Kalendar 2019

Kalendar 2019

Thursday, November 11, 2010

Orang awam digesa daftar haji atau perlu tunggu 20 tahun

JOHOR BAHRU – Masyarakat Islam disarankan mendaftar segera untuk mengerjakan haji memandangkan jumlah senarai yang menunggu setakat ini dicatatkan sehingga tahun 2032.

Timbalan Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Johor, Azillah Itam berkata, kira-kira 30,000 bakal jemaah di negeri itu mendaftar untuk mengerjakan haji sehingga semalam.

“Kesedaran bagi mendaftarkan haji ini perlu ditekankan kepada orang awam kerana mereka perlu sedar, senarai panjang pemohon direkodkan sehingga tahun 2032.

"Jika mendaftar hari ini, secara kiraannya, mereka akan melakukan fardu haji 20 tahun lagi.

“Ramai daripada kita beranggapan sekiranya mempunyai akaun Tabung Haji, mereka secara automatik telah didaftarkan sebagai bakal jemaah. Ini adalah tanggapan yang tidak tepat dan perlu diperbetulkan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Azillah berkata, pemohon yang ingin mendaftar sebagai bakal jemaah disyaratkan mempunyai wang simpanan dalam akaun Tabung Haji sekurang-kurangnya RM1,300.

“Persepsi orang ramai perlu diperbetulkan kerana kebanyakan mereka suka bersikap berlengah-lengah dengan alasan wang simpanan tidak mencukupi untuk mengerjakan haji dan hanya ingin mendaftarkan nama jika ada wang yang cukup,” katanya.

Azillah berkata, pendaftaran haji boleh dibuat di kaunter Tabung Haji seluruh negara, di Bank Rakyat ataupun di Bank Islam dan melalui laman sesawang www.tabunghaji.gov.my.

Mengikut perhitungan, jemaah perlu menunggu 10 hingga 20 tahun sebelum dipanggil bagi mengerjakan haji dan tempoh yang panjang tersebut dilihat tidak relevan bagi mereka yang kini berumur antara 50 dan 70 tahun, yang masih belum mendaftarkan diri.

"Bagi sesetengah kes, Tabung Haji memberi kelonggaran rayuan kepada bakal jemaah berusia 70 tahun ke atas, namun ia perlu melepasi saringan kesihatan dan persediaan ditetapkan sebelum melayakkan diri untuk mengerjakan haji," katanya.

Katanya, orang awam perlu sedar dan memaklumkan kepada Tabung Haji sekiranya ingin menolak, menangguhkan dan boleh memilih mana-mana tahun bagi mengerjakan haji, jika surat kelayakan terpilih dikeluarkan Tabung Haji.

"Kegagalan menjawab atau sikap lepas tangan antara penyebab diri mereka diletakkan dalam senarai menunggu yang panjang," katanya.

Azillah berkata, jika ramai dalam kalangan masyarakat berumur 40 hingga 50 tahun sedar dan mendaftarkan diri bagi mengerjakan haji, ia kerana faktor ekonomi yang semakin baik jika dibandingkan 10 tahun lalu.

Beliau juga menyambut baik usaha kerajaan mengehadkan sekurang-kurang lima tahun untuk mengerjakan haji semula bagi memberi peluang kepada bakal jemaah yang baru.

"Kos tambang haji kumpulan muhasasah bagi tahun ini adalah RM9,980 dan pakej bermula dari RM18,000," katanya.

Seramai 3,615 jemaah haji dari Johor direkodkan bagi tahun 2010, termasuk kira-kira 26,000 jemaah yang terpilih menjadi tetamu Allah dari seluruh Malaysia ke Tanah Suci.

Sunday, October 31, 2010

Mesyuarat Agong Pertama KAFA Intergrasi Jalan 6 Bandar Baru Bangi

KAFA Intergerasi Jalan 6, Bandar Baru Bangi telah melaksanakan Mesyuarat Agong Yang Pertamanya pada 23hb Oktober 2010. Mesyuarat ini diadakan adalah atas arahan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi mematuhi Enekmen 7 Tahun 2001 dibawah Enekmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1988.

