang besar dan yang selalu tidak disedari oleh manusia ialah menghukum sesuatu dengan hukuman yang selain dari hukuman Allah swt. Ustaz Shauqi mengingatkan kita ummat Islam supaya berusaha dengan apa cara yang terdaya oleh kita supaya Hukum Allah itu terlaksana, hatta dengan kaedah berdoa sekalipun.
إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى
إِثْماً عَظِيماً
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. Selain dari itu, Ustaz Shauqi juga menjelaskan kepada kita satu bentuk syirik walaupun kecil tetapi perlu dihindari oleh ummat Islam iaitu perasaan riya'. Didalam kitab Hadis 4o dalam keterangan mengenai niat, ulama' menjelaskan iaitu melakukan sesuatu kerana manusia adalah syirik dan meninggalkan sesuatu amal pula kerana manusia adalah riya'.
Sesiapa yang melakukan amal kerana manusia maka Allah tidak akan memberikan ganjaranya di akhirat kelak dan orang yang berkenaan diminta menagih pahalanya daripada orang yang dia beramal untuknya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.”
Riwayat Ibnu Majah
Saturday, May 1, 2010
Sutrah - Penghadang atau Penghalang Syaitan
Assalaamualaikum kepada seluruh pembaca yang budiman, marilah sama-sama kita mengikuti petikan-petikan daripada hadis Rasulullah s.a.w yang disusun oleh Sdr Masri dari kitab yang berjudul Al-Qawl Al-Mubin Fii Akhthaa Al-Mushalliin. Hadis-hadis ini juga dapat menjawab sebahagian daripada persoalan yg ditimbulkan oleh pembaca berkaitan kitab suci AlQuran yg diletakkan dihadapan tempat sujud. Tiang tempat meletakkan AlQuran itu boleh dijadikan sebagai sutrah, manakala AlQuran itu sendiri boleh dibaca semasa solat sunat Tarawih seperti yg pernah diamalkan oleh sebahagian daripada para sahabat.
1) Rasulullah SAW berdiri berhampiran dengan sutrah, dan jarak di antara Rasulullah SAW dan sutrah pembatas (sutrah) di hadapannya ialah 3 hasta (Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)
2)Jarak di antara tempat sujud dengan sutrah itu ialah cukup untuk dilalui seekor anak kambing (al-Bukhari dan Muslim)
3) Sabda Nabi SAW: Janganlah kamu solat tanpa memasang sutrah dan janganlah engkau membiarkan seseorang lalu di hadapan kamu. Sekiranya dia tetap mahu menlintas di hadapan kamu, maka lawanlan dia kerana dia ditemani syaitan (Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya, sanadnya Jayyid)
4) Bila seseorang di antara kamu solat menghadap sutrah, hendaklah dia mendekati sutrahnya sehingga syaitan tidak dapat memutuskan solatnya (Abu Daud, al-Bazzar, dan al-Hakim. Al-Hakim mensahihkannya dan disetujui oleh adz-Dzahabi dan an-Nawawi)
5)Kadangkala baginda saw memilih berhampiran tiang yang ada di dalam masjidnya
6) Apabila baginda saw bersolat (di tempat terbuka yang tiada sesuatupun yang membatasinya), baginda SAW mencacakkan tombak di hadapannya, lalu solat menghadap tombak tersebut, sedang para manusia bersolat di belakangnya (al-Bukhari, Muslim dan Ibn Majah)
7) Kadangkala baginda SAW melintangkan haiwan tunggangannya di hadapan baginda SAW, lalu baginda SAW solat menghadap haiwan tersebut. (al-Bukhari dan Ahmad)
8) Kadangkala baginda SAW solat menghadap ke tempat di mana Aisyah RA tidur. ( al-Bukhari, Muslim dan Abu Ya’la)
9) Satu ketika, ketika baginda SAW sedang bersolat, seekor anak kambing melintas di hadapan baginda SAW, lalu baginda SAW maju mendahuluinya sehingga perutnya menyentuh dinding (sehingga anak kambing tersebut lalu dibelakangnya). (Ibn Khuzaimah, Thabarani, dan al-Hakim. Di sahkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh adz-Dzahabi)
10) Bila seseorang di antara kamu solat menghadap sesuatu yang membatasinya daripada manusia, kemudian ada seseorang yang hendak melintas di hadapannya, hendaklak kamu tolak sejauh kemampuan kamu sebanyak dua kali. Jika dia berkeras melakukannya (untuk melintas) hendaklah kamu melawannya kerana dia adalah syaitan. (al-Bukhari, Muslim dan Ibn Khuzaimah)
Dari Nafi’, dia berkata: “Bahwasanya Ibnu ‘Umar jika tidak mendapati jalan menuju ke salah satu tiang dari tiang-tiang masjid, dia berkata kepadaku: “Palingkan punggungmu untukku.”(Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf (1/ 279), dengan sanad shahih.)
