Kalendar 2019

Kalendar 2019

Monday, July 27, 2009

MESYUARAT AJKT SURAU AL-FALAH KALI KE-3

MESYUARAT AJKT
SURAU AL-FALAH KALI KE-3
TARIKH
10 SYAABAN 1430H
31 JULAI 2009
JUMAAT
MASA
9.30 MALAM
TEMPAT
SURAU AL-FALAH
SEMUA AJK, IMAM, MUAZZIN DAN SIAK
ATAU WAKIL DIWAJIBKAN HADIR
TERIMA KASIH
KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT JEMPUTAN KENDURI

Aktiviti Usrah Kali Pertama di rumah Tn Hj Ibrahim - Ketua Pegawai Syarak




Sekitar majlis pada malam tersebut















Aktiviti usrah kali pertama di rumah Ketua Pegawai Syarak Tuan Haji Ibrahim.

Usrah ( Muzakarah dan muhasabah) didahului dengan Tahlil ringkas atas hajat tuan rumah dan diikuti dengan usrah oleh Tuan Haji Mat Ali selaku Pem. Ketua Pegawai Syarak dan Moderator .

Objektif Usrah ini adalah untuk bermuzakarah dan bermuhasabah bagaimana untuk memantapkan organisasi Pegawai Syarak atau Imam-imam selaku pemimpin - baik dalam solat berjamaah, kenduri kendara, kematian, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya.Mu'azin dan ahli qariah yang berminat juga telah hadir kerana ini merupakan pelapis yang akan meramaikan organisasi imam.

Majlis dihadiri oleh kira-kira 20 orang terdiri dari imam-imam, mu'azin-mu'azin dan ahli jamaah surau al falah kerana sebahagian dari imam kena pergi ke Masjid Hasanah pada waktu yang sama kerana ada aktiviti Tadarus surau ke surau anjuran Persatuan Penduduk Bdr Baru Bangi.

Insya-Allah selepas ini Majlis Usrah ini akan diadakan di rumah Tuan Haji Ahmad Thambi, tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.


Catatan Ali Zaini Musa.

Sunday, July 26, 2009

USRAH SURAU AL-FALAH

Antara rumusan daripada hadis dan perbincangan usrah pada 24hb Julai yang lalu adalah seperti berikut:


  • Tugas imam bukan sekadar mengimami solat berjemaah, tetapi juga bertanggungjawab dalam mempastikan aktiviti kemasyarakatan berjalan dengan baik dan lancar seperti pengurusan jenazah, majlis akikah, kenduri kendara dan kenduri perkahwinan.

  • Imam juga dikehendaki melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan agama yang asasi.

  • Akhlak yang baik dan mulia disisi agama adalah pakaian seseorang imam agar boleh diteladani dan diikuti.

  • Ganjaran menziarahi dan menguruskan jenazah itu adalah sangat besar, diibaratkan oleh Rasulullah seperti dua buah gunung.

  • Antara bahan yang digunakan oleh Rasulullah semasa memandikan jenazah ialah air daun bidara dan air kapur barus.

  • Rasulullah memerintahkan ketika melihat jenazah sehinggalah ia dikebumikan hendaklah berdiri walaupun ia jenazah seorang kafir.

  • Aktiviti kemasyarakatan dan gotongroyong hendaklah dikendalikan dengan lebih teratur dan dilatih kepada jenerasi pelapis.





Thursday, July 23, 2009

AKTIVITI RAMADHAN 1410H

Puasa pada listilah bermaksud menahan diri dari melakukan sesuatu dan pada syara' pula bererti menahan diri dari memasukkan sesuatu kedalam rongga badan seperti tekak, qubul dan dubur dengan sengaja bermula dari terbit fajar siddik hingga terbenam matahari.

Puasa yang diwajibkan kepada orang Islam yang berakal ada tiga bahagian seperti berikut:
1. Puasa di Bulan Ramadhan
2. Puasa yang dinazarkan
3. Puasa kifarah
a) Jimak disiang hari di Bulan Ramadhan
b) Zihar
c) Pembunuhan jiwa yang diharamkan

Sempena Bulan Ramadhan pada tahun ini Surau Al Falah akan menjalankan aktiviti seperti berikut:
1. Tahlil arwah setiap malam selepas solat Isyak.
2. Berbuka puasa mengikut hari yang ditetapkan.
3. Tadarrus AlQuran.
4. Khatam Al Quran.
5. Sumbangan anak yatim dan miskin.
6. Majlis meraikan petugas petugas dan AJK Surau

Orang ramai dan khususnya ahli kariah diseru turut serta dalam program yang diaturkan. Borang borang yang berkaitan telah mula diedarkan pada 23hb Julai 2009.