Dibawah perlaksanaan Enekmen 2001, semua sekolah agama yang didirikan di kawasan masjid atau surau, maka pengerusi masjid/surau berkenaan secara otomatik menjadi pengerusi sekolah agama. Manakala Ketua Guru pula akan menjadi Bendahari.

Mesyuarat Agong tersebut telah dirasmikan oleh yang berhormat Dr Shafie Abu Bakar selaku Ahli Dewan Undangan Negeri, Bangi. Dalam ucapan perasmiannya Yang Berhormat menyatakan Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian utama keatas perkembangan dan kemajuan agama Islam. Selaras dengan itu diperuntukan hampir 300 juta bagi pembangunan sekolah agama.

Wednesday, October 27, 2010

testing

Testing...

Friday, October 15, 2010

Makluman dan Tindakan Untuk Semua Ahli Qariah Surau Al Falah (SAF)

Perkara diatas dan Mesyuarat AJKT Surau Al Falah Kali Ke-4, Sesi 2010/13 pada 1 Zulkaedah 1431H

@ 8 Okt. '10 adalah dirujuk.

1. Beberapa aktiviti telah dirancang antaranya seperti berikut:-


a 13 Zulkaedah 1431H Mesyuarat Agong Tahunan Masjid Al Hasanah

21 Okt. '10 -Khamis Bandar Baru Bangi, selepas solat Maghrib.

Maklumat lanjut rujuk papan kenyataan SAF.



b *10 Zulhijjah 1431H Solat Sunat Aidil Adha 1431H

17 Nov. '10 - Rabu * Bermula jam 8.30 pagi di SAF.



c *10 Zulhijjah 1431H Majlis Ibadah Korban

17 Nov. '10 - Rabu * 5 ekor lembu sahaja, siapa cepat dia dapat. RM380/=

Berhajat sila tulis nama di papan putih di SAF. sebahagian.



d 1 Muharram 1432H Majlis Aqiqah sempena Majlis Sambutan : RM480/= sebahagian

7 Dec. '10 - Selasa Awal Muharram 1432H. 1 ekor lembu sahaja.
Berhajat sila tulis nama dipapan putih di SAF. termasuk kos

memasak.



e 12 Rabiulawal 1432H Majlis Aqiqah sempena Maulud Nabi S.A.W. RM480/= sebahagian

15 Feb. '11- Selasa. 1432H. 1 ekor lembu sahaja. Berhajat sila tulis
nama dipapan putih di SAF. termasuk kos

memasak.

* Tertakluk kepada pindaan.

Untuk maklumat terpeinci aktiviti tuan/puan bolehlah merujuk di papan kenyataan di SAF.


2 Diharapkan dengan tersebarnya maklumat ini tuan/puan bolehlah mengambil tindakan yang perlu.


3 Pihak AJKT juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli qariah yang menyokong

segala aktiviti yang dijalankan. Semoga segala amal kebajikan tuan/puan Allah sahaja yang

membalasnya.



Sekian, Wassalam.



"Qariah Muafakat Mambawa Berkat"



Saya yang menjalankan amanah kerana Allah S.W.T.



Sdr. Ali Zaini bin Musa

Setiausaha Sesi 1431H/1434H @ 2010/13.

Monday, September 27, 2010

Thursday, September 23, 2010

Jemputan Majlis Siratulrahim Aidil Fitri 1431H/2010

11 Sya'wal 1431H
20 Sept. 2010

Kepada,

Yang Berbahagia.

Ahli-Ahli Qariah Surau Al Falah/Penduduk (Untuk bukan Islam).

Jalan 6A, Sek. 16, Bdr. Baru Bangi.


Assalammualaikum warahmatullah & Selamat Sejahtera,


Jemputan Majlis Siratulrahim Aidil Fitri 1431H/2010

Perkara diatas dan Mesyuarat Khas AJKT Surau Al Falah Sesi 2010/13 pada 10 Sya'wal

1431H @ 19 Sept. '10 adalah dirujuk.

