Kalendar 2019

Kalendar 2019

Monday, July 27, 2009

Aktiviti Usrah Kali Pertama di rumah Tn Hj Ibrahim - Ketua Pegawai Syarak




Sekitar majlis pada malam tersebut















Aktiviti usrah kali pertama di rumah Ketua Pegawai Syarak Tuan Haji Ibrahim.

Usrah ( Muzakarah dan muhasabah) didahului dengan Tahlil ringkas atas hajat tuan rumah dan diikuti dengan usrah oleh Tuan Haji Mat Ali selaku Pem. Ketua Pegawai Syarak dan Moderator .

Objektif Usrah ini adalah untuk bermuzakarah dan bermuhasabah bagaimana untuk memantapkan organisasi Pegawai Syarak atau Imam-imam selaku pemimpin - baik dalam solat berjamaah, kenduri kendara, kematian, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya.Mu'azin dan ahli qariah yang berminat juga telah hadir kerana ini merupakan pelapis yang akan meramaikan organisasi imam.

Majlis dihadiri oleh kira-kira 20 orang terdiri dari imam-imam, mu'azin-mu'azin dan ahli jamaah surau al falah kerana sebahagian dari imam kena pergi ke Masjid Hasanah pada waktu yang sama kerana ada aktiviti Tadarus surau ke surau anjuran Persatuan Penduduk Bdr Baru Bangi.

Insya-Allah selepas ini Majlis Usrah ini akan diadakan di rumah Tuan Haji Ahmad Thambi, tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.


Catatan Ali Zaini Musa.

No comments:

Post a Comment