Kalendar 2019

Kalendar 2019

Thursday, January 20, 2011

Syarat Sah Menjadi Imam Solat

Antara syarat-syarat sah menjadi imam adalah seperti berikut:

1) ISLAM - tidak sah solat yang diimamkan oleh orang kafir.


2) BERAKAL - tidak sah solat yang diimamkan oleh orang gila.


3) BALIGH - tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Mas’ud, “Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh.” Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna. Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun. (Riwayat Bukhari)

4) LELAKI – lelaki yang sejati, sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.

5) SUCI – bersih daripada hadas dan kekotoran.

6) QARI - baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya. Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat. Mesti seorang yang fasih al-lisan. Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya.


7) KEADAAN - yang bukan makmum. Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:


i- Al-Hanafiah: tidak harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia telah mengikut (makmum). Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh diikuti.
ii- Al-Malikiah: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut (makmum). Namun adapun yang mudrik (tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia bangkit untuk menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Kerana ketika itu dia sedang solat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.
iii- Al-Syafieyyah: terputus ikutan / menurut imam dengan semata-mata keluarnya imam dari solat sama ada dengan memberi salam atau dengan sebab terbatalnya wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam atau orang lain yang mengikutnya sebagai imam.

Kesimpulannya : al-Hanafiah dan Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang asalnya mengikut selepas imam memberi salam, dan harus pada Al-Syafieyyah dan al-Hanabilah. Ini adalah lebih utama.

8) SYARAT KHAS - pada al-Hanafiah dan al-Hanabilah: sihat daripada keuzuran. Tidak lawas ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh ke atas orang yang mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam. Sekiranya seseorang yang mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama menjadi imam daripada orang yang mempunyai dua keuzuran. Adapun pendapat al-Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi dihukum makruh menjadi imam selagi mana tidak terbatal wuduknya. Begitu juga pendapat bagi Al-Syafieyyah tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam orang yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi solat tersebut

Syarat Untuk Menjadi Imam Sholat Berjama'ah :
1. Lebih banyak mengerti dan faham masalah ibadah solat.
2. Lebih banyak hafaz Alquran.
3. Lebih fasih dan baik dalam bacaan solat.
4. Lebih tua daripada jama'ah lainnya.
5. Tidak mengikuti gerakan solat orang lain.

6. Laki-laki. Tetapi jika semua makmum adalah wanita, maka imam boleh perempuan.

1 comment:

  1. Tugas Imam Sembahyang
    1. Tidak boleh menjadi imam jika sekalian makmumnya membencinya atau tiada bersetuju dengannya. Jangan ke depan juga kalau di belakang ada orang yang lebih faqih’ daripadanya, kecuali jika orang itu enggan ke depan, ketika itu bolehlah dia menjadi Imam. Dalam hal ini, makruh masing-masing tolak menolak untuk menjadi Imam.
    ————————
    Petikan dari kitab Bimbingan Mukminin.

    ReplyDelete