2. Seperti yang telah dirancang sebelum ini, majlis ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 17 Sya'wal 1431H @ 26 Sept.'10 -Ahad.


Waktu : 8.30am -11.30am


Tempat : Perkarangan Surau Al Falah.

Semua Ahli Qariah/Penduduk Jalan 6A di Jemput Hadir beramai-ramai, berbagai acara

menarik disediakan.

3. Sehubungan dengan itu mesyuarat telah mencadangkan setiap Jalan/Lorong

menyumbang sumbangan makanan seperti berikut:


Jalan/Lorong Sumbangan Penyelaras Ketua Blok

1.     6A/1 Rendang :   Sdr. Ismail Dahlan Sdr. Ismail/Hj. Jamaluddin.

2.     6A/2 Mee/Bihun Goreng :   Hj. Md. Nawawi Hj. Md Nawawi / Hj. Radin

 Hj. A. Jalaluddin.

3.     6A/3 Buah-buahan :   Sdr. Ashbur Hj. Sani / Mejar Izani / Hj. A. Rahman

Sdr. Aziz Hamidon.

4.     6A/4 Kuih- muih :     Sdr. Yusof Itam Hj. Mustafa Hassan / Hj. Harun Awang

Hj. Hamisan.

5.     6A/5 Roti Jala:      Sdr. Nasiruddin Hj. Harun Tasik/Hj. Azri

Sdr. Samsuddin.

6.     6A/7 Nasi Himpit:      Hj. Roslan Hj. A. Bakar / Hj. Md. Sohib

Hj. Misdi / Sdr. Md. Nor.

7.     6A/9 Ayam Panggang:     Sdr. Khairi Sdr. Rosli / Sdr. Johari.



8.     Lrg 6A/4 + Lrg 6A/6 Satay :    Hj. Adnan Hj. Mustafa Ibrahim / Hj. Ibrahim

 Hj. Baharuddin.


4. Mesyuarat juga membenarkan Penyelaras dengan kerjasama Ketua-ketua Blok masing-

masing menjalankan kutipan sumbangan ikhlas dari ahli-ahli qariah masing-masing untuk

menampung perbelanjaan sumbangan dan ianya menunjukkan kemuafakatan bersama.


Untuk memudahkan urusan, sumbangan ikhlas hendaklah sampai kepada ketua-ketua blok

masing- masing pada 14 Sya'wal 1431H @ 23 Sept.'10.


5. Kami juga mengucapkan Selamat Menyambut Eidul Fitri dan memohon Maaf Zahir dan

Batin atas segala ketidaksempurnaan kami dalam menjalankan amanah mentadbir Surau

Al Falah.


Sekali lagi kami, AJK Tadbir Surau Al Falah terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima

kasih atas segala sokongan yang telah dan akan diberikan.

Semoga segala sumbangan tuan/puan mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah

S.W.T., Insyallah.



Sekian, Saya yang menjalankan amanah kerana Allah S.W.T.


Sdr. Ali Zaini bin Musa

Setiausaha : 2010/13.

Saturday, September 18, 2010

Puasa Enam di Bulan Syawal

Oleh: Ustaz Shauqi

Nabi SAW bersabda bermaksud: Barang siapa yang puasa pada bulan Ramadan, kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal adalah seperti puasa setahun penuh. ( H.R.: Muslim)Hadis ini menunjukkan bahawa puasa enam hari itu boleh dilakukan secara berurutan ataupun tidak berurutan, kerana ungkapan hadis itu bersifat mutlak, akan tetapi bersegera melaksanakan puasa enam hari itu adalah lebih utama. Kata Imam Khatib Syarbini dalam kitabnya, Mughni Muhtaj, puasa enam elok dilaksanakan secara berturut-turut tetapi sekiranya dilakukan secara berselang-seli juga tidak menjadi satu kesalahan.