"Wahai orang orang yang beriman diwajibkan berpuasa keatas kamu sepertimana yang telah diwajibkan keatas orang orang sebelum kamu, mudah mudahan kamu menjadi orang yang bertakwa". (Surah Al baqorah 183).

Monday, July 20, 2009

USRAH PENGURUSAN JENAZAH: MANDI, SOLAT DAN TALQIN

TARIKH : 24 JULAI 2009 (JUMAAT)
MASA : 9.15 MALAM
TEMPAT: RUMAH TN HJ IBRAHIM
NO.16, LORONG 6A/6
SEMUA DIJEMPUT HADIR.
TERIMA KASIH.


Kursus Pengurusan Jenazah Untuk Muslimat

Majlis Bermula 8.45 pagi ....
selesai kira-kira jam 1 t/hari.


Pengerusi Aluan : Tn Hj Ahmad bin Thambi
KPS : Tn Hj Mat Ali

Pengerusi Kursus : Pn Hasidah binti Abd. Hamid
Ketua Muslimat : Hjh. Fatimah bin Mohd Noor ( Kak Yam)
Pen. Ketua Muslimat : Hjh. Katipah ( Kak Pah)

Fasilitator Kursus : Hjh. Wan Zaidah binti Wan Abdullah.


Kehadiran di luar jangkaan, respon awal cuma 35 orang ....
tiba-tiba melonjak kepada -+60 orang.
Peserta yang hadir telah (46 orang) & akan diberikan sijil penyertaan dari Surau Al Falah.

Kata-kata aluan Pengerusi dan KPS

khusyuk mendengar taklimat
Antara yang awal
Mendalami ilmu
Antara yang hadir
Akhir kursus
Catatan Ali Zaini Musa

Friday, July 17, 2009

PERSATUAN PENDUDUK B.B.BANGI

KLIK BANNER DI BAWAH UNTUK KE SUARA BANGI


KULIAH DI SURAU AN-NUR


Wednesday, July 15, 2009

JEMPUTAN

JEMPUTAN:
1. Majlis Aqiqah:
di rumah Tn Hj Roslan Hj Siraj
48, Jalan 6A/3
pada hari Sabtu 1 Ogos 2009
selepas solat zohor
2. Majlis Aqiqah, Barzanji dan Marhaban:
di rumah Sdr Mohd Yusof Samion
12, Jalan 6A/5
pada hari Ahad 2 Ogos 2009
jam 11.00 pagi
3. Bacaan Yasin dan Tahlil:
di rumah Sdr Nasiruddin
20, Jalan 6A/5
pada hari Sabtu 8 Ogos 2008
selepas waktu Isyak
4. Bacaan Yasin dan Tahlil:
di rumah Tn Hj A. Karman
47, Jalan 6A/9
pada hari Sabtu 15 Ogos 2009
selepas waktu Isyak
Lagi Jemputan:

1. Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat
Untuk Bakal Haji

a. Cikgu Roslan Abdol dan Pn Norhasikin Husin (Isteri) serta Pn Habsah Yusuh (Ibu)
b. En Mohd Nawawi Daud dan Pn Erna Idris (Isteri)
c. Pn Rokiah Yusof
d. Dr Mohamed Yusuff Ismail dan Pn Zaharah Daud (Isteri)
e. Pn Zainab Sutan
f. Pn. Zaiton Sutan
15. 10. 2009 Khamis malam Jumaat
selepas Solat Maghrib
di SAF
Anjuran Biro Dakwah dan Penerangan

2. Majlis Cukur Jambul
di rumah Tn Hj Wan
58, Jalan 6A/4
pada hari Ahad 18.10.2009
selepas Solat Isyak

3. Kuliah Subuh bersama Ustaz Yusof Embong
Subuh hari Sabtu 24.10.2009
di SAF

4.Tahlil Aruah dan Doa Selamat
di rumah En Sallehuddin Arshad
57 Jalan 6A/2
pada hari Sabtu 24.10.2009
selepas Solat Isyak

5. Doa Selamat Mengerjakan Haji
di rumah En Mohd Nawawi Daud
Jalan 6A/2
pada hari Khamis 29.10.2009
selepas Solat Isyak

6. Yaasin dan Doa Selamat
di rumah Pn Zainab Sutan
14 Jalan 6A/6
pada hari Sabtu 7.11.2009
selepas Solat Isyak
7. Majlis Cukur Jambul Cucu
di rumah Cikgu Jamalludin Ishak
22/24 Jalan 6A/1
pada hari Sabtu 14.11.2009
jam 11.00 pagi
Semua Jamaah dijemput.
Terima kasih.