Tuesday, March 16, 2010
USIA BAGI PEMILIHAN AJK SURAU DIBERI KELONGGARAN HINGGA 65 TAHUN
Di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Negeri Selangor (STANCO) pagi ini bertempat di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam ADUN Bangi membangkitkan mengenai perkara yang ditimbulkan oleh Nazir-Nazir Masjid dan Pengerusi-Pengerusi Surau di DUN Bangi di dalam Majlis Dialog dan Pelancaran Portal Masjid-Surau DUN Bangi bertempat di Dewan Masjid Al-Hasanah pada 14 Mac lalu, bahawa sukar untuk melantik AJK yang disyaratkan berumur 60 tahun ke bawahSebagai jawapan YB Dato` Dr. Hasan Ali Exco Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang mempengerusikan majlis menjawab bersama Ybhg. Dato` Haji Muhammad Khusrin bin Haji Munawi Pengarah JAIS, bahawa pihak JAIS telah membuat keputusan melonggarkan umur jawatankuasa surau yang dipilih kepada tidak lebih dari 65 tahun.
Untuk mempastikan ADUN tidak tersalah, sekali lagi sebelum mesyuarat berakhir ADUN meminta izin untuk memaklumkan kepada orang ramai, khususnya bagi surau-surau di DUN Bangi, bahawa umur ahli jawatankuasa yang dilantik tidak melebihi 65 tahun. Mereka bersetuju dan ditambah oleh Pengarah Dato` Haji Muhammad Khusrin. Pemilihan itu hendaklah dimaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor.
Sekian makluman. Terima kasih.
Dr. Shafie Abu Bakar
ADUN Bangi.
Merangkap Pembantu Exco
Hal Ehwal Islam Dan Adat-Adat Melayu,
Negeri Selangor Darul Ehsan.
Friday, February 12, 2010
KHUSYUK DALAM SOLAT
Usaha Tambahan (luaran) Bagi Mendapatkan Khusyuk Dalam Solat.
(Petikan daripada buku Formula Solat Sempurna oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman)
Setelah mengusahakan kaedah dalaman seperti membetulkan akidah, memahami maksud bacaan, membersihkan diri dari segala dosa, perbuatan dan makanan yang haram maka hendaklah diusahakan perkara-perkara berikut bagi menambahkan lagi peluang khusyuk.
- Menjauhkan mata dari memandang perkara-perkara yang menarik perhatian seperti menggunakan sejadah, kain dan baju yang terlalu banyak gambar dan tulisan.
- Mengurangkan pergerakan anggota badan tanpa keperluan, terutama mata hendaklah ditumpukan kepada tempat sujud sahaja.
- Hendaklah mengambil wudhu dengan tenang dan tidak bergegas melangkah ke tempat solat.
- Membaca istiazah dalam hati ketika minda tidak memberi tumpuan kepada solat.
- Ditegah solat dalam keadaan lapar dan perasaan ingin membuang air kecil atau besar.
- Meletakkan sutrah dihadapan tempat sujud agar tiada orang yang lalu lalang dihadapan.
- Mendiri solat secara berjemaah.
- Melaungkan azan dan iqomat sebelum mendirikan solat walaupun solat bersendirian.
- Menjauhkan tempat solat daripada suasana yang bising dan hingar bingar.
Penulis ingin menambah pengetahuan yang disunting daripada kitab Sabiilal Muhtadin bahawa terdapat disana beberapa keadaan yang dimakruhkan dalam solat yang mana ia akan menghilangkan kekhusyukkan ialah seperti berikut:
- Imam yang kurang baik bacaannya.
- Badan atau bau mulut yang tidak menyenangkan.
- Dalam keadaan mengelakkan diri dari dicari oleh sipenghutang atau dari orang yang dimusuhi.
- Bersolat diatas jalanraya atau kawasan lalulalang orang ramai.
- Bersolat dikandang haiwan.
Diceritakan oleh Ibnu Umar r.a bahawa nabi s.a.w pernah bersabda ketika perang di Khaibar:”Sesiapa yang memakan buah ini, iaitu bawang, maka janganlah dia mendekati masjid kita ini.”
Sekiranya membaca AlQuran dengan nyaring disamping orang yang sedang tidur, berjualbeli atau mencari barang yang hilang di dalam masjid adalah ditegah, apatah lagi berbual didalam masjid mengenai hal-hal lain yang sia-sia, sehingga mengganggu orang yang sedang solat sudah tentu lebih besar kesalahannya.
Oleh itu bagi mendapatkan khusyuk yang sebenar, Allah swt menyarankan kepada kita supaya mendirikan solat sunat diwaktu malam. Keadaan ini akan menghapuskan segala faktor-faktor yang mengganggu dalam solat seperti yang telah disebutkan di atas tadi.
إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْءاً وَأَقْوَمُ قِيلاً
Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.(Al Muzammil - ayat 6)
Thursday, February 11, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)