Antara fadilat puasa enam ialah mereka yang melaksanakan puasa enam akan diberi ganjaran seperti berpuasa setahun sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis di atas. Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil daripada sabda Rasulullah dalam sebuah hadis yang riwayat Imam an-Nasai bermaksud: "Berpuasa pada bulan Ramadan seolah-olah berpuasa selama sepuluh bulan dan puasa enam pada bulan syawal seperti berpuasa dua bulan."

Manakala di dalam kitab Sabil al-Muhtadin pula, dinyatakan bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari pada bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.

Tambahan daripada itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita pada bulan Ramadan ini kita teruskan juga pada bulan Syawal, walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana terpaksa atau kewajipan semata-mata tetapi kita melakukannya kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada Tuhannya. Semuanya bertujuan membersihkan diri dan menundukkan hawa nafsu.

Membiasakan puasa setelah berlalunya Ramadhan menandakan diterimanya puasa ramadhan, kerana apabila Allah Ta'ala menerima amal seseorang hamba, pasti dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik selepasnya. Sebahagian cerdik pandai mengatakan : Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya.

Oleh kerana itu sesiapa yang dikatakan mengerjakan kebaikan adalah dilihat berdasarkan kebaikan yang ada sesudahnya. Sesiapa yang mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan lain, maka hal itu merupakan tanda atas terkabulnya amalan pertama. Demikian pula sebaliknya, jika seseorang melakukan suatu kebaikan lalu diikuti dengan yang buruk maka hal itu merupakan tanda tertolaknya amal yang telah dibuat.

Antara manfaat puasa enam hari pada bulan syawal juga adalah sebagai kesinambungan amalan yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Rabbnya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini.

Seorang ulama salaf ditanya tentang mereka yang bersungguh-sungguh dalam ibadahnya pada bulan ramadhan tetapi jika ramadhan berlalu mereka tidak bersungguh-sungguh lagi dalam mengerjakan ibadah, beliau menjawab: seburuk-buruk golongan adalah yang tidak mengenal Allah secara benar kecuali di bulan Ramadhan saja, padahal orang soleh adalah yang beribadah dengan sungguh-sungguh di sepanjang tahun.

Oleh kerana itu sebaiknya orang yang memiliki hutang puasa Ramadhan memulai membayarnya di bulan syawwal, kerana hal itu mempercepat proses pembebasan dirinya dari tanggungan hutangnya. Kemudian dilanjutkan dengan enam hari puasa syawwal, dengan demikian ia telah melakukan puasa ramadhan dan mengikutinya enam hari di bulan Syawal.
Namun begitu, dalam hal mana yang perlu diutamakan sama ada berpuasa qada' atau berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, terdapat 3 pandangan mengenainya, iaitu:

1. Pandangan Pertama : Qadha dulu baru buat sunat. Dalilnya ialah hadis nabi "sesiapa yg puasa Ramdhan dan diikuti dengan 6 hari dalam bulan Syawal, maka akan mendapat pahala sepanjang tahun". Jadi, dalam hadis ni menyatakan kena settle puasa ramadhan dulu, then dilengkapkan dgn puasa sunat syawal. so, kena qadha dulu mana yg tak settle dari ramadhan , baru sambung dgn yg sunat.

2. Pandangan Kedua: buat yg sunat dulu atau buat puasa 6 dulu, baru qadha' sebab puasa 6 ni waktunya terhad hanya dalam bulan Syawal, tetapi qada' boleh dibuat pada waktu lain... berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqada hingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata: "Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah SAW." (Sahih Muslim). Ulama yang mengemukakan pendapat ini berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah SAW, Aisyah tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.

3. Pandangan Ketiga: niat puasa qada' dan apabila puasa qada' tersebut berbetulan dgn hari2 yg disunatkan, maka akan mendapat pahala puasa sunat sekali.

Kesimpulannya... elok ler diqada' terlebih dahulu puasa sebab bayar hutang yang wajib dulu, sekiranya ada kesempatan lagi... boleh diteruskan pula dgn puasa sunat, kalau dah tak berkesempatan, maka moga2 puasa qada' yg dilakukan pada bulan Syawal itu akan mendapat pahala puasa enam sekali. wallahu'alam