Kalendar 2019

Kalendar 2019

Sunday, July 26, 2009

USRAH SURAU AL-FALAH

Antara rumusan daripada hadis dan perbincangan usrah pada 24hb Julai yang lalu adalah seperti berikut:


  • Tugas imam bukan sekadar mengimami solat berjemaah, tetapi juga bertanggungjawab dalam mempastikan aktiviti kemasyarakatan berjalan dengan baik dan lancar seperti pengurusan jenazah, majlis akikah, kenduri kendara dan kenduri perkahwinan.

  • Imam juga dikehendaki melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan agama yang asasi.

  • Akhlak yang baik dan mulia disisi agama adalah pakaian seseorang imam agar boleh diteladani dan diikuti.

  • Ganjaran menziarahi dan menguruskan jenazah itu adalah sangat besar, diibaratkan oleh Rasulullah seperti dua buah gunung.

  • Antara bahan yang digunakan oleh Rasulullah semasa memandikan jenazah ialah air daun bidara dan air kapur barus.

  • Rasulullah memerintahkan ketika melihat jenazah sehinggalah ia dikebumikan hendaklah berdiri walaupun ia jenazah seorang kafir.

  • Aktiviti kemasyarakatan dan gotongroyong hendaklah dikendalikan dengan lebih teratur dan dilatih kepada jenerasi pelapis.





1 comment:

  1. Sukacita sekiranya imam solat jumaat melihat dahulu dari atas mimbar keadaan makmum yang mencari-cari ruang kosong untuk solat sedangkankan saf-saf di bahagian depan selalunya masih belum penuh...terima kasih.

    ReplyDelete