Sunday, July 12, 2009

SAINS DI SEBALIK SOLAT

Harga senaskah buku ini ialah RM29.90






TEMPAHAN:

Tempahan boleh dibuat terus melalui panggilan telefon ke nombor :

012-6379857/03-79674486- Cik Naemah

Clinical Engineering Laboratory,
Department of Biomedical Engineering,
Faculty of Engineering,
University of Malaya,
50603, Kuala Lumpur.
Tel: 603-7967-4486
Fax: 603-7967-4579
Email: sainssolat@um.edu.my

Khutbah Jumaat: Impian Umar Terhadap Anakmu


Sidang Jumaat rahimakumullaah,


Di dalam sebuah rumah di Madinah, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu duduk bersama dengan sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka, “nyatakan harapan kamu!” Salah seorang daripada mereka berkata, “impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.”

Kemudian ‘Umar berkata lagi, “nyatakan harapan kamu!” Seorang lagi sahabat berkata, “impianku adalah agar rumah ini penuh dengan permata dan mutiara agar semuanya dapat kubelanjakan untuk jihad dan kebajikan fi sabilillah.”

‘Umar berkata lagi buat kali yang ketiga, “nyatakan harapan kamu!” Lalu sahabat-sahabat yang ada berkata, “kami sudah tidak tahu apa yang patut diperkatakan wahai Amirul Mu’minin.”


Baca seterusnya di sini.

LAMAN ADIK-ADIK SURAU AL-FALAH


Blog untuk adik-adik di sekitar Surau Al-Falah

Klik gambar untuk berkunjung


Saturday, July 11, 2009

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SURAU AL-FALAH


Kepada,

Semua Muslimin dan Muslimat
Qariah Surau Al Falah
Jalan 6A, Sek 16 Bdr Baru Bangi.


Assalammu'alaikum wr hwbt.


PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SURAU AL FALAH

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. AJK Surau Al Falah telah meluluskan kertas kerja untuk mencipta logo baru surau.

3. Sukacita dengan ini tuan/puan adalah dicadangkan untuk mengalakkan cucu-cucu,
anak-anak atau tuan/puan sendiri untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Ini adalah cara kami untuk mendapatkan buah fikiran atau hasil kreativiti ahli qariah
kita, disamping itu juga hadiah menarik disediakan untuk dimenangi.


4. Logo yang memenangi pertandingan ini akan diguna pakai dalam urusan resmi
surau, seperti dicetak pada kepala surat dan sebagainya.


Sekian,


"Qariah Muafakat Membawa Berkat"

Ali Zaini Musa
Setiausaha AJK Tadbir Surau Al Falah

SILA KLIK DI SINI UNTUK BORANG DAN SYARAT PERTANDINGAN

Thursday, July 9, 2009

KURSUS/USRAH PENGURUSAN JENAZAH

A. KURSUS PENGURUSAN JENAZAH UNTUK MUSLIMAT

TARIKH : 19 JULAI 2009 (AHAD)
MASA : 8.15 PAGI - 12.30 TGH HARI
TEMPAT: SURAU AL-FALAH

B. USRAH PENGURUSAN JENAZAH: MANDI, SOLAT DAN TALQIN

TARIKH : 24 JULAI 2009 (JUMAAT)
MASA : 9.15 MALAM
TEMPAT: RUMAH TN HJ IBRAHIM
NO.16, LORONG 6A/6

SEMUA DIJEMPUT HADIR.
TERIMA KASIH.

Wednesday, July 8, 2009

TAKLIMAT PROGRAM IT

Taklimat program IT - Komputer, Internet dan Blog telah diadakan di Surau Al-Falah pada 8 Julai 2009 jam 9.15malam. Inisiatif Setiausaha Surau Sdr Ali Zaini ini diharap akan meningkatkan kesedaran IT di kalangan jemaah surau. Blog Surau Al-Falah juga diharap akan menjadi ruang maklumat dan komunikasi di antara jemaah.



Tuesday, July 7, 2009

BLOG HAJI AZRI HASHIM

Selamat datang ke Blog Haji Azri.


RINDUKAN KOTA MAKKAH?




Lawatilah blog saudara Manzlie yang bekerka di Kota Makkah. Kata beliau:


MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE FOR YOU ALL INSYAALLAH......

KLIK DI SINI UNTUK KE BLOG BELIAU.


PENGUMUMAN

Blog Surau Al-Falah diaktifkan semula setelah mendapat keizinan daripada AJK Surau Al-Falah mulai hari ini. Terima kasih kepada AJK Surau Al-Falah. Mudah-mudahan blog ini menjadi ruang untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita.